Written by serenity | October 6th, 2017

Saat ini, sebuah siri drama yang diadaptasi dari sebuah novel romantis sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah.


Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Ia mula ditayangkan sejak 12 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Dalam drama tersebut, terdapat satu adegan seorang doktor wanita memberi penerangan kepada watak Umayr Haris yang dilakonkan oleh Zul Ariffin mengenai keadaan isterinya:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Kamarul menulis:

DOKTOR MELALUT

Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.

“…beberapa siri pembedahan pelvic dan juga ovary surgical removal. “
Pelvic = pinggul
Ovary surgical removal = pembedahan buang ovari(organ penghasilan telur).

“Jadi, daripada pembedahan itu dia mengalami keretakan tulang dan pendarahan dalaman yang sangat serius.”
Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh. Jarang ia patah kecuali kemalangan jalanraya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.

“Jadi, kami terpaksa buang rahim kiri dia.”
Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri.

“Kami cadangkan kita lakukan pembedahan laparoscopic, iaitu pembedahan untuk memotong abnominal condition yang terbentuk, cuma…”
Definisi salah. Pembedahan laparoskopik sebenarnya bermaksud pembedahan menggunakan skop kamera dan peralatan yang dimasukkan ke kaviti badan melalui lubang kecil yang ditebuk oleh doktor bedah. Jadi tak perlu belah besar-besar.
Tadi dia kata, komplikasi yang dihadapi adalah keretakan tulang dan pendarahan, tapi dia nak potong abnominal yang terbentuk pula. Mana datang pula abnominal tu?
Abnominal tu aku pun tak tahu apa maksudnya. Mungkin dia nak sebut abdominal atau abnormal kot.
Abdominal = sesuatu berkenaan abdomen(perut).
Abnormal = tidak normal.
Ayat ni tak masuk akal langsung. Memang caca marba.

“cuma, keadaan ini akan menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil.”
Tadi doktor dah kata dah buang ovari, dah buang rahim. Maka, bukan sahaja menjejaskan, malah isteri lelaki tu ada peluang hamil. Bayi nak membesar dalam apa jika tiada rahim.

Selalunya, aku jarang nak ulas hal-hal skrip drama ni. Jika silap sedikit, boleh tutup mata. Namun, skrip yang ini, tak ada sepotong ayat pun yang logik dan masuk akal. Teruk sangat.

Mohon penulis skrip, pengarah dan produser drama untuk semak skrip dengan doktor dahulu sebelum buat penggambaran.

Tak susah.

PM je FB Medical Mythbusters Malaysia atau Medtweetmy. Kami akan beri khidmat nasihat agar drama anda tepat dari segi amalan perubatan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
-Medical Mythbusters Malaysia
-Medtweetmy

Memang kelakar juga penerangan doktor tersebut, walau untuk penulis yang tiada latar belakang dalam bidang perubatan, hanya belajar biologi semasa di sekolah sahaja.

Krew penerbitan drama Titian Cinta bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri berkenaan perkata tersebut. Nantikan penjelasan mereka selepas ini.- beautifulnara.com

103 responses to Fakta Ke Laut: Doktor Tegur Drama Melayu ‘Titian Cinta’

  1. think, b*tch says:

    Doktor beli kot..layan drama2 sampah. hihihiks.

    6

    4
    • Martha Tilaa says:

      Sedangkan Buletin Utama pun melalut ke laut..inikan pulak drama pkl 7 di TV3.
      Tu belum cerita pasal Clever Girl soalan bocor. Tengok je lah yg juara Mentor. Sampai ke sudah x keluar lagu.

      35

      0
      • Layola says:

        doktor apa cenggitu janggut mcm puak taliban.
        abang kedai bundle kt umah aku pun lagi bersih muka.

        3

        3
        • Zack says:

          bila cakap drama2 melayu level sinetron bukan main marah lagi. tpi itulah hakikatnya standard drama2 kita yg telah masuk era..kesyahduaan kesenduaan.

