Written by Bella | February 10th, 2016

#visitmyig #sayajual semua ini antara hashtag paling biasa kita lihat di akaun Instragram artis dimana beberapa peniaga Instagram mengambil peluang untuk mengiklankan produk mereka di ruang komen selebriti popular.

Namun, tidak semua selebriti yang gemar dengan tindakan peniaga-peniaga ini malah ada yang blocked mereka daripada komen didalam Instagram mereka.

Walaubagaimanapun, aktres Fasha Sandha tidak kisah jika anda antara peminatnya berbuat demikian dan tidak akan memadam ataupun blocked  mereka yang ingin beriklan.

Malah, Fasha menerusi akaun Instagram juga memberitahu beliau tidak akan membuat sebarang IG Review meskipun ia mungkin mendatangkan keuntungan kepada beliau.

First of all, thank You dear adik kakak abang Online sellers, thank You kerana tak jemu2 hantar email untuk menawarkan IG review, sampai beribu emails yang tak sempat saya baca.

Saya minta maaf, saya tak buat IG Review, saya hanya akan #instaikhlas sekiranya saya benar2 menggunakan produk/makanan/perkhidmatan tersebut dan saya ikhlas sukakannya. Hanya Insta secara Ikhlas.

Walaubagaimanapun, silakan spam dan buat iklan masing2 di ruangan saya, saya tak marah dan tak akan block. Cuma jangan terlalu kerap ok. :)

Good luck dear Online sellers. Semoga sukses. Saya harap lepas ni saya tidak dapat email berkenaan IG review lagi. Terima kasih semua.

Mempunyai lebih daripada  1 juta pengikut di akaun Instagram, niat Fasha yang ikhlas  untuk tidak menyekat mana-mana peniaga online mengiklankan produk mereka adalah satu perkara yang harus dipuji. Semoga rezeki Fasha juga bertambah selepas ini.

Sumber Berita: Instagram Fasha Sandha

38 responses to Fasha Sandha Tidak Sekat Peniaga Iklan Produk Di Instagram Miliknya

  1. Orang Melayu says:

    Yeah…1st

    0

    0
  2. Bukan peminat fasha sandha says:

    Aku tabik spring! #instaikhlas

    0

    0
  3. Melor says:

    Dulu dah peenah keluar dah ceruta ni.
    Kemon takde story sgt dah ke fasha

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Semoga murah rezeki Fasha dan anak2..Aamin

    0

    0
  5. Saerah says:

    I like her for her profesionalism

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Artis macam ni la yang I respek. Dia tahu cara nak bantu org ramai esp. online seller secara indirect. I rasa semua artis sepatutnya ada sikap macam ni. Kalau tak mampu nak tolong secara material, cara macam ni (dengan membenarkan ruang peribadi di sosial media digunakan) juga dapat membantu. I respek kerana keprihatinan dan tidak pentingkan diri sendiri yg ada pada Fasha Sandha. Terima kasih Fasha.

    #sayabukanonlineseller
    #instaikhlas

    0

    0
    • Lorat says:

      its good for her la kan, tapi kalau artis lain tak benarkan orang spam IG dorang, pun kita kena respek jugak.. hak masing2. Contoh macam Chef Wan, dia cakap dia tak suka orang spam IG dia sebab menyusahkan dia nak baca komen2 dari his fans sebab dia sangat appreciate his fans. So we gotta respect him for that la, masing-masing punya personal space pun kan.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    suka fasha..openminded..tak macam nd, kokpin, awal, aznil, ning, nurul etc yg pernah block i. sbb id insta i ni nama bisness. myampah..tumpang rezeki pun tak bole.. allah balas balik tarik rezeki hangpa baru taw..

    0

    0
    • nyampah.. says:

      kalo aku pun nyirap…kalo dh asik2 ko je up comment kt status org…visit my ig 80x…mmg harus kene block la..sikit2 sudah..

