Falisha Crossley Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

Falisha Crossley Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Falisha Crossley, nama yang semakin meningkat naik dalam industri lakonan tempatan. Pernah membintangi  filem Mat Moto bersama Pekin Ibrahim dan muncul didalam drama Aku Bukan Bimbo dan Dia Semanis Honey.

Pelakon wanita yang manis rupanya ini kini sudah berhijab sepenuhnya 3 hari sebelum bulan suci Ramadhan tiba.

Advertisement

Malah, beliau juga merancang untuk menjual pakaian-pakaian beliau sebelum ini kerana tidak lagi sesuai dengan imej muslimahnya kini.

Tiga hari sebelum puasa saya mula pakai tudung. Tiba-tiba saja terdetik hendak pakai tudung. Alhamdulillah, apa yang saya mahu dan hajati setakat ini dalam kehidupan saya, semuanya sudah tercapai dan saya rasa sudah tiba masanya saya berubah lagipun ini satu kewajipan kita sebagai wanita Islam.

Sejak berhijab saya rasa lebih gembira dan orang sekeliling yang rapat dengan saya juga gembira dengan perubahan saya. Tapi saya masih belajar lagi cara memakai tudung. Setakat ini saya cuba semua gaya dan fesyen tapi mengikut juga kesesuaian.

Dengan imej sekarang ni, jadi banyak pakaian lama saya seperti skirt pendek yang saya sudah tidak pakai lagi. Saya dalam proses mengumpulkan semua pakaian yang masih elok itu dan merancang mahu menjualnya di carbooth sale.

Alhamdullillah, satu perubahan yang cukup baik dalam bulan yang penuh barakah.Belajar perlahan-lahan untuk menjadi seorang muslimah sejati, InshaAllah. Kami doakan perubahan Falisha Crossley kekal selama-lamanya.

Sumber Berita : Malaysian Digest

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...