          18

          0
        • senah gemenceh says:

          pasal rahim pun kecoh. apa la korang ni. si nursajat pun klaim ada dua kemaluan. pulak nak kawin tahun depan…. :(

          8

          2
        • Layola says:

          wow rahim ada dua?…belum pernah lagi dengar.
          mungkin doktor tu pakar pengkaji siput babi.
          setahu aku siput babi je yg ada dua natang tu.

          4

          0
        • Mak Becok says:

          Kalau gitu lah rupa doktor yg nk tengok pepet aku, awal2 lagi dah cancel appointment. Macam Wolverine woiii. Takot!

          10

          1
        • Indon says:

          Malaysia mau jdi negara maju ya? Hahahah…lucu bangat.

          0

          8
        • Anonymous says:

          Diam lah kau Indon…drama korang lagi bodoh…dengan pari-pari semua keluar….beratus ratus episode…jalan cerita macam goblok.. aku tertengok pun masa flipping channels.

          9

          0
        • lilo says:

          kalo aku jd penulis skrip, aku bgtahu je ada cyst/fibroid/endo.. jadi kita terpaksa buang ovari kiri/kanan.. dah setle.. yg ni smpi ke pelvic, bagai.. pening pale.. aku pn serabut dgr.. beza laparoscopic dan laparotomy pn x lepas.. lgpn doktor ni manusia jgk, dorg bukan pakar dlm sume bidang.. kalo bab2 kehamilan ni, better amik gynae blakon..

          7

          0
        • mak jemah says:

          tahu tak mana satu doktor?
          kau pun kelaut

          0

          0
      • Anonymous says:

        tak guna ambik brad pitt kalau skrip dan pengarah pun sendu.

        5

        0
      • Anonymous says:

        Relaks lah. Salah sebut je tu. Itu pon nak kecoh. Mungkin dalam drama ni Aisy ada 2 rahim. Kekeke

        2

        4
      • Anonymous says:

        penulis skrip, pengarah dan produser..layak berkawan dgn Boy Iman. Sesuai la..masing2 gigih menipu!

        4

        0
    • Anonymous says:

      Untuk info doctor, saya skip dengar dialog psl doktor fake tu. Sbb kalau doctor betul ckp pun, sy still tak paham apa. Tp mmg betul pun doctor ckp, pengarah2 & penulis skrip kt Malaysia ni x study betul2. Tak mcm drama korea, ada script writer sanggup masuk penjara sebab nak feel real situation sblm dia menulis.

      19

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      tu laaaaaa kenape tk pangil nabil aje yg berlakon jadi doctor titian cinta tk la macm gni kan ?

      0

      0
    • pelajar cemerlang spm straight A says:

      sebelum jadi doktor pakar, diorang perlu hadam general knowledge yang harus diketahui oleh seorang pegawai perubatan.. itu sebab nak jadi doktor kena dapat straight A yang kukuh.. kalau ada B C subjek maths science tu mohon study balik syllabus spm, jangan skip syllabus spm ye.. jawab past-year spm question, uji diri you sendiri setakat mana kemampuan you.. orang lain tak boleh nak paksa you study kalau you sendiri tak minat.. you sendiri pilih you minat apa dalam hidup ini..

      2

      0
    • x says:

      oi bodoh, aku kenal la doktor tu..asal boleh je kau..mmg betul sgt2 apa dia kata..org yg bukan doktor tapi biasa dgn medical terms pun tergelak bila dgr dialogue doktor drama tu..inikan pulak doktor sebenar..kalau dah bodoh, jgn bodohkan lagi otak tu..nanti level benak!

      1

      0
  2. Anonymous says:

    TV3…what do you expect? I only watch Astro beb.

