Written by Bella | April 14th, 2015

Pagi semalam, kecoh sebentar konti radio Hot FM AM Krew apabila Fara Fauzana telah diusik oleh AG dan Tun Nadia mengenai cincin yang dipakai oleh Fara yang sebelum ini tidak pernah dilihat dan mereka menyatakan mungkin ia adalah pemberian seseorang ataupun personaliti terkenal itu sudah dirisik.

Jelas Fara, cincin tersebut baru sahaja dibeli dan  bukanlah cincin merisik seperti yang diperkatakan.

Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena. Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer.

Fara atau mesra disapa Fafau seringkali diajukan soalan baik daripada media mahupun peminat tentang bilakah beliau akan berumah tangga. Walaupun berkali-kali mereka bertanyakan soalan yang sama, Penyampai Radio Paling Popular ABPBH 2014 itu tidak pernah tersinggung mahupun berkecil hati.

Saya dah biasa dengan soalan dan usikan tentang kahwin. Tak marah pun. Bagi saya semua itu adalah satu doa. InsyaAllah satu hari nanti.

Sejujurnya pasti ramai yang ingin melihat Fafau bahagia di samping seseorang bukan? Doakan sahaja beliau akan bertemu dengan jodoh yang baik dan mana tahu akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi? InshaAllah.

Sumber Berita: mStar Online

12 responses to Fara Fauzana Jelas Isu Pakai Cincin & Dirisik

  1. jawapan aku says:

    terbaik la fafau..aminnn

    0

    0
  2. mL says:

    Biaq pi dialah dia nak dirisik ke apa
    lagipun fafau dah 30++ tahun kan?
    So memang sesuai sgt lah kalau nak kahwin pun

    0

    0
  3. orked ungu says:

    semoga cepat mendapat jodoh…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    eeeeeeeeeeeeeeeeee

    0

    0
  5. bluberry says:

    Bagus jer Fafau ni, tak der pun gosip cintan cintun. Dok tunggu jugak bila tarikh bersejarah Fafau.

    0

    0
  6. Jenab says:

    Jenab suka dgn fafau bab nie, tak melatah or tsinggung.. cool

    0

    0
  7. aini says:

    jodoh pertemuan sumenye ditangan tuhan…insyaallah akn ada jodoh untuk fafau nnti..

    0

    0
  8. zaza says:

    antara artis yg bersih dari gosip liar atau kontroversi murahan. no wonder lah menang abp 8 taun berturut2.g
    terima kasih fafau sebb sudi reply kad raya adik aq masa dulu. happy dia sgt2 aq tok dia.
    (jgn jd mcm awal,org nk mntk bergmbr pon dihalaunya)

    0

    0
  9. mimi says:

    ni la pompuan feefeling berangan top sombong nak mampus masa jumpa kt show rizalman….nak ajak ambik gmbr muka masam mencuka dgn sesama retis ajak ambik gmbr blh plk gelak ketawa…..mmg tak hargai peminat btl sabar je la …jgn nak sombong diri sgt ye fafau

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ok yg ni saya sokong.fafau punya nature mmg sombong dan belagak,lain sgt dari imej yg ditunjukkan kat tv & social media.sy penah jd saksi mcamana dia jatuhkan air muka sorang hamba Allah ni.taknak komen panjang, nanti bukak aib org

      0

      0