Fasha Sandha Tidak Mahu Terlalu Kerap Kongsikan Kisah Peribadi Di Media Sosial

Hiburan

Fasha Sandha Tidak Mahu Terlalu Kerap Kongsikan Kisah Peribadi Di Media Sosial

Penggunaan media sosial adalah salah satu platform untuk artis mencari rezeki sekarang dengan membuat review selain berkongsi aktiviti seharian mereka bersama peminat. Namun, jika mereka terlalu mendedahkan aktivit peribadi pasti sahaja akan ada komen negatif yang dilemparkan.

Buat Fasha Sandha, sebagai seorang selebriti beliau ingin menjadi eksklusif dan menghadkan perkongsian tentang kehidupan seharian beliau di media sosial.

Advertisement

Fasha juga memberitahu kita harus berhati-hati untuk memuat naik sesuatu gambar kerana tidak tahu mungkin sahaja ada individu yang berniat tidak baik.

Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda kita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat. Perlu ada ‘limit’ kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran sesorang. Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak.

Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial. Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum.

Selain itu, Fasha juga sempat untuk menasihatkan agar pelakon baharu yang ada di Malaysia harus mempunyai displin yang tinggi dan pandai jaga diri agar tidak terpalit dengan kontroversi.

Saya lihat ramai pelakon-pelakon baru yang bagus-bagus, apa-apa pun yang kita buat displin perlu dijaga agar diri kita tidak mudah dikaitkan dengan isu-isu panas.

Well said Fasha Sandha. Memang ada artis baharu yang lakonan mereka agak bagus tetapi kalau kekwat, tiada displin dan tidak menghormati orang lain, nampaknya mereka tidak boleh pergi jauh dalam industri hiburan. Kami memang puji sikap Fasha yang cukup mementingkan displin dalam kerjanya.

Sumber Berita: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...