Written by Bella | December 16th, 2016

Sah bercerai talak satu secara tebus talak dengan bekas suaminya Zaahier Stanley yang berasal daripada Capetown, Afrika Selatan sekitar bulan Januari lepas, bekas penyanyi Farah Asyikin memberitahu beliau bakal berkahwin buat kali ketiga pada 7 Januari depan.

Difahamkan, bakal suaminya yang bernama Raja Iskandar Raja Muktharuddin, 51 tahun, merupakan duda anak tiga dan bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat minyak dan gas.

Bakal suami saya duda dan kematian isterinya sejak 18 tahun lalu. Kami kenal sejak Disember tahun lalu. Beliau melamar saya Mac lalu iaitu pada bulan sama bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Beliau sempat mengenali arwah bapa. Arwah juga menyenanginya.

Farah akui beliau pernah merasa serik untuk berkahwin lagi tetapi jodohnya bersama lelaki berkenaan agak kuat.

Semua ini kuasa Allah. Mula-mula dulu memang saya tak yakin dengan hubungan ini. Malah saya juga bersikap jual mahal. Ditambah dengan kes penjagaan anak yang baharu saja selesai beberapa bulan lalu, saya masih teragak-agak.  Namun jodoh saya dengannya jadi kuat. Di sebalik kegagalan dua perkahwinan terdahulu, saya banyak belajar.

Walaupun ada yang anggap saya salah pilihan, ada hikmah di sebalik dugaan dan ujian yang hadir.  Semua pengalaman itu mahal, termasuk belajar menerima lamaran lelaki baharu dalam hidup, sekali gus memikirkan niat untuk membina hidup bersamanya.

Farah mula berkenalan dengan bakal suaminya melalui seorang rakan yang sama-sama terlibat dalam kerja amal menerusi NGO yang aktif dengan program kemanusiaan, Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakaf).

Pada awalnya mereka merencana untuk bernikah pada bulan April tahun depan tetapi apa salahnya untuk mempercepatkan benda yang baik. Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara ringkas di sebuah pusat komuniti di ibu kota.

Sumber Berita : BH ONLINE

30 responses to Farah Asyikin Bakal Berkahwin Buat Kali Ketiga Januari Depan

  1. melati says:

    Ni mesti kes tak puas mengawan……tapi takper sekurangnya tak skandal saner sini mcm Neelofa & Uqasha Senrose….dh mcm Touch & Go plak mereka ni…!! wakakakakkaa

    1

    43
  2. gumbira says:

    Hebat lah! apa2 pon, tahniah :P

    3

    0
  3. dreamer says:

    Congrats, mana tau 3rd time is a charm.

    13

    0
  4. janda ke perawan says:

    abby pon 3x bkawen..ikot jejak lgkh la tu…

    2

    5
  5. Anonymous says:

    Takpe dh takdir dia 3 Kali bkahwin.. Dari buat yg bkn2.. terpegang2 la terdada2 la teman main futsal la terholiday sama2 la tpi dok nafi je bcinta.. hanya kawan biasa.. baik trus kwin mcm ni… Moga berbahagia..

    46

    1
  6. FA says:

    kalau tengok farah asyikin mesti teringat salem cool planet hehehe
    tahniah farah. semoga perkahwinan kali ini adalah perkahwinan yang diberkahi insya allah ^________^

    28

    0
  7. seroja says:

    untongg laa asik kwin je…ak ne da 30an pn xkwin2 gak

    32

    0
  8. anak nogori says:

    cantik je farah pakai tudung labuh tu…

    5

    2
  9. Anonymous says:

    syok ohhh…dpt rasa 3 btg

    2

    14
  10. Ape pon aku harap Farah bersedia untuk menempuh perkahwinan kali ni. Semoga kekal hingga akhir hayat.

    1

    0
  11. Anonymous says:

    lucky her…ada jer orang nak buat bini.
    x tau lah apa masalah bila dah kahwin ek.

    4

    0
  12. Najib says:

    Lelaki Melayu juga jantan terbaik…xperlu laa cari lelaki luar

    1

    2
  13. Anonymous says:

    Selain dr BERbincang psal artis, kita juga boleh BERdoa untuk saudara kita di ALEPPO

    3

    0
  14. Anonymous says:

    Aleppo, Rohingya, Palestine… meruntun jiwa tgk susahnya nak keep on living. Yang kita sini…sibuk susah hati lofa merajuk.

    4

    0
  15. redha jela says:

    untunglah kahwin cerai..kahwin cerai berkali2. aku ni nak kahwin sekali pon tak merasa langsung.

    0

    1