Written by Bella | December 2nd, 2015

Selepas beberapa bulan Fahrin Ahmad berulang alik ke Dubai untuk bertemu dengan isteri tercinta, akhirnya Elena Hani membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada syarikat penerbangan Emirates  dan memberikan sepenuh tumpuan kepada rumah tangga mereka.

Teruja dengan kepulangan isterinya awal tahun hadapan, Fahrin buat masa ini enggan terikat dengan sebarang komitmen kerja yang panjang dan  sedang sibuk menguruskan persiapan untuk menyambut Elena pulang.

Banyak juga tawaran yang datang selepas drama Eksperimen Cinta, tetapi saya mahu mengambil rehat dari sebarang komitmen yang panjang. Hanya terima tawaran telemovie yang sesuai dengan masa selain undangan sebagai pengacara majlis.

Sepanjang tempoh rehat ini saya banyak menguruskan hal rumah tangga sebagai persediaan menyambut kepulangan isteri. Dia dijangka akan kembali selepas meletakkan jawatan awal tahun hadapan.

Selain itu ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan akibat sakit tulang belakang. Jadi saya ambil masa ini untuk berikan perhatian lebih kepadanya.

Sudah menjadi lumrah untuk mereka yang mendirikan rumah tangga, soal anak pasti tidak akan lekang daripada mulut peminat mahupun saudara mara.

Berbicara soal itu, Fahrin berkata beliau mahu menunggu isterinya pulang terlebih dahulu sebelum membuat perancangan soal cahaya mata.

Lebih baiklah isteri saya pulang dahulu sebelum kami fikirkan soal anak. Bukannya merancang, tetapi kami berdoa agar dikurniakan anak pada waktu yang tepat.

Seronok je kami lihat Fahrin Ahmad cukup bahagia sekarang disamping isteri tercinta. Pendek kata, bercinta selepas kahwin itu ada kemanisannya tersendiri. Semoga Fahrin dan Elena kekal bahagia dengan penuh kasih sayang sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: Mangga Online

23 responses to Fahrin Ahmad Teruja Dengan Kepulangan Isteri, Tunggu Masa Sesuai Untuk Timang Cahaya Mata

  1. Anonymous says:

    ok..mcm dh basi cite teruja dia neh

    0

    0
  2. . says:

    Ok,ok.tau teruja sngt.tak perlu kot berpeluk sakan.tau dah kawin,halal..yang minat kat awak kebanyakan budak menengah..diaorg lagi teruja bila artis pujaan diarog berpeluk sakan.jadi ikutan…dah,dah semak.simpan kat rumah peluk2 tu.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Jelesnya. Kesian….takde orang nak peluk kau kan…..hokhokhok

      0

      0
    • miss kepah says:

      alaa, ingat budak menengah tak de minat artis lain ke, yang tak halal lagi pun ada yg bepeluk sakan. at least bila budak2 tu tgok manisnya cinta lepas kahwin, kan lagi bagus….

      0

      0
  3. Anonymous says:

    DOA YG BAIK2 AJE..

    0

    0
  4. budak opis says:

    HEKK ELLEHHH.. APA MOTIF!!!! KASI TUNJUK 1 DONIA…

    0

    0
  5. makcik sg. derhaka says:

    biarlah dia peluk. tu bini dia. halal pun.
    aku nak bg nasihat free sini.
    nanti isteri dh brhenti keja, pastikan ada cukup pndptn utk sara kehidupan

    skrg mmg okay. kamu tu pelakon. pndptn x tetap. dh dia berhenti, kamu x de gaji. drama kurang, sbb dh slow down. jgn nnti bergaduh psl kewangan sbb 90% kes mahkamah syariah psl suami isteri brtengkar psl nafkah ni.

    okay mkcik nk gi breakfast dulu.
    take care. mkcik rasa fahrin brlakun bagus sgt. semoga berkekalan dan dpt mmbentuk kuarga yg soleh. didiklah isteri utk mmelihara aurah. dan jadi lah imam yg baik utk kuarga kamu ye.

    0

    0
    • hihihihihiii says:

      nsihat yg terus smp ke hati..kipidap mkcik
      kasar tpi iklas dr qolbu yg qudus

      0

      0
    • Anonymous says:

      Makcik memang baik dan nasihat yang bagus.

      Cuma nak tanya kenapa pelik sangat nama tempatnya? Apa asal usulnya?

      0

      0
      • me says:

        google je sejarah/ asal usul sg.derhaka, Terengganu.

        0

        0
      • makcik sg. derhaka says:

        entahlah nakkkk …makcik pun tatau nape nme tmpt sg derhaka tu mcm gitew.
        ada byk sg derhaka kat mlysia ni. kat perak, tganu dan batang bejuntai.

        0

        0
    • tutti fruitti says:

      Ramai mokcik2 yg suka komen skrg ni.. bagi nasihat yg baik..kn bagus gitu. Ni idak ada je nk bmulut puaka mengata org.. dunia semakin tua, sila ingat mati.

      to fahrin : teruskan bercinta sampai akhir hayatmu tanpa jemu k !!

      0

      0
  6. Anonymous says:

    bercinta lepas nikah ke???….skangni byk sgt org guna ayat bercinta lepas nikah…dah sakan bercinta pegang tangan bagai dr sebelum nikah apa halnya cinta lepas nikah..tu utk org yg mmg guna konsep islam betul2..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    muka pempuan tu tak cantik langsung..macam laki pun ada

    0

    0
  8. Soulfly says:

    aku suka dgn ayat fahrin ni…. “……Bukannya merancang, tetapi kami berdoa agar dikurniakan anak pada waktu yang tepat.”

    Ya… waktu yg tepat. Sesungguhnya hanya Allah saja yg tau bilakah waktu yg tepat itu.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    aik. sama pulak lokasi tempat ai amik pics dengan MrSWF aiii. Kat luar jelah sebab nak masuk tak mampu. Mahal. Semoga both of u bahagia berdua till Jannah.

    0

    0
  10. mimi says:

    alaa…tgh jauh mmg wangi..rindu bagai… tgk nt dh dkt dpn mata….haremmm

    0

    0
  11. makcik Junaidah says:

    Si isteri mmg da jadi tanggungjawab laki dia, Elok lah buat keputusan berenti koje duk sesama bina rumahtangga sambung zuriat. Harap2 Fahrin dpt byk job. Sekrg ni smua makin mahal, Kalo si Fahrin x de job karang, mau nye bergaduh laki bini. Kang Fahrin Ahmad naik tangan pulak.

    0

    0