    6

    1
    • Anonymous says:

      lagi sampah astrok punya. drama yang paling boleh diikuti adalah drama RTM. channel sendu tapi drama2 melayu kat situ sangat berkualiti. astrok asal ada duit, dah boleh masuk tv kahkahkahkah

      21

      0
      • nerofbb says:

        sokong. nak tengok drama yg berkualiti.. realiti kehidupan blh cari kat rtm.. klu nak tgk org kaya bwak keta besar channel lain la

        13

        0
      • lipat baju sambil tonton drama says:

        drama RTM tu dipantau oleh golongan cerdik pandai.. drama Astro tu lebih fokus kepada komersial maka ketelitian kurang diambil berat sangat..

        2

        0
  3. Sabariah says:

    Bila penulis skrip pun belajar takat SPM. Inilah jadinya drama2 Malaysia. Skrip yg mendatar, tidak sedikit pun mencabar otak dan level intelektual Melayu2 yg semakin bijak. Tahziah TV3…satu lagi drama sampah yg hanya layak di tonton oleh supir dan bibik2 Indon sambil2 lipat baju dan basuk pinggan.

    13

    0
    • Lalaland says:

      you don’t have to be rude by downgrading others, supir ke maid ke. i pun kerja ofis penat2 balik kerja, nak hilangkan stress, i tgk je drama2 mcmni, to ease mind kan. setakat salah fakta, what do you expect. igt cite CSI, Grey’s Anatomy tu semua fakta elok sgt ke. ke laut jugak.

      Nak urban, but your mind not so. too bad.lol

      21

      2
      • Anonymous says:

        I second that. Drama2 Melayu..memperbodohkan Melayu.

        10

        0
      • Anonymous says:

        Lalaland- org dah tlg betulkan fakta srpatutnya ko ucap terima kasih.. Ni boleh ckp plak “setakat salah fakta..” Haihh.. Ni le manusia jenis otak bengap x nak berkembang.. Org tegur patutnya ko terima elok2.. Ni salahkan org tu plak.. Kesian ckgu ko masa skolah dulu kan.. Dpt student bongok- bila buat salah, ckgu betulkan- x mau dgr.. Hahaha.. Or u must be the author of the novel or the script writer.. Tu yg ko bengang sgt tu.. Ahahaha..

        23

        0
        • Lalaland says:

          i paham,

          but org kita ni melenting cepat sgt kalau bab2 drama melayu ni. ada je tak kena. kalau hollywood, bukan main puji lah tolak tepi facts kan. Lol, actually in the novel, the facts are right, cuma technical issues on the screen by TV3.
          Tapi biase lah, orang suka condemn malay drama all the time, nama pun fiction kan. lol, I bukan the author pn. Annoyed with bangsa sendiri suka merendahkan each other je. thats all

          9

          4
        • Anonymous says:

          sya tpaksa bsetuju dgn komen kak sabariah kita. apa yg salah harus diperbetulkn. sampai bila kita hendak dilembukn oleh mereka2 yg mengaku pengiat seni? olahan skrip yg tk kemas, tidak menusuk ke jiwa penonton2 mbuatkn drama2 melayu spt hampeh dan kurang nilai seni. hanya sekadar melepaskn batuk ditangga.

          10

          0
        • Cili says:

          drama lembu pun ada gak yg backup tu. sentap pulak.
          kesiannya hidup korang..

          6

          0
      • xoxo says:

        Lalaland I like ur comment. I pun x layan drama2 melayu sbb mmg x minat.. baik drama melayu ke omputeh ke tak berapa sgt nak layan… but it doesn’t giving me the right to criticise others in the way that can put them down.. it’s not okay… degrading others doesn’t make you less stupid..

        9

        2
        • Anonymous says:

          sebab ko pun takat SPM gak…

          3

          2
        • xoxo says:

          Me? Alhamdulillah I belajar smpai master… kalau spm skalipun tp bijak, apa masalahnya? I have no issue against SPM holder

          5

          1
        • wekkkkkkk says:

          org yg setakat SPM tu mereka bkn x pandai..ada sbb kenapa mereka x dpt masuk U dn teruskn belajar. Bila mereka kerja, walaupun gaji sikit, tapi lebih baik kedtganya dn byk mmbantu ibubapa. Jgn hina org.

