Internet Tak Habis-Habis Dengan The New DiGi Postpaid

Hiburan

Internet Tak Habis-Habis Dengan The New DiGi Postpaid

Setelah berdolak-dalik untuk bertukar ke talian Digi, akhirnya Abang Nara berjaya dicairkan dengan pakej postpaid terbaru Digi. Dikenali sebagai “The New Digi Postpaid”, selaku pengguna Internet tegar, pakej terbaru ini memang teramatlah berbaloi untuk pengguna seperti Abang Nara.

 photo digi1.jpg

Advertisement

Ok mungkin ada yang cakap Abang Nara nie puji Digi lebih-lebih sebab dah kena bayar. Tak apa tak apa. Meh kita tengok sini plan yang ditawarkan di dalam “The New Digi Postpaid” ini. Untuk makluman, Abang Nara telah mengambil pakej RM98 yang “More Internet”.

 photo digi2.png

Apa yang paling Abang Nara suka ialah kegunaan data untuk Whatsapp adalah unlimited dan percuma apabila mengambil pakej RM98 nie. Maknanya kalau kuota data untuk bulan ini dah habis, Whatsapp still boleh jalan lagi. Tak perlu nak ambil data tambahan. Itu belum kira streaming free untuk penggemar musik yang selalu gunakan Spotify, Apple Music dan sebagainya. Memang tak habis-habislah data korang.

 photo digi3.png

Yang pakej “More Calls & SMS” ini pulak sesuai untuk korang yang kaki bergayut telefon dengan awek-awek/pakwe-pakwe. Boleh berborak sampai lebam. Bermula daripada pakej RM68, dah boleh dapat UNLIMITED call. Kuota Internet yang diberi pun boleh tahan juga. Susah kan nak buat pilihan? Kenalah tengok kesesuaian korang yang mana satu.

 photo digi4.png

Satu lagi ciri best The New Digi Postpaid ini ialah kita boleh bawa ke bulan seterusnya kuota data yang tak habis guna. Kalau dalam bahasa omputihnya “rollover”. Contoh macam pakej RM98 Abang Nara dapat 10GB data. Katakan Abang Nara cuma guna 5GB sahaja untuk bulan Mac ini. So 5GB data lagi yang tak digunakan akan di bawa ke bulan April. Secara keseluruhan untuk bulan April Abang Nara ada 15GB data untuk dilenjan. Puas hati!!!

 photo digi5.png

Namun apa yang paling memuaskan hati Abang Nara sejak berpindah ke Digi ini ialah coveragenya 4G LTE nya yang super luas. Mana-mana pergi hampir kesemuanya dapat LTE. Internet Digi memang super duper laju. Puas hati. Berbeza betul dengan syarikat telekomunikasi Abang Nara yang sebelum ini. Menyesal tak tukar awal-awal.

 photo digi6.png

Kalau korang belum bertukar ke Digi, nasihat Abang Nara silalah berbuat sekarang juga dengan The New Digi Postpaid. Memang berbaloi-baloi. Maklumat lanjut layari www.digi.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...