Fara Fauzana Rela Bermadu, Tak Kisah Neelofa Menang ABPBH

Hiburan

Fara Fauzana Rela Bermadu, Tak Kisah Neelofa Menang ABPBH

Memasuki umur 33 tahun ini, Fara Fauzana melahirkan kerelaannya untuk hidup bermadu. Namun ada syarat yang perlu dipatuhi iaitu isteri lelaki tersebut yang perlu datang meminang dirinya. Satu syarat yang sangat bagus di mata Abang Nara.

fara fauzana

Advertisement

Yang menariknya, Fafau pernah meminta untuk berkahwin pada umur 21 tahun tetapi hasratnya itu telah terhalang oleh ibunya. Kali terakhir Fafau mempunyai teman lelaki ialah pada 2 tahun lepas. Itu satu tempoh masa yang agak lama. Memang sesuai dah untuk Fafau bercinta kembali.

fara fauzana
Fara Fauzana juga tak kisah jika Neelofa mengalahkannya di dalam kategori Pengacara TV Wanita Popular dalam ABPBH2012 kali ini. Bagi Fafau, jika Neelofa menang, itu bermakna gandingan mereka di dalam Nona berjaya. Sebelum ini Fafau telah memenangi kategori ini untuk 7 tahun berturut-turut.

fara fauzana

Apa pun semoga tahun 2013 ini, rezeki Fara Fauzana akan lebih terbuka luas. Semoga bertemu jodoh dan dapat menimang anak secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan. Info asal Kosmo.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...