Fareez Hazwan Nafi Diabaikan Oleh Bapa, Fauzi Nawawi

Hiburan

Fareez Hazwan Nafi Diabaikan Oleh Bapa, Fauzi Nawawi

Sejak menyertai dan menjuarai rancangan Mentor Milenia barulah orang ramai mengenali Fareez Hazwan, 18, sebagai anak kepada pelakon Fauzi Nawawi hasil perkahwinan terdahulu.

Disebabkan itu timbul cakap-cakap bahawa Fareez yang tinggi lampai itu telah diabaikan oleh Fauzi sebelum ini dan hanya diberikan perhatian oleh pelakon itu setelah menyertai Mentor Milenia. Ada juga desas-desus yang mengatakan Fareez juga tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu tirinya pelakon Lisdawati.
 photo 12139610_248095015523458_1541240541_n.jpg
Melalui Berita Harian, Fareez menafikan semua dakwaan tersebut:

Advertisement

Biasalah bila sudah meningkat remaja, manalah saya hendak rapat dengan Babah lagi. Rasa geli pula dalam usia sebegini masih nak bermanja dengan Babah. Bagaimanapun, ia tak bermakna hubungan kami tak rapat. Sebaliknya hubungan kami masih macam anak-beranak dan Babah tetap mengambil berat terhadap saya.

Apabila menceburi bidang seni ini, Babah banyak memberikan nasihat. Antara pesanan beliau, jangan lupa solat dan jangan sesekali lupa diri, serta selalu ingat asal usul.

Bidang hiburan banyak cabarannya dan sebagai orang yang terlebih dulu makan garam dalam dunia terbabit saya pegang nasihatnya supaya tidak tersasar di kemudian hari.

Kalau dengan Babah, saya akan bertanyakan perihal orang lelaki tetapi dengan mama (Lisdawati) saya lebih selesa mendapatkan pandangannya berhubung soal imej. Mama juga banyak menasihatkan saya mengenai pengurusan kewangan.


 photo 12547359_1101118179906478_1839501986_n.jpg

Diharap penjelasan dari Fareez ini sedikit sebanyak memperjelaskan mengenai hubungannya dengan bapa dan ibu tirinya. Ternyata hubungan mereka baik-baik saja, malah sebenarnya mereka tinggal bersama di kediaman Fauzi dan Lisda dan kelihatan mesra dalam rancangan Romantika yang disiarkan di Astro Ria.

Biasalah bila sudah menjadi selebriti kadangkala perkara yang tidak ada pun diadakan oleh sesetengah pihak. Ini cuma salah satu permulaan kepada cabaran sebagai anak seni. Diharap Fareez bertabah dan semoga terus berjaya dalam industri.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...