Farish Aziz Terkena Demam Denggi

Hiburan

Farish Aziz Terkena Demam Denggi

Pengacara serta penyampai radio Suria FM Sabah, Farish Aziz teah dimasukkan ke pusat Perubatan Jesselton, Kota Kinablu, Sabah pada hujung minggu lalu selepas disahkan terkena demam denggi.

Mula dengan demam yang teruk sehingga mengigil satu badan pihak doktor di hospital tersebut membuat keputusan untuk Farish ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan lanjut dimana doktor telah mengambil sempel darah beliau untuk memantau keadaannya.

Advertisement

Pada mulanya saya mendapat rawatan di klinik biasa. Tetapi lama kelamaan demam saya sangat teruk. Badan menggigil-gigil kesejukan, tetapi suhu badan pula panas.Kemudian saya terus ke hospital pula apabila berasa badan semakin lemah dan doktor mengesahkan saya dijangkiti demam denggi.

Buat masa ini beliau masih lagi ditahan di wad kerana bacaan platlet darah beliau agak rendah. Walaupun sedang bertarung untuk melawan sakit tersebut, Farish pada masa yang sama bimbang dengan keadaan isteri serta anaknya. Farish berharap agar kedua-dua insan tersayang beliau itu tidak terkena demam denggi.

Walaupun platlet darah 150 bpl (billion perliter), tetapi kiraannya semakin rendah. Suhu badan saya pun tidak menentu, ada masa naik dan turun. Itu membuatkan saya masih lagi ditahan. Diharap saya dapat segera pulih dan dapat sambung kerja seperti biasa.

Harap-harap, isteri dan anak saya tak terkena denggi. Semalam, salah seorang wakil daripada Jabatan Kesihatan KK telah mendapatkan maklumat ke mana saya pergi sepanjang seminggu ini. Difahamkan mereka akan buat semburan sekitar kawasan rumah saya dan pejabat.

Demam denggi ini kita tidak boleh pandang mudah. Jika ia tidak dirawat boleh bawa maut juga. Apa-apapun kami berharap agar Farish Aziza cepat sembuh, mungkin boleh cuba beberapa petua seperti meminum jus pucuk betik dan juga sup ketam.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...