Written by AbangNara | August 26th, 2010

faizal tahir di lubnan

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi lelaki nombor 1 Malaysia, Faizal Tahir yang telah berjaya menjejakkan kakinya ke Lubnan untuk Misi Bebaskan Palestin. Walaupun tak berjaya menjejakkan kaki ke Gaza, misi Faizal Tahir dikira berjaya sebab banyak berjumpa dengan pelarian Palestin di Lubnan.

Faizal Tahir telah merasai pengalaman di Lubnan selama 6 hari iaitu dari 12 Ogos hingga 17 Ogos baru-baru ini. Kami kagum dengan kata-kata yang dilontarkan oleh FT semasa sidang media berkaitan misi yang dia sertai:-

[note]Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa sebak dan sedih bercampur baur terutama bila melihat keadaan mereka yang cukup daif. Namun saya cuba kawal perasaan sedih yang menyelubungi diri saya ketika itu. Tapi, apabila melihat keperitan mereka, saya rasa bersyukur tidak terhingga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Wujud pula keinsafan, saya mula terfikir rupa-rupanya masalah yang saya alami sebelum ini tidaklah sebesar mana sebagaimana yang ditanggung masyarakat di sana. Bayangkanlah, dengan keadaan kem yang begitu kecil, ia telah diduduki oleh beribu penduduk di dalamnya. Sudahlah begitu, dengan wayar elektrik yang tidak sistematik, ia nampak berselirat dan menjadikan tempat itu tidak terurus serta tidak selesa untuk didiami.[/note]

Yup memang sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan negara kita ini. Walaupun sebenarnya kita masih boleh jadi lebih maju dari sekarang kalau ditadbir secara adil, tapi sekurang-kurangnya kita taklah seteruk Palestin. At least makan minum kita masih terjaga.

Buat Faizal Tahir, tahniah kami ucapkan kepada anda kerana membuktikan yang selebriti kita jugak prihatin dengan apa yang sedang terjadi di dunia sebelah sana. Semoga terus maju jaya selepas ini. All the best dari kami.

P.S: Jahat sungguh Google menjatuhkan maruah PM kita. Cian Najib.

44 responses to Faizal Tahir Selamat Kembali Dari Lubnan Untuk Misi Bebaskan Palestin

  1. budi says:

    teettttttttt

    • nobody says:

      ye la ko first..

      • deknon says:

        tahniah budi!!

        • cik kamkinkem says:

          hmm..cian tgk plarian2 nih..kat Malaysia nih wlaupun dok kt kg2 je, still lg kne brsyukur..sbb kite bkn plarian d bumi sndiri..ade tmpat untuk brtduh..rmah bruk cmne pun ttap umah..diorg kat sane ade khemah je..kang angin kuat ape..bngun2 tido dah hlang tmpat brtduh..mknan pun ssah nk dpt..kite, org miskin kat kg pun still leh mkn, g carik pcuk2 ubi kat utan ke, buah2 ke..diorg mane de sumber2 cam kt ngara kite nih..hmmm..bersyukurnya aku..susah2 kiter, ade lg yg susah..

  2. deknon says:

    tahniah FT.
    deknon pun bersyukur dilahirkan di malaysia dan ada kad pengenalan kaler biru walaupun sekarang ni banyak dah subsidi nak kena potong. :)

  3. DaLiLa says:

    aku tgk bersamamu smlm…sedih giler..kita kenala bersyukur ngan ape yg ada jgn tau merungut jer…aku teringin gak pergi ke sana..nak merasai kesengsaraan diorg..mesti ari2 aku nngs tgk kehidpan sedara sesama Islam kita di sana….

  4. Tahniah FT…slmt kembali…ooo teringat plak satu perkara, pada student2 yg penah meminjam ngan PTPTN dan ada ati nk g luar negara, semak status anda kt web PTPTN ye, kot2 imigresen x lepas…hehehe, kwn sy dh kena blacklist, x dapek nk g Beijing Disember ni.

  5. CST says:

    Saya tak berapa nak setuju komen FT dlm TV smlam yg sentuh soal p politik sikit2…….memang kami bersyukur jerk……..cuma kami tak puas hati ngn kerajaan bkn sbb tak bersyukur….sbgai kite org islam adalah menjadi kewajipan untuk kite tegur menegur mana yg kite lihat tak berapa betul………takkan sebagai rakyat nak kena diam jerk walau apa yg kerajaan buat…..sedangkan kite bersuara bukan untuk diri sendiri tetapi untuk golongan yg berpendapatan rendah di kala harga barang naik ni…

    • pim says:

      setuju ngan CST…

      • org susah says:

        saya pun xsetuju dgn kenyataan FT kat berita semalam..utk pengetahuan FT,kat malaysia pun ramai yg hidup susah,kais pg mkn,kais ptg mkn ptg..sbg sesame Islam,kita mmg patut bersimpati n ambil berat dgn negara islam,cth,palestin..tp jgn wat kenyataan yg boleh menyinggung pihak lain..

