Written by Bella | January 20th, 2017

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mengakui rumah tangganya bersama Farid Kamil pernah goyah dan mereka berdua hampir bercerai.  Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Tidak memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangganya, Farid menerusi portal Utusan Online semalam akhirnya buka mulut dan mengakui rumah tangganya pernah goyah.

Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Farid lebih selesa untuk menggunakan cara lama iaitu mengambil masa untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan.

Farid  juga menasihatkan  pasangan muda yang ingin berkahwin untuk  mendalami ilmu agama terlebih dahulu dalam usaha memastikan perkongsian hidup suami isteri kekal bahagia.

Sumber Berita : Utusan Online

7 responses to Farid Kamil Akhirnya Buka Mulut Isu Rumah Tangga Pernah Goyah

  1. NoName says:

    Penawar kepada kepahitan rumah tangga ialah mengaku salah dan memaafkan..
    (KOMUNIKASI ITU PENTING) All the best D!

    9

    0
  2. Anonymous says:

    Betul tu belajar agama penting jgn buat anak nanti termangandung dulu terpaksa kawin

    7

    5
  3. Anonymous says:

    fahami lah isteri tercinta, walaupun kadang2 perempuan ni susah nak kita fahami.. Baca lah isi hati dia. jangan pernah berubah dan kekal kan lah perasaan kamu tu sebagaimana kamu cuba untuk ngorat dia. Semasa Couple manis bagai, sudah kahwin kaki tangan yang sampai.

    3

    0
  4. Anonymous says:

    lelaki mudah ambik kesempatan bila lihat isteri pandai berdikari…padahal isteri tu tak nak susah kan or terlalu berharap pada suami sahaja..sudahnya isteri memendam perasaan…dapat suami yang faham tak apa le…boleh syer/ngadu…dapat yang jenis sengal aka bebal, ko cakap la apa pun dia wat dekkk je…tak sakit hati camtu?

    22

    1
  5. Fidot says:

    Benda dah surut takyah la nk bukak cerita pulak…ni msti nk gosip murahan ni. hal rumah tngga better keep it private.

    15

    0
  6. Kiah Propa says:

    Smoga semua ini boleh mematangkan Farid dan Diana. Akak harap korang bahagia sampai ke Jannah. Dak mau cerai2 na..

    3

    0
  7. Satu jer. Jangan 2-2 keras hati. Satu ego, satu lagi kena down to earth. Sebab…kita kawen bukan sekejap2 tapi untuk sampai ke Jannah. Aminnn.

    0

    0

Leave a Comment

Optional