Written by Bella | July 28th, 2015

Fahrin Ahmad dan pasangannya Elena Hani masih lagi berjauhan kerana komitment kerjaya, namun mereka berdua masih lagi ibarat pasangan kekasih yang baru sahaja bercinta kerana tidak duduk serumah dengan isterinya. Boleh dikatakan mereka umpana berkahwin dahulu dan bercinta kemudian.

Buat masa ini, mereka hanya melepaskan rindu melalui perbualan di Skype dan Elena hanya akan pulang bertemu dengan Fahrin jika beliau bercuti.

Namun buat Fahrin, beliau bersyukur dijodohkan dengan Elena selepas beberapa kali gagal dalam percintaan. Bersama Elena, beliau merasa sangat serasi bersama  dan boleh berkongsi apa sahaja dengan pasangan beliau itu.

Tak ada apa lagi yang saya mahu kerana semuanya sudah saya perolehi. Saya bersyukur walaupun berkahwin pada usia tua begini kerana saya mendapat pasangan yang sepadan. Bagi saya, dia bukan sekadar isteri tetapi adalah kekasih dan kawan.

Bersama dia saya selesa dan apa yang membuatkan kami serasi adalah kami suka bercakap tentang pelbagai topik. Walaupun sudah bergelar suami isteri, tapi kami boleh dianggap sebagai pasangan kekasih juga sebab kalau suami isteri mesti tinggal bersama kan? Ini tidak, dia di Dubai, saya di sini. Jadi dari dulu sampai sekarang Skype saja menghubungkan kami.

Hubungan kami banyak menjurus kepada kawan dan di waktu yang sama belajar bercinta. Kata orang bercinta selepas kahwin. Rasanya itu lagi meriah.

Semoga kebahagiaan Fahrin Ahmad dan Elena Hani akan berkekalan sehingga akhir hayat. Kata orang gagal sekali dalam percintaan pasti satu hari mereka akan bertemu dengan pasangan yang sesuai dengan mereka dan syukur Fahrin telah dikurniakan isteri yang cukup serasi dengan beliau.  Mohon cepat dapat baby! Hehe…

Sumber Berita: Utusan Online

 

 

 

20 responses to Fahrin Ahmad Nasihat Kahwin Dahulu Bercinta Kemudian

  1. Anonymous says:

    tak ramai yg noleh bercinta

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Ha’ah akhirnya sampai ke sudah tak cinta2 pun suami sendiri… sbb percaya kat pepatah kahwin dulu… cinta kemudian…

      0

      0
    • Ipah says:

      Aku suka fahrin & wife dia ni tapi nak support statement bcinta pas kwin mcm tak sgt jer..
      Aku sdri pun da kwin bcinte hmpir 2 thn dlu ngan laki aku baru decide nak kwin. Tu pun sbb rsa serasi ngan tak byk gadoh.
      Sbnanya bcinta before kwin ok je tpi jgn bcinta lama sgt. Lebih 2 thn kdg2 naik jemu, hilg manis nya dah.
      Rmai sgt da member2 aku yg bcinta bgai nak rak smpai 4,5 thn pastu last2, smua kwin ngan org lain..
      Lain la kes fouziah gos yg rmpas bf ramona zamzam tu. Sbb takut kantoi tu yg cpt2 ajak Zhaf kwin knon nak bcinte pas kwin.. Nasib ramona jnis yg diam tak ckp ape2 kat reporters.
      Jgn bcinta pas kwin sbb kes fouziah ngan laki dia tu dah lah..
      Tpi fahrin ni pun ngaku dah kenal lama dgn wife dia ni kan, cuma dia org bru start rapat balik trus decide nak kwin. Ok la mcm tu..

      0

      0
      • ash says:

        Assalamualaikum
        story myself, isteri sepupu kenalkan dgn besfren abg ipo dia…
        sms & cl dlm seminggu dia nk jumpa…
        sy setuju sbb sy agak lepas jumpa dia tk akn suka sy…
        mase jumpa sy buat mcm jumpa kengkwn sy, selamber jer…
        mkn, chit chat dgn muka berpeluh2 sbb ptg alek dr kije…
        mggu depan nye, dia ckp nk jumpa lg..
        sy mnta dtg umah jumpa mk, dn dia ckp nk masuk minang!!!!
        pd Allah sy mohon moga dipermudahkan…
        Alhamdulillah usia perkahwinan kami masuk tahun ke 5 dgn sepasang zuriat…
        mmg indah menyerahkan segalanya selepas bernikah, same2 belajar melengkapi antara satu sama lain

        0

        0
  2. Anonymous says:

    rambut kena buat tirai cket kat dahi.hihi..jgn mare

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tak ramai yg boleh kahwin dulu baru bercinta..taknaklah aku…maknanya serupa berkahwin dgn org yg kita tak berapa kenal dan pas tu baru nak bercinta..cinta tu tak boleh di paksa2..kalaulah hati terpaut oklah..kalau tak?? mcm mana..takkan nak cerai kan kan? kan lebih baik..bercinta dulu..dah kenal dah syang betul2 baru berkawin..memang boleh nk bercinta sebelum kawin..tapi tak jamin cinta boleh dtg..fahrin..selama ini kau sering putus cinta kan? so nasihat ini hanya utk kau saja..chiau..

    0

    0
    • ash says:

      InsyaAllah mohon yg terbaik, moga Allah permudahkan…
      sy mengambil contoh emak sy, berkahwin dgn abah, org kata saudara mara yg aturkan, mk memula tgk abah pd hari nikah, lepas nikah terus di bawa tinggal ke singapura…
      dgr mcm scary kn… tp Alhamdulillah jodoh mereka sampai abah meninggal dunia
      dn mk kata abah mmg romantik dan jg isteri & ank2 dgn baik serta sgt penyabar…

      0

      0
  4. Anonymous says:

    she looks scary…. woooo

    0

    0
  5. anon says:

    x sudah2 c fahrin ni dgn creta ni.
    time ni mmg lah kentut pun wangi.
    mcm yana ngan laki basuh jamban stesen petonas.
    mcm hairul ngan hamis yg overrr tunjuk peluk liuk lentukkk.

    0

    0
  6. Mirai Suenaga says:

    Dah kawen, leh lah nak gebang2…
    pegi lah duduk diam2 dgn bini ko tu…

    0

    0
  7. jingle_jick says:

    tak kisah la…janji halal

    0

    0
  8. ateen says:

    cmne nak kahwin tanpa cinta…aku nak try tp mcm tak boleh je….huhu

    0

    0
  9. debab says:

    bahagiamu deritaku

    0

    0
  10. segalanya manis bila bercinta says:

    Masih belum duduk serumah & jarang bertemu mmg la mcm tu. Masih belum nmpk perangai & sikap yg sebenar 2nya. Klu dah tetap hidup sebumbung nti hrp ada tolak ansur & sabar selalu.aku hrp yg terbaik utk psgan ini selama2nya.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    dekat bau taik..jauh bau wangi….dah dok serumah selalu..dengar kentut each orher..nmppk keburukan each other..baru kau tahu fahrin..rmhtangga kau masih hijau..so takyah nasihat org..tgk setahun dua ni..amacam..

    0

    0