Written by Bella | January 9th, 2017

Hampir setahun bercerai dengan bekas suamianya Jejai, kini pelakon Fasha Sandha telah membuka pintu hatinya untuk menerima cinta dan berharap akan bertemu jodoh serta berkahwin sebelum anak-anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima meningkat dewasa. Namun, buat masa ini Fasha belum mempunyai sebarang teman istimewa kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya.

Bukan tidak berjumpa lelaki lain, tetapi ketika ini, saya takut tidak dapat memberikan komitmen kerana lebih mengutamakan kerjaya seni. Usia saya akan memasuki 33 tahun tidak lama lagi, saya berharap jodoh saya sampai sebelum anak-anak terlalu besar.

Ketika ini, anak-anak masih belum faham situasi yang ayah dan ibu mereka lalui ini. Andai ditakdirkan saya bertemu jodoh nanti, saya akan terima.

Menurut Fasha, buat masa ini juga, masih belum ada jejaka yang menghampiri dirinya dan Fasha juga masih ingin memberikan fokus buat anak-anaknya terlebih dahulu.

Alhamdulillah, belum ada lelaki yang cuba mendekati untuk mengambil kesempatan hanya kerana saya ibu tunggal. Zaman sekarang tidak lagi sama seperti dulu. Persepsi masyarakat terhadap ibu tunggal juga sudah berubah.

Sebagai ibu tunggal, kita perlu tunjukkan yang kita boleh bekerja dan berdikari supaya orang memandang tinggi serta jangan sesekali menunjukkan diri sebagai insan yang lemah.

Apa yang terjadi pada waktu lalu bukanlah penamat untuk Fasha Sandha mencari kebahagiaan bersama orang lain pula. Siapa tahu jika ada jodoh Fasha selepas ini ia akan kekal sehingga akhir hayatnya. Apa yang penting, lelaki itu dapat mencintai Fasha seadanya dan menyayangi anak-anak Fasha seperti anak sendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE

7 responses to Fasha Sandha Sudah Terbuka Hati Untuk Mendirikan Rumah Tangga

  1. nok gebuzzz says:

    yg penting bukan hak org,ada jodoh kawin jer…
    x sabar nak tggu episod akhir lara aisyah

    7
    1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      lov u fashaaaa semoga tabah mengahadapi ape jua rintangan kuatkn diri n semangat n terus bekeja bekeja bekeja sampai ape yg di hajat tu tercapai …semoga Berjaya n di murahkn rezeki…kalau ada orang yg mengata pekak kan telinga sudaaaa…eemmuah…! jangan lupa yg satu ni..idop umno !

      1
      0
  2. Anonymous says:

    belajar dari pengalaman

    0
    0
  3. Anonymous says:

    tak perlu sebarkan kalau nak kawin teruskan. sendiri minta cerai sekarang cakap fasal ibu tunggal maka itu yang diminta itu yang di dapat…. boring…….

    5
    0
  4. haha says:

    nora bole janda smpi anak umur 8 tahun. takkan kau tak bole kot hahah

    3
    1
  5. leeya55 says:

    Jangan tunggu lama2 ………

    0
    0
  6. Anonymous says:

    npe fasah trtonggeng2 kt insta nmpk perut?? green light nk kawin baru ea???

    0
    0

Leave a Comment

Optional