        • sms says:

          ni la ssh kalau ada masyarakat tak sedar diri nak ckp psl politik2 ni…mmg berangin betul aku. ada ke FT sebut psl kerajaan? dia cuma ckp kita patut bersyukur dilahirkan kat Malaysia ni sbb negara ni negara merdeka. tak phm bahasa betul la. korang mmg camtu, nmpk salah orang lain je, salah diri sendiri taknak kaji. cuba la korang dok kat tempat pemimpin tu sendiri, baru korang tau camne seksanya nak mentadbir sebuah negara. nak2 plk kalau ada rakyat yg kekwat mcm korang ni. peace, no war!

        • sms says:

          anyway, yg bagi bantuan kat pelarian palestin di bumi lubnan tu adalah AQSA, sebuah badan NGO yg memperjuangkan misi kemanusiaan. bkn pakai duit kerajaan pun. yg korang sentap sgt2 alih2 nak kutuk2 kerajaan ni pehal? korang susah kan? aku pun susah gak. semua orang pun susah. jalan terbaik, muhasabah diri, belanja ikut kemampuan, tingkatkan usaha. aku dulu pun susah la beb. mak aku ibu tunggal. blh je skrg ni hidup senang sbb aku belajar tinggi2. bukan asik nak kutuk, tuding jari, menyalahkan org lain. one more time, PEACE NO WAR!

        • org susah says:

          wat mase ni sape yg melenting..sabar ye sms… saya anak org susah gak..ayah saye pencen guard je..alhamdulillh..skrg saye dpt bantu mak ayah saye dgn usaha saya sendiri..saya just nak bela orang2 melayu yg terus ditindas..dan saya xpernah lupe utk doakan keselamtan dan kesejahteraan umat islam,xlupe jgk mintak dianugerahkan keamanan dan kesejahteraan kpd malaysia..dan dianugerahkan pemimpin yg jujur,amanah,beriman..insyaAllah..

        • CST says:

          abang rasa…..adik sms nih tbelom habis belajar dan tidak menonton berita FT arituh….tp sebok nak komen….tak perlah…abang faham adik nak tunnjuk adik pandai kat sini…..bagus2…tp pergi abeskan pelajaran dulu yer

        • weiya says:

          sape yg sentap ni..jgn la mcm tu..bak emo bulan mulia ni..betul la..kalu kita tak tegur..mcm2 org ambil kjaan, menteri pun manusia dan mudah lupa..lbh2 org sibuk mcm mereka..jd pembangkang adelah peringtan utk mereka supaya memerintah sebaiknya

        • zzz says:

          Bn=barang naik…

        • sms says:

          takde sape pun yg emo dlm hal ni..tp pelik dgn pemahaman manusia terhadap konsep dan apa itu bersyukur..dlm pada mulut tu kata bersyukur la, apa la, sempat lagi tu nak mengutuk orang lain. bersyukur ke namanya tu? kezaliman atau ketidakadilan seseorang tu bkn kita yg menilai, tu semua kerja TUHAN. tiba2 nak buka isu politik ni knp plk eh? pembangkang la, apa la..aku just betulkan je komen FT tu yg kita patut bersyukur, lgsg takde berbaur politik seperti yg didakwa oleh CST tu..peace no war

        • CST says:

          ALLAH menjadikan di bumi sebagai KHALIFAH……kite menegur kerajaan bukan mengutuk……mengeur dan mengutuk tuh berbeza sy rasa….sy x pernah cakap kerajaan kite nih LAHANAT ke ape ke…….bagi sy, sy rasa sebagai rakyat mempunyai HAK untuk mengajak saudara sesama islam berbincang mana yg terbaik untuk sesama umat islam kita…….bukan hanya bercakap kosong……takde sebab politik di sini…….dalam islam sendiri kita di galakkan berbincang untuk kesejahteraan sesama kita….

    • Hani Bunny says:

      saye pun tak setuju nengok si FT ni asyik angkat tangan buat lambang tanduk syaitan dlm galaksi… disgusting… tau la rock tp berpada2 la..