          8

          1
        • nerofbb says:

          betul. i pun belajar takat spm jgk.. bkn sbb fail spm. tp sebab family bkn orang senang. kesian dekat mak ayah yang terpaksa ikat perut cari duit masa i tgh sekolah lagi… so i deicded not to further study. one day i dpt offer keje gomen, before this i keje swasta. alhamdulillah.. after settle down, dpt rezeki smbung diploma kat uitm pjj.. tp i memang jarang layan drama melayu tv3. tuje

          6

          0
      • kikilala says:

        x salah nak ease mind tapi pada aku benda2 mcm ni kena la btl.. dialog as a doctor tu kena la betul dan masuk akal. aku pon kerja opis jgk. tapi aku tau apa itu ovari, laparoskopi, pelvic dan lain2. bila tgk drama ni aku jadi kompius dgn ap plakon ni ckp. tlg la. jgn ingt org yg keje opis x amek tahu benda2 ni. fyi, kita bukan nk samakan drama titian cinta ni standard mcm CSI. itu mmg jauh skali langit dgn bumi! at least, biar ikut fakta dgn apa yg nk disampaikan doktor (pelakon) tersebut hatta dalam drama sampah skali pon. secara tak langsung netizen dapat input yg bagus dari drama ni. come on la.. jgn nk salahkan netizen kalau melevelkan drama mcm ni as a sampah..

        20

        0
        • Anonymous says:

          nak ease minda pergi cari sejadah je la woi.

          7

          0
        • shopia lorren says:

          Setuju ngan kikilala..dramakn gambaran hidup masyarakat..nk buat drama biarlh bbetul sikit faktanya..tunjukkn yg
          kualiti cara hidup kita..itu saja..

          6

          0
    • Anonymous says:

      Katakuncinya- TV3 ..apa theyols kisah sgt. Lagi murah lagi la jimat budget diaorang. Sebab tu lah drama2 skrg ni mcm haper..mcm TAIKKK!!!

      5

      0
    • indo in damansara says:

      org malays susah mau terima kritikan. tengok indonesia negara ku.
      pilem2 kami aja top class.

      2

      4
      • wekkkkkkk says:

        mcm tukang bubur naik haji..salah satunya.. Itu tajuk antarabangsa dn sofisticated & educated ye..

        3

        0
      • Juju says:

        Haha Indon Indon.Cakap top class tapi mentaliti sangat LOW CLASS.Kalau high class,tak akan bising pasal isu maling,Malaysia maling la.Who cares?Popia,nasi goreng konon asal Indon haha.Thailand,Singapore pun ada nasi goreng.Popia Vietnam (viatnamese roll) kau tak bising pulak ye.Nampak sangat dengki,panas hati kat Malaysia.

        6

        0
      • Ohyeah.. says:

        aku faham sgt perasaan indonesians. bayangkan negara ekonomi no 5 berkuasa di dunia tapi masih ramai rakyatnya merempat . kalau jadi kat kita tentu kita sakit hati dan geram melihat Malaysia yg ketinggalan jauh dari sudut kuasa ekonomi dunia kehidupan rakyatnya lebih baik dan terbela.

        olehitu kita Malaysians tunjukkan empathy dan sympathy kita towards indonesians.

        1

        0
    • anti drama bodoh says:

      drama2 melayu…sila terjung gaung. next???a

      4

      0
    • bikin panas says:

      hahahaha…hidup kak sabariah. perdana menteri wanita pertama malaysia!!!

