Written by AbangNara | September 22nd, 2014

Bertemakan ‘Hits Fantasia’ pada minggu ketiga, pelajar-pelajar AF2014 diberi tugasan untuk menyanyikan lagu-lagu bekas pelajar AF2014. Antara lagu yang didendangkan ialah Awan Nano, Aduh Saleha, Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Hanya Kau Yang Mampu. Walaupun ada peningkatan yang ditunjukkan oleh pelajar seperti Firman dan Muna, Abang Nara merasakan persembahan para pelajar AF2014 kali ini lebih kepada ‘meniru’ bekas pelajar AF dan bukannya tampil dengan persembahan tersendiri.

af2014

Sesi pembelajaran sepanjang seminggu sebelum membuat persembahan nampaknya tidak membuahkan hasil apabila rata-rata pelajar seolah-olah menyanyikan kembali lagu bekas pelajar AF dengan gaya asal. Akibatnya, Fareez yang sememangnya berada di tangga terbawah sepanjang minggu telah pun disingkirkan. Pemilihan yang tepat kerana persembahan Fareez daripada minggu pertama amat kurang memberangsangkan. Berdasarkan komen para pengikut tegar AF, Fareez juga dilihat agak malas untuk memperbaiki diri jika dilihat di dalam Diari AF.

af2014

Daripada pemerhatian Abang Nara, 2 nama iaitu Firman dan Adel telah mula mempunyai pengikut mereka yang tersendiri. Mereka berdua mempunyai aura yang tersendiri lebih-lebih lagi Firman yang sering mendapat pujian daripada para juri. Adakah Firman bakal bergelar juara AF2014? Masih terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Namun para pelajar AF2014 yang lain harus belajar untuk menunjukkan keistimewaan masing-masing jika tidak mahu digelar sekadar pencukup ‘korum’.

af2014

Nasihat Abang Nara,jangan malas untuk bertanya dan belajar daripada para guru di AF2014. Tampilkan kelainan setiap minggu. Jangan terlalu mengikut rentak dan gaya penyanyi asal. Tunjukkan yang anda berani berubah. Semoga konsert minggu keempat kelak akan ada peningkatan yang memberangsangkan. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Fareez Tersingkir, Firman Mula Tunjuk Aura Juara AF2014?

  1. norli says:

    aq dh myampah sgt dengan AF nie..AF 1- AF 4 gak yg best..afterthat smu hampeh..langsung xbest!!!mls nk komen dah..bye

    0

    0
    • Yahudi says:

      semalam ja sy tgk konsert AF , sbb ada MILA !!
      Cantek nya Mila , yer la org Penang kan ? mmg la cantek haahha !
      Masa dia join singing competition kat Bulgaria(Europe) pon mmg dia punya muka setaraf dgn org2 Europe , dan dia menang , Love you Mila , Love Penang forever !!

      0

      0
    • minah jambu sentiasa merah biru says:

      ni lagi satu mawi no 2 si firman kacang lupakn kulit…kalau belom kawin tkan orang nk cakappppppp ! macm mawi menang Af aje tros putus ngan tunang yg banyak kasi sokongan n menyokong n percaya ngan dia huh ! satu hari dia mesti dapat pembalasan ape yg dia dh buat ngan tunang dia n kawin ngan si ekin..

      0

      0
  2. themightydingdong says:

    AF masih releven?? omaigushhh

    0

    0
  3. MisteriTapiCute says:

    Firman je lah menang..best…! Sy suka !sy suka!

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ni cite apa nih????

    0

    0
  5. debab says:

    key macam skirt tu pleaseeeeee la buang bru aku nk tgk AF……..

    0

    0
  6. Melati says:

    Selagi ader sikatek Zizan kt AF memang hancus lah….hoooooi ooooiii Assteruk (ASTRO) ko tk perasan ker yg Zizan tk menang aper anugerah kt Anugerah lawak Warna???? watper ko simpan si Zizan kangkang ni lg…jgn lah buli penonton …kita bayar lah ..bukan tgk Free…cari lah yg bermutu skit..macam Aznil teruskan gan AF dia..kan ader class…

    0

    0
    • melatimeroyan says:

      kau ni bangang sgt dengki kat zizan tu kenapa hah? meroyan tak dapat zizan sb zizan pilih emma ke? dah rezeki zizan mengacara AF. asal nara publish cerita pasal AF mesti ada komen bodo kau ni. Bodo!

