Fathia Latif Tak Beria Swafoto, Hanya Mahu Tunjuk Pada Gadis Yang Minat Putera Mateen

Fathia Latif Tak Beria Swafoto, Hanya Mahu Tunjuk Pada Gadis Yang Minat Putera Mateen

Kehadiran Putera Abdul Mateen ke Kuala Lumpur bersempena Sukan SEA ke 29 menarik perhatian ramai rakyat Malaysia. Putera itu ialah seorang atlet ekuestrian polo untuk Brunei pada Sukan SEA kali ini.

Ramai mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri wajah kacak Putera Mateen secara langsung dan tidak ketinggalan pelakon Fathia Latiff. Menurut Fathia, dia berada berdekatan gelanggang Polo kerana ajakan temannya yang meminati sukan polo.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Saya pergi situ sebab kawan yang ajak, dia memang minat sukan polo. Saya teman dia saja, sambil tu sempat juga menonton pertandingan tersebut.

Dia menambah sambil ketawa kepada Utusan Online yang dia tidak beriya-ia sangat pun untuk berswafoto dengan putera pujaan gadis tersebut :

Sebenarnya, saya tak beria-ria sangat nak berswafoto dengan Putera Abdul Mateen tapi bila sudah ada peluang saya tak mahu lepaskan. Saja nak tunjuk pada gadis-gadis yang minat pada putera tersebut.

Fathia sebenarnya tidak mahu ketinggalan memberi sokongan kepada pasukan negara bersempena Sukan Sea ke 29.:

Saya suka tengok pertandingan hoki atau acara renang berirama, tapi setakat ini belum berpeluang kerana jadual saya padat. Dalam waktu terdekat ini, saya akan memulakan penggambaran drama 13 episod, Laluna. Selain itu saya juga sibuk melakukan tugas sebagai duta untuk beberapa produk.

Ha, dengar tu, Fathia bukan beria-ia sangat pun nak bergambar dengan Putera Mateen. Diharap para peminat Putera Mateen okay saja dengan swafoto tersebut.

Iyalah, ramai lagi yang dapat peluang bergambar dengan beliau kerana dia memang humble orangnya. Ia mungkin hanya peluang sekali seumur hidup. Yang tak berkesempatan boleh juga cuba di masa lain jika ada peluang, bukan? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...