Written by Bella | June 8th, 2017

Baru-baru ini berita mengenai penyanyi Ezlynn yang sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy mendapat perhatian ramai. Peminat Ezlynn tidak pernah berhenti mengirimkan kata-kata semangat buatnya.

Terbaru menerusi portal BH ONLINE, Ezlynn mendedahkan rumah tangganya sudah bergolak sejak tiga tahun lepas tetapi atas saranan pihak mahkamah, beliau dan suami menjalani proses kaunseling bagi mempertahankan perkahwinan mereka. Walaubagaimanapun, berikutan tiada lagi persefahaman antara mereka, Ezlynn akur rumah tangga beliau tidak boleh diselamatkan dan bercerai adalah jalan terbaik.

Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian. Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling.

Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum. Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah. Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini.

Terdahulu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lalu.

Ezlynn dan Adan mendirikan rumah tangga  pada 21 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber Berita : BH ONLINE 

5 responses to Ezlynn Dedah Rumah Tangga Bergolak Sejak Tiga Tahun Lalu

  1. erk says:

    tiba2 teringat cerita dia duduk jepun sebulan lps kawin…

    2

    0
  2. Mat K says:

    yay! ada can

    0

    1
  3. anon says:

    Gambar 2nd nampak mcm makcik2 je..

    1

    0
  4. sentap says:

    dah xda jodoh…
    tp artis klo naik mahkamah je mesti pakai spek…hurrmmm

    0

    0

Leave a Comment

Optional