      5

      0
  4. Hafiy says:

    ni bkn jer 1st time drama fakta ke laut, ada byk lgi la drama lain yg lbih trjunam ke laut …tak usah la nak kritik bagai yee…hollywood bollywood smua ada, tinggal nak sedar je lagi…
    infact drama cinta pun kdg ke laut jugak kn kdg mcm tak real pun benda tu tpi ttp ramai yg layankn sj

    5

    0
  5. bunga cinta lestari says:

    buat la research dulu sebelum buat skrip…ingat semua org bodoh ke? skrg ni ramai je perasan pandai padahal ,,,, contohi drama berkaitan doktor dari Korea setidak2nya…ape la nak jadik org Malaysia ni…

    6

    0
  6. azuee says:

    doc pun ade ms layan drama kul 7 eh.. hahahah ok bai

    8

    0
    • Anonymous says:

      Nsb bek doc tu tgk. Bleh gak dia spot mane part yg merapu meraban tu.. Kalau tdk.. Makin dibodoh2kan ler penonton yg xdak basic perubatan nih..

      14

      0
      • fromthe_truestory says:

        itu hanya lakonan..kalau nk betul2 punya citer dn ter win..amek je DR betul2 yg ada MBBS dri India.

        3

        1
  7. liza says:

    tu la, mmg pelik pn bila tgk doctor tu explain..dh buang rahim, macam maner nk pregnant? sy pn ada buang ovari sebelah kiri..puas nk hadam apa yg doc tu ckap..Ingtkn sy sorg je yg perasan walaupn sy x belajar medic…

    5

    0
  8. Anonymous says:

    alah nara, cuba si hajah lopak yg berlakon. mesti cakap best…promo besaran2.
    10 pagi dah keluar gosip lopak. cehhh…

    12

    1
  9. Anonymous says:

    Nama pun berlakon. Poyo la ko sume nak fakta. Cite org putih kena tembak beratus kali ko x bising pulak. Pui

    0

    7
  10. wekkkkkkk says:

    no comments..sukalah tagline yg sorang tu saya x komen…mesti dia minum arak mlm ni, sbb aku x komen di ruangan ini…

    .sbb aku dislike malay movie..

    1

    2
  11. Anonymous says:

    Penonton2 makin bijak. Itu benar sama sekali .
    Terang2 drama Melayu tidak mengasah minda generasi muda.
    Kawin..kawin…kawin. Hishhh….rimassss!!!!!

    6

    0
  12. Ayam says:

    All I can say is : mana nak tahu…watak tersebut cacat dari segi rahim…org lain satu rahim …dia ada dua rahim …kanan n kiri ..

    1

    4
  13. Anonymous says:

    layan drama sendu camni…otak pun layu.

    5

    0
  14. anonymous says:

    ini salah pengarah tak buat homework ler tu main hentam saja dia ingat orng melayu semua bodoh mcm dia tv3 lagi bodoh tak revise seblum on air

    4

    0
  15. miss says:

    ????? Apo ni…

    2

    0
  16. Anonymous says:

    kak sabariah…lazer nya. mmg betul kak sabariah.

    4

    0
  17. fromthe_truestory says:

    belakon ..itu lakonan. Mana ada belakon tu benar-benar kisah terjadi. Itu hanya lakonan. Lainlah kalau di selitkan.
    “Based from the true story”..

    Dr yg mengomen ni pun kena fhm..itu kan lakonan…hanya lakonan. Setiap kali nk buat drama..kena panggil nurse betul2 ke, atau Dr betul2.
    Itu hanya lakonan semata-mata.
    Lainlah mcm Oh My English…itu pembelajaran utk di pelajari.

    2

    7
    • Anonymous says:

      mst dia ni pminat drama melayu juga..kalo org mcm kak ni tak sokong, sapa lagi nak menengok kn..

      2

      0
      • fromthe_truestory says:

        kalau aku katakan tidak, adakh ko prcya. Semua canel aku layan. Kecuali berita tamil dn berita mandarin. Cuba u tanya saya dgn pantas, saluran apa ada di 700 keatss..400 keatas, rasanya aku boleh bagi tau tajuk dgn pantas, x yah google, dlm 5 minit aku boleh taip. Cepat.

        Saluran 100 ke atas aku x tau.

        2

        0
  18. Anonymous says:

    ada juga kak2 cik kt atas sokong drama2 melayu. kesian…tu semua yg jenis2 nk kena madu laki cari lain akibat melayan2 drama2 sampah sampai dapur x berasap.