      0

      0
  7. Mira says:

    over nara ni kritik mcm lah hebat and tahu. kemain lagi kau yer… Firman? tolong lah. kenapa org x nampak ewal, nuha and adel? Ewal dpt standing ovation dri paknil lg. suara die sedap gile. lg sedap dari hafiz af tu. Pastu hafiz af tu jd juri juara dri jauh ngn stacy. bila pelajar lelaki sedap cemane pun sikit jer percentage yg die bg bile pelajar perempuan even suara cam tah pape bg markah tinggi. tp stacy pandai bagi markah xde pilih kasih.

    0

    0
    • ddd says:

      Saje nk betulkan ko…

      Firman pun dpt standing ovation drp paknil… ewal n nuha suara sedap tp aku x rase dorang boleh gah n femes lepas abis af ni. Kite boleh nmpak la pakej yg ade pada adel… kalau x glamer sbgai pnyanyi pon die mesti jd seseorg yg akn disebut2 dlm industri

      0

      0
    • EHEM says:

      apa suara Ewal lg sedap dr hafiz? hahahah kesian dengar jerit2 je dh kira sedap perfect la… same mcm firman… sore sedap tp goyang.. noted x pegang… serius nk bandingkan ewal ngan hafiz?…. kelakar kot… bukan level lg… tp aku memng suka.. ewal n firman.. yg lain biase2…

      0

      0
      • shahz says:

        Yg aku nmpk berbakat stakat ni ewal, adel, nuha, firman n azwan. Tapi paling aku suke ewal. Suare dia best. Kalau antara firman n ewal, aku lbh suke ewal jadi juara.

        0

        0
      • nd says:

        ewal kn mmg dh artist dri kcik lg.. cume di msia die kurg popular. kalo pringkat international he won gold medals dh byk.. ewal will be the next . huhu. hafiz lak.. lahir frm realiti jgk.. so sme jer..

        0

        0
    • kuning says:

      Jgn risau markah yg hafiz & stacy bagi tak kn mengeluarkan pelajar dr af, undian penonton yg penting. Markah yg mereka bagi memang lh berbeza sbb hafiz dh menang vokal trbaik 3 tahun berturut2. Setakat ni vokal ewal tu belum dpt mengalahkn hafiz. Minat firman sbb psembahan yg sgt jujur.

      0

      0
      • Agensi Berita Dunia says:

        Bagi derma kat Gaza lagi afdal daripada membuang duit mengundi peserta rancangan realiti nyanyian ini!

        0

        0
        • kuning says:

          Betul tu, sbb tu lh saya tak pernah mengundi budak af, sebelum derma ke gaza, carik lh saudara terdekat yg hidup dlm kkurangan, sedekah mgundang rezeki.

          0

          0
    • rabuan put says:

      Firman pun aznil bagi standing ovation jugak dik non . . . 1st pelajar yang dia bangun bagi standing ovation tu … suara unik bukan saduran. Adel tu x konsisten . . lagu stacy tu agak la ke laut… lagu ziana zain pon. Cuba lg ye !

      0

      0
    • Mira says:

      pilihan masing masing dik non. xyah beriye sgt tuduh org undi af pastu x bg derma kt Gaza. ingt mcm kau nk kene canang satu dunia kau derma kt Gaza dan tak tgk AF. phuiii

      0

      0
  8. Melati says:

    Lagi 1 Assteruk (ASTRO) ni yg dia bagi Suib nyanyi lagu Awie dlm Anugerah Lawak Warna watper….dah lah tk menang aper2 pastu nyanyi plak lagu Dipenjara janji…bukan kelakar, macam sial aku tgk Suib tu,…Astro lain kali tapis lah dulu buat lah bermutu skit.

    0

    0
    • melatimeroyan says:

      Menyampah btl aku dgn ko ni melatibongok. ko kata shuib tu sial. ko lg sial. manusia mcm ko tak pyh idup kat dunia pun tak ape la. complaint sana sini. ko tak pyh la tgk astro. bodo.

      0

      0
  9. sajalayanaf says:

    farez mmg elok kuar pun…’pemalas…duk tido je…org duk berlatih dia tido…nmpk sgt bkn sorg yg berusaha….hehehe…org wat latihan stamina mcm2 alasan dia bg nk ngelak…awal2 lg da nmpk attitude yg x bgus…i duk umah sensirang..bosan..tu yg duk lyn diari af…hahahahaha

    0

    0
  10. sj suka2 komen says:

    Firman best..yg lain pon best..ewal okla..lame mna plak dia jd artis sblm ni..dia dah tau pengawalan pentas..nk bnding dgn hafiz masing2 ada kelebihan sendiri..