  6. jojo says:

    hehe smlm pon tgk faizal kat tv3 bersamamu….sedih tgk family dieorg ni…hidup susah sgt2…dgn mak ayah yang sakit..aku bersyukur sgt2 duk kat malaysia ni..semua seba lengkap…makanan lebih2 lagi…kalo ada yang xpuas ati lagi duk malaysia ni duk komen sana sini..igtla xsemua sempurna…bersyukurla dengan ape yang ada…

  7. proud 2b genuine says:

    klu org tgk mu serupa perempuan….dah patutlah mu tukar image kepada lelaki tulin….kasi potong….pendek

  8. hikhok says:

    Bagus faizal tahir ni.

  9. DRTz says:

    Bersyukur tu mmg sangat bagus. Tapi kalau hanya bersyukur, perintahNya lalai pun tak guna.

    • jiji says:

      mna ko tau dier lalai perintah Allah..xbek bersangka buruk kat org..tgk diri kite sempurna x amalannye…urusan tu bia dier n Allah je yg tahu…doakan yang terbaik…ape daa

      • ala says:

        ntah. apa la masalah dia ni kan jiji kan….hmmm

        • DRTz says:

          Did I say that about him? Why should I wrote something that he is less likely to read? So you should know, that statement wasn’t just for him but for fellow Muslim in general and of course for BN readers. Especially for those you kept saying beryukurlah and all, tapi tinggal solat, aurat tak tutup. and etc.

          Why not leave it as reminder for ourselves.

          Kalau you bagus ikut perintah Allah swt, tak tinggal solat, buat semua ibadat, Tak hanya bersyukur ikut mulut tapi dengan perbuatan as well. Baguslah. Let this be a reminder for myself then.

  10. aku says:

    knapa la dlm bnda baik cmni, yg buruk jugak yg korang nmpk.. at least FT dah mnyumbang pada perjuangan Palestin. Korang buat per? Pndg ngatif jerrrr.. Plik aku!!

  11. basshunter says:

    bantu saudara sesama islam x salah pon…nk plak situasi dorang yg tgh berperang tu..
    dlm mesia pon sendiri JKM, bdn2 kebajikn yg lain pon masih membantu lg golongan susah gak bkn xpnh tolong…tp selebihnye kne la ade usaha sendiri jugak..jgn la hrp bntuan org semata2

  12. HUHU says:

    btl2, ak dh penah g sne, tp ak gi town jek lar,
    tiap sudut jalan ader kete kebal, sadis sey tgk kt lubnan nih, cme pic ni cm daif sgt lar plak, ak x berkeyakinan nk menahan kesedihan if g tmpt2 pelarian nih…
    huhu, ak blm insaf lagi ropenyer

  13. dnoBiz says:

    sebenarnya aku ada rangcanga yang berkaitan denga palastin ni tapi mungkin tak dapat kelulusan dari kabinet kot……….
    apa kata kita hantar semua mat mat rempit, minah rewang, dan yang jenis suka melawan cakap mak bapak dan termasuk juga mak bapak yang tak pandai nak mengajar anak tu ke sini, letak je sebulan dua, sebagai proses kaunseling,
    kalau sokong senyum je…

  14. elin says:

    syukur sgt…alhamdulillah…menjadi rakyat malaysia..aman dan bahagia…..semoga kita semua sentiasa menjadi hamba Allah yg bersyukur dan menjadi rakyat malaysia yang pandai menghargai…:)

  15. […] Faizal Tahir Selamat Kembali Dari Lubnan Untuk Misi Bebaskan Palestin (40) […]

  16. Good stuff, thanks for posting. I was actually looking for something else and this site came up lol. Oh well, 2 minutes of my life gone! Totally worth it though!

  17. Alegro.pl says:

    Can I just say what a relief to find someone who actually knows what theyre talking about on the internet. You definitely know how to bring an issue to light and make it important. More people need to read this and understand this side of the story. I cant believe youre not more popular because you definitely have the gift.

  18. You can find absolutely various specifics that way take into consideration. That is a pleasant indicate communicate upward. We provide tips previously while normal enthusiasm however obviously you will find inquiries the same as the one an individual bring way up certainly where an very powerful factor is usually doing work in trustworthy very good belief. I wouldn’t know if best practices have emerged around issues like this, however certain your job will be obviously labeled as a fair sport. Each and every girls and boys come to feel the particular influence of just a new moment joy, for the remainder of the existence.