    4

    0
    • fromthe_truestory says:

      ada jugak yg x fhm rupanya apa yg aku ckp, kita back up tidak semestinya suka citer malay.
      Cuma nk cakap..itu hanya lakonan. Pelakon berlakon. Fhm x apa erti “berlakon”.

      Mcm menipu le gayanye..contoh la mcm ni: “Semalam aku pura-pura berlakon buat2 macam nak pitam dn muntah2, sbb suami aku nk tinggalkan aku”. Itu kn berlakon je.

      3

      1
    • Anonymous says:

      ni lawak….winnn.

      2

      0
  19. fromthe_truestory says:

    semua cerita mana ada betul. Itu cerita je. Takkan nak amek watak sebagai Perdana Menteri pun kena panggil PM si Najib tu.

    2

    1
  20. Anonymous says:

    TV, sudah2 siarkan drama lembu hanya disebabkan…zul arripin.

    2

    0
  21. kelapaapa says:

    Mungkin pankreas sebelah kiri penulis skrip dh rosak mengakibatkan dia tak boleh berfikir secara betul ataupun disebabkan oleh pembedahan membuang 3 biji telurnya telah membuatkankan pergerakan badan tidak terkawal…hmm…

    1

    0
  22. Minahdrama says:

    Hurmm…hurmm…bg sy la kan..penting fakta dlm sesebuah drama untuk pengetahuan penonton…kbai.

    3

    0
  23. cfu says:

    wpun sekadar lakonan, logic dan fakta perlu juga diambil kira. penonton sudah matang …

    4

    0
  24. Anonymous says:

    menipu kuat melayu2. drama pun menipu.
    x cukup ke dato boy sorang?

    2

    0
    • cfu says:

      sudah2 lah jgn gaduh atau cakap yang tak baik kat sini, ada yang nasihat..cukuplah. org yang berilmu beri fakta..

      2

      0
      • fromthe_truestory says:

        kalau berilmu pun..dapt bezakan apa erti “berlakon hasil dari lakonan”..kena fhm. Ada maksudnya tersendiri.
        Org yg berilmu kena curahkan ilmunya pada yg betul2 kejadian dn tempatnya…bkn mengkritik dari hasil lakonan yg x betul dlm TV tu.

        1

        0
  25. TipahLepah says:

    Pak aku marah Aku tgk drama melayu pasak apa dia ckp otak hang x berkembang. Cerita melayu byk serupa cerita dongeng. Alhamdulillah Aku amik law criminal Aku suka tgk rancangan FBI, CSI. Tak sia2 aku dpt A+ exam.

    4

    0
    • wekkkkkkk says:

      ada satu citer dkt 726…Tale of Tales…suka sgt..kisah dongeng omputeh, tapi itu semua ada pengajaran. Kisah 3 raja adik beradik yg berlainan perangai. Byk idea pengarah ni.

      2

      0
  26. Indon says:

    Drama/movies Malays are shit…dikasi free nonton enggak mau.

    1

    2
  27. fromthe_truestory says:

    mcm citer ABG LONG FADIL..itu kan citer malay jugak..kena tipu pun masih pecah panggung. Semua berlakon..berlakon hanya lakonan semata2 wahai Dr yg mengomen. Kami tau lah u Dr..tapi jgn lah kamu nk komen yg lakonan tu adalah Fakta. Lakonan adalah Auta.

    5

    0
    • Anonymous says:

      Mmgkh lakonan tu auta tapi skrip kena btul lh..Hanya skrip je yg x ikut fakta kelaut..bkn lakonan atau pelakonnya
      Adoii..

