Written by AbangNara | July 12th, 2017

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Penyanyi dan juga juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal memaklumkan yang dirinya kini kembali bergelar duda selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian. Sebelum ini Faizal pernah membuat pengakuan terjebak dengan gejala dadah dan berharap perkahwinan ketiganya itu bakal mengubah dirinya.
faizal af4 cerai lagi
Namun Faizal telah pun melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah. Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan. Kata Faizal:-

Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui. Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sabagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang.

Apa yang boleh saya katakan, tidak mudah mencari seseorang yang boleh menerima saya serta kerjaya saya. Mungkin bekas isteri sukar untuk memahami perjalanan seorang artis. Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.

Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa. Namun saya tidak mahu perasaan tersebut berlarutan sehingga mengganggu perjalanan kerjaya. Saya hanya fikir positif dan kembali bangkit. Bahaya jika terlalu memikirkan kekecewaan tersebut

faizal af4

Tiada siapa mahu perkahwinan yang berakhir dengan penceraian. Lebih-lebih jika ia adalah perkahwinan kali ketiga. Salam takziah buat Faizal dan isteri. Semoga ia akan menjadi pengajaran berguna untuk mereka berdua. Apa-apa pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak. Itu paling penting. Sumber InstaOnline.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Faizal AF4 Mengaku Sudah Bercerai Buat Kali Ketiga

  1. Pekerja Gomen says:

    Memahami perjalanan seorang artis??
    Apa yang bini ko susah sgt nak paham??
    Kalau kerana ko retis suam2 kuku… takde job… takde duit..
    Bini beranak pun ko takde duit nak bayar bil hospital..
    Susu anak pun ko tak boleh beli sbb alasannya ko seorang artis..
    Aku rasa mana pmpn dalam dunia ni pun tak bleh paham..

    Buat malu kaum lelaki la ko ni bro…

    107

    0
    • nana says:

      mana ko tahu isu pasal dia tak bayar bil hospital/susu anak?

      0

      8
    • Nana says:

      mana ko tahu dia tak bayar bil spital dan susu anak? ada luahan dari isteri dia ke?

      0

      8
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      betol tu minah jambu pn tk paham…mungkin yg komen di atas ni salah satu dari bini faizal gak nye babtu dia tau segala nye pasal bill hsptal…susu anak pon tk leh beli ini dh rabak sangat …! kawin sampai tiga boleh tapi susu anak tk boleh beli ape selama ni tiga2 bini tu kawin free ke ??? makna nye tiga2 bini faizal ni bodoh ! kawin kerana dia artis bukan kawin kerana untok senang n masa depan ! kawin untok susah nak buat happe !!

      3

      0
      • ila says:

        uit minah jambu… kawin 3kali tu, bini yg sama la….
        kawin, cerai, rujuk, cerai, rujuk, cerai balik…. la ni, kira dah talak 3 la..
        bukan kawin 3 org…. adoi la..tepuk dahi…

        dah kaki dadah, lagi mau bini paham..statement dia dok salahkan bini ja..kita yang bukan bini dia, baca pun rasa bengang…

        4

        0
        • minah jambu suka saahara yaakop says:

          laaaaaaaaaaaa ingatkn dia kawin tiga bini dia..tak tau pulak cerai rujok cerai rujokkkkkkkkkk hadoi sori ada teknikal prblem sikit….DADAH ??? jangan dekat dengan dadah kalau nak bahgia ngan bini ! dadah yg bikin orang hidop tk bahgia n susah ! skarang dh cerai ngan bini dapat ape ?? say NO to drug ok …!

          0

          0
  2. faizah says:

    artis ke?????adoiii alasan..mcm la ko artis yg bz tkenal like aaron aziz/tomok/black…pelissss la..

    18

    0
  3. wekkkkkkk says:

    kalau sudah tidak terjebak dgn najis ddh .baguslh Faizal…

    sbb apa, kalau merokok biasa, boleh je nk stop, tapi kalau dh terkena ddh lagi mmg payah nk stop, org kata, kalau x dpt ddh, ubat nyamukpun boleh di makan..(ubat nymuk yg berlingkar2 tu)..bkn ridset ya…ni lagi cpt mmpus..

    14

    1
  4. lalalalala says:

    ko chowtut kuat sgt ni faizal…tu bz dia.

    4

    0
  5. wekkkkkkk says:

    Faizal nape…brgmbr jauh2 sgt gmbr yg prtma tu…dn gmbr kedua tu nape mata x di nampakkan bagi netizen tgok…
    anda fhmkn mksud nyer…

    3

    0
  6. Shhh says:

    Masih nak salahkan bekas isteri plak, dh masuk kali ketiga Faizal ooi, dalam bidang seni, apa ko buat. Ntahlah agaknya betul lah mulut si Adlin Aman Ramlie dulu, masin dia ckp pasal si Faizal msa Adlin jdi juri, ramai org kecam cara Adlin aku pun tak suka cara Adlin cara dia tegur, masa tu Salem Iklim jdi penyanyi undangan kalo tak silap.. tpi pada aku tu hanya lah kritikan, tpi tak sgkan mulut si Adlin tu mmg masin.

    16

    0
    • aku says:

      ape yg dia ckp wehh? aku pun x igt..tp mmg ah..kesian..dia ni la satu2 nya juara yg terus sunyi sepi lps tu..

      2

      1
      • hai says:

        adlin nasihatkan jgn libatkan diri dengan dadah.

