Fara Mendoza Terkejut Foto Bercumbu Dengan Zwenstar Tersebar

Hiburan

Fara Mendoza Terkejut Foto Bercumbu Dengan Zwenstar Tersebar

Semalam foto comolot antara Fara Mendoza dan penyanyi baharu iaitu Zwenstar viral di media sosial. Foto tersebut diambil di lokasi penggambaran muzik video untuk lagu penyanyi itu yang bertajuk Ku Tahu.

Advertisement

Fara yang tidak pernah putus dihimpit kontroversi untuk beberapa bulan ini, sekali lagi menerima komen serta kritikan hebat daripada masyarakat. Ada yang  menggelarkan beliau sebagai artis sendu yang sengaja mencari publisiti murahan.

Terbaru, Fara menerusi portal mStar Online menafikan beliau berkelakuan sumbang seperti yang disebarkan dan menjelaskan foto itu sebenarnya salah satu babak pasangan bercinta dalam klip video tersebut.

Malah, beliau juga masih mempunyai akal untuk berfikir untuk tidak melakukan sebarang tindakan tidak senonoh di tempat awam.

Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian. Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.

Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut.

Tidak mahu terus menjadi bahan kritikan ataupun fitnah orang, Fara akan mencari dalang yang menyebarkan foto beliau dengan niat untuk mencalarkan imejnya.

Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh.

Sering terpalit dengan pelbagai cerita panas, Fara akui beliau pernah menitiskan air mata apabila mengenangkan setiap perkara yang beliau harus lalui.

Kalau ikut gaya didalam foto memang macam orang sedang bercumbu tetapi mungkin ini hanya trick kamera yang digunakan oleh dalang tersebut untuk mejatuhkan imej Fara Mendoza. Heh..tepuk dada tanya hati. Tak pernah pulak kami lihat didalam klip video ada aksi mesra macam ni.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...