Written by serenity | October 17th, 2017

Bagaimana jika anda balik ke rumah mendapari barang-barang dalam rumah telah dirompak? Dan bayangkan kemudiannya anda dapati yang merompak ialah suami sendiri?

Begitulah yang berlaku pada penyanyi Ezlynn. Dia memuat naik gambar-gambar keadaan rumah yang kosong ke Instagramnya semalam dengan kapsyen:

I came home to this?!! What the hell is this.. my home no gate anymore.. what the hell happened to the gate!! Barang hilang lagi.. kena rompak.

Aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku!! Now barang-barang semua kau ambil. Kau rosakkan rumah .. kau buat hutang aku tanggung semua.. Aku diam kau naik kepala..

Kau memang jahat!! Suami tak guna .. kawan tak guna, manager tak guna.. menyesal aku kenal kau seumur hidup aku.. Hutang tak mahu bayar asyik bercuti je.. kerja tak mau..

Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah .. dengarkan doaku ya Allah… tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil..

Kau ada lah manusia yang paling jahat yang pernah aku kenal..

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah mendirikan rumahtangga dengan Adam Fahmy sejak 2011 namun telah memfailkan perceraian pada tahun ini. Kes mereka masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Sementara itu, melalui BH Online Ezlynn mendedahkan yang dia telah membuat tiga laporan polis berhubung tindakan suaminya, Adam Fahmy, yang didakwa memasuki kediamannya di Damansara Perdana untuk mengambil barang berharga.

Saya sudah tak tahan dengan perangainya. Kenapa sampai perlu nak rosakkan barang seperti pagar? Bukannya dia tak boleh ambil kunci dengan adik-beradik saya. Selalunya saya tinggalkan kunci rumah dengan kakak.

Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil.

Setahu penulis, Adam Fahmy hanya bekerja menguruskan kerjaya Ezlynn sejak mereka belum berkahwin dan Ezlynn juga telah menamatkan khidmat Adam Fahmy sebagai pengurusnya sejak Julai lepas. – beautifulnara.com

15 responses to Ezlynn Kecewa Suami Pecah Masuk Rumah, Rembat Semua Barang

  1. Anonymous says:

    mana gosip rita rudaini kedai dah bangkrap sejak hari raya lepas???

    3

    0
  2. wekkkkkkk says:

    dh kenapa x beringat masa berpisah tu tukar segala mcm pintu pagar, gril, mangga dn sbagainya.

    Lainlah kalau bkas somi tu pecah tingkap, mcm mana nk bwa kuar semua brg. Ezlyn duduk x ada jiran ke. Atau jiran tu x nk amek tau.

    1

    8
    • Anonymous says:

      dia pun x sangka kot si ex nk buat mcm tu.

      13

      0
    • Anonymous says:

      Encik, encik ni pun kelakar jugak… sebab laki dia xde kunci la laki

      1

      0
    • Taca says:

      Encik, encik ni pun kelakar jugak… sebab laki dia xde kunci la laki dia pecah masuk cabut grill semua…

      Kan ezlynn da kata kalau nak kunci, amik kat kakak dia…

      Encik baca habis x?

      13

      0
    • saje2 says:

      sbb org 2 xde kunci la dia g pecah pintu & tanggal gril pagar uma…. penceraian mahkamah xputuskan lagi…sbb 2 dia msh sebut suaminya bukan ex….

      0

      0
      • wekkkkkkk says:

        ic..terlepas tadi ayat perenggan ke 2.
        Tapi kalau org yg x di kenali pech masuk, mesti jiran akn tolong. Tapi mmg diakui jiran kita ni kbayakannya tutup rumh sepjg masa lagi2 di bdr. Tapi kalau kita mesra dgn jiran, maka jiran akan tolong kita.
        Tapi saya rasa, mcm perbuatan org yg dikenali je.

        1

        0
  3. tabahlah wahai wanita says:

    berhati-hatilah pilih pasangan ye. ramai lelaki bersikap pemalas pisau cukur.
    silap2 hanya ditinggalkan shoe rack saja bila bercerai. :(

    24

    0
  4. Anonymous says:

    cari dato jela ezlyn.. dapat laki miskin menyusahkan ko plak

    7

    0
  5. Kedondong says:

    Perempuan kalau dah lanjut usia…hadap jer kalau org nak mengata kau anak dara tua, Andalusia, x laku …daripada dapat laki yg salah. lebih teruk , kau makan hati, makan kaki tangan..kau kena hadap muka bewak tu hari2. Malu yg kau tanggung daripada x kahwin lebih 10x baik dari sakit hati kahwin laki bewak ni.

    15

    0
  6. kreuk says:

    Kau mahu caraku, sempurna untukmu
    Apa kau sangka ku ahli silap mata
    Ku berikan cinta, kau berikan dusta
    Kini kau kata “hai hai”, ku katakan “bye bye”
    Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
    Jangan kau hampiri menagihkan simpati

    4

    0
  7. la la land says:

    ada yg ckp adam fahmi ni anak org kaya sbb tu dia x keje… betul ke?

    -1

    4
    • Raksasa Hijau says:

      Mana Ada. Selama ni ezlyn tanggung la. Duit3 hasil pendapatan semua Adam amek. Last2 bagi ciput je ke ezlyn. Paling tkleh blah pergi berjoli sakan pakai duit isteri. Tak Malu sungguh

      8

      0
  8. kreuk says:

    Kau mahu caraku, sempurna untukmu
    Apa kau sangka ku ahli silap mata
    Ku berikan cinta, kau berikan dusta
    Kini kau kata hi hi, ku katakan bi bi
    Biar ku berdikari untuk hidup sendiri
    Jangan kau hampiri menagihkan simpati

    0

    0
  9. hmmmm says:

    Ala2 muka dan ketinggian azmi hatta..uols rasa??

    5

    0

Leave a Comment

Optional