Written by AbangNara | March 7th, 2016

Faizal satu ketika dahulu pernah menjadi fenomena selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ke 4. Dikenali dengan nama Faizal AF4, bintang penyanyi itu hanya bersinar sekejap sahaja. Selepas itu Faizal hilang entah ke mana. Ada desas-desus yang menyatakan Faizal terlibat dengan gejala dadah, namun tidak pernah ada sebarang pengakuan dilakukan. Setelah sekian lama menghilangkan diri, Faizal AF4 muncul dan berkongsi kisah kehidupannya.

faizal af4

Sesungguhnya apabila seorang manusia mendapat kesenangan dan wang yang banyak dalam sekelip mata, memang banyak benda baru yang akan dicuba. Masa inilah kawan-kawan ‘sejati’ mula mencadangkan penggunaan dadah. Ditanya tentang kebenarannya terjebak dngan najis dadah, ini jawapan Faizal AF4:-

Ya saya terjerumus dengan benda negatif. Terjebak dengan sesuatu yang sia-sia dan memusnahkan hidup. Apabila berduit, saya mula terpengaruh dengan kawan-kawan, akhirnya hidup saya seperti kain buruk. Disebabkan terlalu mengikut kata hati, saya mencuba benda negatif, kononnya untuk mengecapi kehidupan baru tetapi kesannya cukup buruk.

Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan. Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.

Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa. Semuanya kerana kesilapan sendiri. Saya masih muda ketika itu, belum kenal erti kehidupan. Penderitaan mengajar saya erti hidup dan kematangan.

Untuk makluman, Faizal AF4 kini sedang menjalani kehidupan sebagai seorang suami buat kali ketiga. Perkahwinan dua kalinya sebelum ini berakhir dengan penceraian kerana masalah dadahnya. Isteri ketiganya, Sahidatul Najida Ibrahim, 20 tahun adalah sumber kekuatan buat Faizal menjalani kehidupan baru. Kata Faizal lagi:-

Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing.

Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga. Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih.

faizal af4

Semoga Faizal benar-benar insaf kali ini dan tidak akan terjebak dalam gejala dadah semula. Setiap orang ada perjalanan hidup yang tersendiri. Semoga kita belajar daripada kesilapan mereka. Good luck and all the best buat Faizal. Jangan sia-siakan peluang kali ini. Semoga terus maju jaya. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Faizal AF4 Akui Pernah Terjebak Dengan Dadah, Sudah Insaf Selepas Berkahwin Buat Kali Ketiga

  1. Anonymous says:

    kipidap..

    0

    0
  2. melati says:

    Munafik…4.3. juta….hahahahahahahaaa..

    0

    0
  3. adudu says:

    semoga istiqamah dgn perubahan. appreciate lah semua yg ada sebelum hilang.

    0

    0
  4. melati says:

    walaupun ko berkawin byk kali…tetapi ko kawin gan Manusia…bukan macam Neelofa & Adik nya bakal berkahwin dgn Binatang…..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Memang masin mulut Adlin Aman Ramli yg satu ketika dahulu memberi komen si faizal ni agar tidak menjadi seperti saleem iklim ketika menyanyikan lagu terengganu kita pada konsert mingguan yg beliau menjadi jurinya..hadooiii..sampai kene mintak maaf kat saleem iklim..last2 betul2 jadi..agar cepat berubah bro..amiinn

    0

    0
  6. syaqirin says:

    faizal ni sblm msk af lg mmg dh main dadah. huhu. dia ni org kmpg laki aku. kita org pggl dia mat cak . tp jd lg teruk bl dh glamer. so, nk cover line la ckp main dadah pas menang af. tp pape pn, hope btl2 berubah la. bkn nk ckp..klu btl2 nk beruboh, kuar la dr kmpg tu. pengaruh byk. ramai tokan kt situ. blh katakan sume bdk2 muda kmpg tu amik menda tu. doh2 la faizal. ada ank dh. beruboh la. dh la bazir duit, wat naya idup je. aku org trg ni pn malu ngan mu.

    hope btl2 lau beruboh..jgn wat malu org tranu.

    0

    0
  7. cikkilata says:

    rasanya dlu pun dia ada kes kena tangkap khalwat… masa zaman2 dia baru menghilang…

    0

    0
  8. Kaki Ponteng Earth Hour says:

    Mujur tak follow AF4 sempena Piala Dunia di Jerman tahun 2006.. Sekarang rasakan 10 tahun di era kehancuran rancangan realiti hiburan! Salam Riolimpik untuk semua peminat sukan!

    0

    0
  9. peace yaw says:

    Dr aku kecik lg aku selalu dgr yg org tgnu ni mmg rmai yg main dadah ni..some of them la not all..so no wonder if he become one of them

    0

    0
    • akubukantokan says:

      ko org mana? org ganu jeke yg ramai main dadah? xbaik main negeri bro..

      0

      0
    • ya salam says:

      @peace yaw
      kau duduk dalam area dadah ker ??? kesian kau…. aku terengganu duduk di area UAI, selalu dengar ceramah agama.

      0

      0
    • polis says:

      katak bawah tempurung ke kau ni ?
      mana2 negeri semua nyer ada kes dadah terutamanya di bandar2 besar kat Malaysia ni kes dadah lagi hebat.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Terengganu tak ada kelab malam, syukur. Negeri “peace yaw” mesti ada kelab malam kan. dekat kelab malam tu bersepah dadah…you know or not about this ? baik pergi busybody negeri “peace yaw” sendiri lah ya.

      0

      0
  10. sweet 17 says:

    t’ganu dadah n budak u pondan berlambak

    0

    0
    • Anonymous says:

      jarang sangat pondan ada kat Terengganu….Kalau ada mesti orang gelak jer kat pondan tu . Org terengganu bukan macam orang di bandar besar…. tengok pondan pun bernafsu…. haktuihhh !!!!

      0

      0
    • jue says:

      entah2 student luar belajar kat Terengganu kot… sebab memang rare sangat jantan Terengganu nak memondankkan diri … tak macho lah orang kata .

      0

      0
  11. aku adalah aku says:

    kenapa perlu kaitkan dgn negeri trg??

    0

    0
  12. Johorean says:

    Negeri lain pun yang ambik dadah lagi banyak dari terengganu, tapi sebab benda tu dah biasa jadi orang tak persoalkan…

    Bila Terengganu je orang persoalkan sebab negeri tu Darul Iman katanya….

    Setakat ni kawan kawan aku orang Terengganu semua jenis kuat Agama, dan kuat belajar.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    orang yang kaitkan dengan negeri ni macam kurang ajar je . Terengganu tak ada kelab malam ok. negeri2 yang ada kelab malam tu dadah lagi bersepah2 .

    0

    0
  14. kak pah says:

    kenapa nak kaitkan nama negeri ? itu salah individu….

    0

    0
  15. insan lemah says:

    Xkisah la..thats his past..yg penting dia berubah..once get involved in drug everything will finish..allah sygkan dia lg..sbb tu dia boleh berubah..

    0

    0