Written by Bella | November 18th, 2015

Walaupun terpaksa berjauhan disaat pasangan lain yang baharu berkahwin masih lagi bermanja-manjaan dan menikmati kehidupan sebagai suami isteri, Fahrin Ahmad tidak pernah mendesak ataupun memaksa isterinya Elena Hani untuk berhenti kerja sebagai ketua pramugari di sebuah syarikat penerbangan di  Dubai.

Namun, ada segelintir pihak yang masih beranggapan sebegitu selepas Elena membuat keputusan untuk meninggalkan dunia pramugarinya pada hujung tahun ini demi memberikan fokus kepada rumah tangganya.

Bukan saya mendesak atau memaksa dia untuk berhenti. Perkara ini sebelum berkahwin lagi kami sudah bercerita dan berbincang. Ini adalah perancangan yang masing-masing sudah ada sejak sebelum kami mendirikan rumahtangga lagi. Namun sebelum ini tidak ada sebab untuk dia balik. Tapi sekarang dia pun dah lapan tahun di sana, jadi kami rasa ini waktu yang terbaik untuk dia pulang dan menetap di sini.

Lagipun, sebelum ini kami hanya berkesempatan berjumpa dua kali sebulan sahaja dan perkara itu tidak dinafikan membuat kami berdua berasa sunyi dan saling rindu apabila sering berjauhan. Jadi, saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk rumahtangga kami berdua.

Ada yang ingin tahu, apakah benar Elena berhenti kerja kerana sudah berbadan dua?  Jelas Fahrin, berita itu tidak benar sama sekali dan jika isterinya mengandung nanti beliau sendiri akan mengumumkan khabar gembira itu kepada pihak media.

Bertahun lamanya Fahrin Ahmad menunggu seorang wanita yang sesuai untuk jadi peneman hidupnya, akhirnya beliau kini sudah bahagia disamping isteri tercinta. Lepas ini, tidak perlu lagi la yee memendam rindu, Hehe.. Semoga kekal bahagia buat selamanya.

Sumber Berita: Tonton Extra

3 responses to Fahrin Ahmad Tidak Pernah Paksa Isteri Untuk Berhenti Kerja

  1. yekee says:

    Yola pahrin oii. Ikot suke bini ekau la nak buek apo. Bahagio la ekau duo nih sampe bilo2 yo

    0

    0
  2. Pekerja Gomen says:

    Baru2 kahwin tinggal jauh2…
    Giler rinduuuu…..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    takut muka isteri dia.. pakai tudung nampak cantik sikit kot

    0

    0