        9

        0
        • wekkkkkkk says:

          dia pun x mau terlibat, bila duit byk, pegi enjoy, menari ke apa, minum arak ke, apa ke, org yg bubuh dlm minuman dn mgkn dia x sdr, maka terkenalh…..agaknyalah..bertukar2 hisp rokok ke…
          benda ni kkadang org nak buat, sekejp je…lagi2 masa tu tgh byk duit…

          1

          9
    • Mcm comel says:

      Ha ah..terigt masa af tu faizal duet ngan saleem.pstu adlin ckap ko jgn tlibat dgn dadah.pstu satu negara kecam dia smpai dia buat permohonan maaf pd next concert.tp x sangka faizal tlibat jugak dgn dadah..hmmm.

      5

      0
  7. song ji hyo says:

    faizal ni kan yg pernah ada cita buat pompuan preggy sebelum.kawin isteri dia yg pertama ker?? x ingt dh sebab dh lama..

    3

    0
    • wekkkkkkk says:

      masa tu Faizal masih byk duit, pompuan tu serh jelah dn rela, sbb tu preggy…bila dh x ada duit, maka si betina tu cabutlah…mgkn pompuan tu yg buatkan di kena ddh..sbb frust…mana tau..ini mgkn je..

      1

      6
      • Anonymous says:

        area ganu port pil kuda..kalau anak2 belajar sana suruh jaga diri terutama anak2 lelaki..mcm ada negeri lain ada port ketum…

        1

        0
  8. Anonymous says:

    org ngata kalau pompan single or janda lg..tp pompan2 kuat ngata ni jgk yg sanggup berlaki walaupun laki tu penagih…

    2

    0
    • c says:

      kalau dh laki kena ddh, sakit wei…mcm2 sakit, apa2 serba x kena, cuma sapa yg berlaki kena ddh, bini tu tau la, nikmat kena uli sbb yg meng..uli tu bukan sbb sedap seks, tapi tgh hayal kesedapan ddh…cuba tanya pada bini yg suami dia dh kena…

      4

      0
  9. gqioe says:

    Hahaha tak muhasabah diri ke bro. Dah 3 kali cerai berai. Gaya cerita mcm bini ko yang salah. Ko tak salah lah? Cari kerja la bro. Ko nyanyi pun bukan sedap

    12

    0
  10. Wonderfull nara says:

    Ini frust sebab dh tak femes lg ni..putus asa….pasal nk glemer balik ada ada je Kes nak kasi up..

    2

    0
  11. non says:

    itu semua gambar lama la..

    0

    0
  12. hakak_pening says:

    mcm laa glemer sgt faizal oii.. dia punya konon bz..

    hurm.. kesian laa isterinya dapat suami mcm ni.. dia dari awal asik bermasaalah shj.. huhuhuh…

    1

    0
  13. YM Tengku Putri Hadzliza YM Tengku says:

    Assalamualaikum pembaca.

    Saya sering mengikoti perkembangan berita tanahair, dunia dan juga perkembangan artis2 tanahair kita.

    Semua cerita-cerita berkisar pada kahwin, cerai, gejala sosial, penyalahan guna dadah dsb.

    Takde privasi langsung dengan kehidopan sendiri. Tanggapan saya tidak negatif tapi kadang-kadang artis2 kita ni, lakonan cuma, indah kabar dari rupa. Apapun supaya meraka jadi lebih prihatin dengan kehidopan mereka. Untuk memajukan industri lakonan. Cubalah jadi yang terbaik. Lakonan dan keperibadian diri kena balance. Biar orang kenal kerana lakonan yang mantap bukan orang kenal kerana terlibat dengan aktiviti2 tidak sihat.

    Bagi mereka yang sudah terpesong dari jalan….sila buat U-turn untuk patah balik ke asal. Jangan terus kan diri anda khayal dan hanyut sebalik nya biar kan diri anda berjaya dan dikenali orang kerana kemantapan lakonan anda.

    Cheers !!

    1

    0
  14. kena lesing says:

    mengalahkan brad pitt ko ni….sabo je la

    0

    0
  15. vrtclh says:

    mat lalok, tak sedar2 diri masih melalok..nikah anak org buat naya aje buat apa..dah tahu kau tu penagih, jgn kawen laa..pi kawen dgn hutan ke, pokok ke, kayu ke..janji takleh produce anak baka kau sbb bangang tak sudah..

    2

    0
  16. nah amik kaki says:

    meh sini nak cerita sikit..
    dah laa sebelom kawen kali kedua si Faizal nie kantoi dengan orang kampung duduk dalam bilik berdua2an dengan ex-wife no 2 dia. sekali dah kantoi, pergi halau tuan rumah pulak. marah2 dan maki2. ape punya perangai laa..

    biasalah, gaya nak kena ada. ambil kereta lancer, tapi suruh bini yang bayar. bila bini dia dah tak dapat bayar, apa lagi kena laa cari mangsa baru. tuu yang kawen buat kali ketiga. lepas bini no 2 dah tau tembelangnya, diceraikan bini no2. kawen dengan bini no 3 pun sama jugak kes, sebab kena tangkap basah.

    sudahlah, si faizal nie mmg jenis mmg tak boleh buat laki langsung. hampeh memanjang..kaki perempuan dan kaki dadah. sampah masyarakat.

    0

    0
  17. h1n1 says:

    yg aku pelik perempaun nak jugak dia ni..pakai ilmu ke hapa

    1

    0

Leave a Comment

Optional