      0

      0
      • Aku says:

        Sama lah kalau aku pun panas dh skali cukup lah nie every gambar org tu post ko nk visit my ig visit my ig… Agak2 lah… Sekerat hari ada few artis buat masa visit my ig ada ruang for online seller nie tapi tetap sama… Den dh tu nk marah org block ko… Yg ko tu dh melampau so sedar lah. So desprate…

        0

        0
    • Anonymous says:

      Apa yang Fasha buat ni memang patut dipuji. Tapi at the same time you pon kena respect orang lain punya pendapat. Kalau diorang x nak online seller menjual or spam diorang punya page, ikut lah. Page diorang. Jangan la sampai nak doakan Allah tarik rezeki diorang bagai pulak. In the first place diorang buat account untuk keep in touch dengan fans bukan nak bagi orang menjual. Bottom line is, kena faham orang punya pendapat lain2. Kalau diorang suka then no problem. Kalau dah terang2 orang x suka jangan la kita marah pulak. Page diorang. Personal space diorang. Respect to be respected.

      0

      0
  8. it's business yo! says:

    letih la fashah sandah nak memakan mencuba semua barang baru boleh ig review

    nowa denish jua yang untung sebab tolong promote sambil dapat bayaran.. yakni apa apa hal berkaitan barangan sila tanya tuan barang yang asal

    that’s what we call ig REVIEW yo!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    fasah sandah bakal mendapat 50juta followers

    peniaga kaki free berdesup masuk follow gittewwww

    0

    0
  10. dato vida comelll says:

    bagus la dia nie.. x berlagak.. x sombong.. pasnie mesti ramai peminat.. ;)

    0

    0
  11. Puteri Jelita Rupawan says:

    kenapa fasha cantik anak2 dia x comel langsung ye?

    0

    0
  12. aku yang sedih says:

    tlglah jgn komen anak org macam tu.. x baik..kejadian Allah kot…ibarat org tengok muka awak tanya..kenapa mak awk cantik tapi awak ni hodoh ye…sentap tak…anak2 kecik lg…

    0

    0
  13. mat ikan says:

    aku bukan minat sangat dgn fasha ni, tapi dari dulu cara dia bawak diri dlm industri seni tanah air aku kira antara yg ‘wajar’ dicontohi artis baru dan artis tak berapa lama tp perasan best. dia tak perfect, buat silap, tp sentiasa buat yg terbaik utk kerjaya dia. semoga maju jaya fasha.

    0

    0
  14. Mooza says:

    aku minat lakonan fasha dr dulu lagi,,,, kipidap fasha

    0

    0
  15. usna says:

    Masuk telinga kanan kuar telinga kiri…. jgn peduli kata2 negatif ya fasha…. alwys support u

    0

    0
  16. jeni says:

    Fasha sandha the best…humble dan tak gila duit. Tak gila nak holiday obersea 4 kali setaun. Pi penang pun dah cukup dak pun balik kg kat peghelis.

    0

    0
  17. Yekeni says:

    Kalau artis yg tak kasi orang post iklan kerana jujurnya nak membaca komen peminat, mcm chef wan, oklah.

    Kalau artis yg halang org post iklan kerana nak orang bayar, sampai beratus, ataupun ribu, itu money eyes. Bayangkan, sekali post beratus ringgit. Yg peniaga pula surirumah, berniaga kecil kecilan. Lainlah kalau Apple ke, Oppo ke, big businesses ke….

    I letak advertisements kecilan kat suratkhabar baru 1000+ sebulan. Ni sekali post kat ig aje beratus….

    0

    0
  18. lilo says:

    “seseorang tu jahat, tak keseluruhan peribadinya yang jahat.”

    sy tabik spring kak fasha sandha ! kdg2 terpikir jgk, yg buat instareview x rasa bersalah ke klo buat review scara x jujur? contohnye produk tu mmg x kena dgn kulit dia atau dia x penh pakai pun tp die buat review seolah2 dia pakai pulak. hmmm

    papepon i supprot kak nora nd fasha, nd tilla. eh?
    haha

    0

    0
  19. poyos la says:

    ak komen kt ig rara si awal tu block ak..perasan bagus je couple awalscha tu … tp ak nk tye nape org ckp awal tu mcm pondan erk???pondan pon ad ank je ak tgk .. ak tye je..kot2 sape tau..

    0

    0
  20. Anonymous says:

    bila masa Awal tu pondan. dah kena sawan kot orang yang cakap tu. comel aje Awal tu aku tengok.

    0

    0
  21. mimi says:

    bgs nyeeeee fasha… semoga murah rezeki
    haMis zalikha mintak RM1800 utk IGreview… 2M followers katenye….
    tp semua 2M followers dia akan confirm beli ke brg yg di review?????
    ko rase????

    0

    0