    0

    0
  11. Afundi keluar Ziha says:

    yang ziha tu bila nak keluar?nyanyi tak sampai,syok sendiri.Harap comei je la sebab tu astro simpan untuk marketing af..Ntah pape.

    0

    0
  12. dinda says:

    juara af yg sblm ni ape cite ye?nmpk dia ada nyanyi sikit haritu..hakikatnya juara af ni ramai yg tenggelam drpd yg timbul..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Af 2014 ni af musim keberapa hah?????….

    0

    0
  14. Anonymous says:

    ske kt nuha jer… coz jd dri sndri.. bia la nmpk cm poyo pn. atleast xnmpk pn gdik2 cm crtain student y lain 2

    0

    0
  15. anum says:

    Poyo =jadi diri sendiri
    Gedik= jadi diri sendiri

    Kalau benda ni yg kau kesahkan ko kena suke jugak la yg gedik tu sbb dorang pon x hipokrit..naturally gedik…same ngan nuha naturally poyo..

    Tu kah yg kau maksudkan??

    0

    0
  16. key Pop says:

    astro bongok tnye firman soalan bodoh².. Da budak tu 2 tahun x keje, x kn dia nk bgtau brp bnyk spender dia bawak dtg ke AF? Bengong betol..nasib c firman pandai jawab..”cukup apa yg ada” hahaha firman suara sedap tp mungkin dia belum PRO lg.x pa slow² mendayung..nti lama² ok jugak tu..TAPI bab penghayatan & gubahan lagu tabek spring kt firman..yg lain tu hampeh.. ewal bg aku suara biasa je..cuma dia pn pandai menghayati lagu…dorg 2 je la harapan AF.. yg lain HAMPEH~

    0

    0
    • zai says:

      Setuju!!! Tp pada aku tnye kat dlm akademi ok… pengetua mungkin nk tahu… tp tak payah la nk ulang balik vt2 mcm tu mase konsert… org nk mnjawab pon tak reti… pada aku die mmg org susah tp die xnk simpati org… aku mmg suke dgr suara die start 1st week…cuma konsert ke3 mcm kureng skit… 1st persepsi aku mood die dah hilang dgn soalan2 bodoh mcm tu…zizan n fbi x salah…tp script writer tu alert skit sensitiviti org…

      0

      0
      • key Pop says:

        kan.. tanya depan² orang ramai.. semua yang nengok AF tau..kesian la..malu la budak Firman tu.. tapi aku salute dgn jawapan dia bila kena tanya ada nak ape lagi x?
        “cukup rezeki dari ALLAH”

        kau..terdiam terus yang menanya… haha

        0

        0
  17. Peminat Piala Dunia says:

    AF dan yang sama benda dengannya dah tak relevan lagi sejak 2006!

    0

    0
  18. Agensi Berita Nasional says:

    Daripada bagi derma kat rancangan realiti hiburan ini baik bagi derma kat rakyat Palestin. Satu lagi, penyiaran televisyen terrestrial digital (DTTB) akan dilaksanakan di Malaysia bermula tahun 2015 dan berkemungkinan besar lambakan saluran TV digital percuma (termasuk sukan)dalam bentuk SD dan HD akan menggugat Astro dan TV berbayar yang lain.

    0

    0
  19. nd says:

    Ewal dh mmg artist dari dlu. korg pls search iqwal hafiz. tgk info2 awards yg die dh pnh dpt pringkat international. btw, ewal ni pon slalu jd guest artist konsert2.. slh satu konsert rossa. so korg xyahla nk pndai2 komen mcmla korg tu reti nyanyi. alahaii. x ckup info psl org..tp komen mcm2. mmg Ewal bakal bersaing dgn Hafiz.. sbb package ewal almost perfect.. pndai dance. vocal mantap n background music terbaekk. ++ he very low profile eventho he dh cukup sume. sape nk kutuk..sila kutuk… pepepon .. Ewal bakal juara. xcye? will see

    0

    0
  20. Matnor says:

    Bagi aku FIRMAN memang terbaik….Marilah sama2 kita Afundi FIRMAN…malam itu aura suara dia memang sedap…semoga FIRMAN juara AF2014.

    0

    0
  21. […] Fareez Tersingkir, Firman Mula Tunjuk Aura Juara AF2014? (40) […]

    0

    0