      2

      0
  28. jurgen klopp says:

    Bila ada doktor tgk drama n perbetolkan skrip pon korang kondem…..hrpkan makcik bawang yg nak perbetolkan fakta smpi kiamat la …dodol btol..ptutla umno masih pegang malaysia ni

    4

    0
  29. Duda berhias says:

    Dah citer melayu utk org yg tak reti berfikir, ada pulak dr nk tgk. Lol. Sebab tu citer melayu tak kemana. Takat pelakon baju ketat seluar sendat tersepit telur sapa nk tgk , konon chris evans laa, perasan. Boh la jambang mcm ben affleck konon…kesian

    2

    0
  30. wekkkkkkk says:

    lelaki bejmbg mcm tu kn baru nmpk lelaki sejati..nanti licin mcm Aznil, Azman, Nedim, Sajat..kami pompuan geli mcm belut, x ada rasa apa2. Licin semcm je. Dah la pompuan pun licin, licin bertemu licin, tergelincir lah.

    2

    1
  31. ohyeah.. says:

    bini pengarah drama ni kata masalah editing….yg berlakon jadi doktor memang doktor pun.cuma bila disuruh beraksi dpn kamera gugup sgt. lintang pukang skrip dibuatnya. bnyk kali kena ulang..

    skg, boleh kah kita salahkan editing crew lak? haha…

    0

    1
  32. Anonymous says:

    Scene fakta perubatan selalu salah kan, belum tengok scene berkaitan perundangan lagi hancur ke laut drama-drama Melayu ni semua. Dari segi pakaian salah, bahasa perundangan salah, kes jenayah ada pulak 2 peguambela untuk both sides, kes sivil ada pulak tertuduh, kes kat level mahkamah majistret siap pakai robe aduhhh.

    Tak tau rasa nak debik ke nak nangis kalau tengok court room scene drama-drama ni semua. Go get a professional advisor/consultant lah kalau melibatkan profession yang ada cara-cara diorang sendiri seperti perubatan, perundangan etc jangan pakai tibaiii je.

    5

    0
  33. Johan says:

    Kah kah kah korang dibodoh2kan oleh script writer, dh la polis malaysia pun bodoh, rilek je boboboy man bodoh2kan polis kat lokap tu, boboboy man bagi akaun kira2 gst, muahahahah, polis mana tahu kira2…jibby n rosie lagi power ranger, gabenor bank msia dia bodoh2kan…haha itu yg nak sya nyatakan…ok tuan2, masyarakat sekalian..

    0

    0
  34. Sarah says:

    Cuba tgk drama Korea ..live up to your name Dr Heo walaupung drama fantasi tp bab medical story mmg advance..tgk drama tue teringin nak jadi doktor..beza kualiti ddn drama tv3 pukul 7pm

    0

    0
  35. anon says:

    doktor level wani hasnita je lah kot tu …
    sebok nak belakon …
    sama lah si wani tu penat2 habis belajar jadi doktor
    last2 nak jadi penyanyi …
    come on lah …negara kita dah lah ketandusan DOKTOR MELAYU
    korang yg pandai sampai belajar jadi doktor
    kelluar2 kebidang lainnn pehalll laaa !!!

    0

    0
    • doktor tak kuasa nak jadi glamour says:

      wany hasrita harap peminatnya yang masih di bangku sekolah tu belajar rajin-rajin.. minat-minat gak artis, yang penting education jangan lupa.. bukan semua doktor macam wany hasrita, glamour depan kamera memanjang.. doktor lain semua terlindung daripada gangguan spotlight.. sekuntum bunga berguguran, tumbuh sejuta pahlawan..

      1

      0
  36. anom says:

    Titian Cinta ni bukan tak bagus garapan nya. Cuma sekadar terfikir apakah sampai begitukah tahap seorang wanita diperbodohkan dan tiada upaya melawan hak-hak seorang isteri dan seorang wanita. Agak keterlaluan olahannya memperbodohkan kaum hawa dalam novel dan di bawa ke layar tayangan. Seorang Wanita yang educated di didik selama 4 tahun di salah satu Univ di London tapi tak punyai mulut untuk memberitahu pelbagai perkara seperti seorang manusia yang mempunyai minda dan akal yang lemah.

    0

    0

Leave a Comment

Optional