Written by Bella | August 11th, 2016

Sekitar bulan lepas, penyanyi Ezad Lazim memberitahu beliau muntah lebih 20 kali sehari dan telah mendapatkan rawatan doktor tetapi tiada penyakit yang dapat dikenal pasti.

Terbaru, Ezad sekali lagi dimasukkan ke hospital selepas mengalami muntah berterusan pada hari Isnin lepas apabila selesai membuat persembahan di Klang, Selangor.

Sebenarnya sebelum itu lagi saya sudah rasa tidak sedap badan kerana selepas makan pasti akan muntah. Sekarang saya terpaksa makan dalam jumlah yang sedikit.

Mungkin masalah ini berulang akibat saya tersalah makan. Saya masih lagi makan ubat yang dibekalkan ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kedah sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kali ini doktor yang merawat beliau memaklumkan Ezad mengalami simptom yang dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease atau GERD.

GERD adalah keadaan yang terjadi apabila refluks atau jeluak kandungan gastrik menyebabkan simptom atau komplikasi yang mendatangkan masalah. GERD boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk orang muda.

Doktor meminta saya lebih banyak berehat dan jangan terlalu banyak berfikir kerana ia boleh menjejaskan kesihatan saya. Mungkin saya akan berbincang dengan isteri Nor Zeana Ramli untuk mengehadkan aktiviti nyanyian selepas ini. Dalam keadaan kesihatan begini, saya perlu ada masa untuk diri sendiri pula.

Kami mendoakan agar Ezad Lazim cepat sembuh dan berehat secukupnya. Teruk juga kalau asyik muntah berterusan, boleh jadi lemah badan dibuatnya.

Sumber Berita : Harian Metro

11 responses to Ezad Lazim Masuk Hospital Lagi : Alami Simptom GERD

  1. Anonymous says:

    semoga cepat sembuh ezad….GERD ni mmg sakitnya boleh mengganggu rutin harian…sape yang pernah kena tau la cemana….

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    kesianyer…baru nak up sikit mencari rezeki lebih..ada dugaan pulak…sabar jer la………

    0

    0
  3. Anonymous says:

    gerd ok lg, jgn smp gerd dan anxiety, lg siksa

    0

    0
  4. zupzapzupzap says:

    Innalillah…bersabaq ejad naa..dgr nasihat doktor byk kan berehat dan jaga pemakanan

    0

    0
  5. adudu says:

    innalillah. dugaan tanda Allah sayang. sabar. semoga ezad dan family diberi kekuatan.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Semoga cepat sembuh ezad. Suka dgn suara ezad sejak dari zaman exists lagi.

    0

    0
  7. Mat Ronggeng says:

    Get well soon bro. Tak care of your health.. moga allah beri kesihatan yg baik utk kita semua…insyaallah.

    0

    0
  8. anon says:

    gerd pun nak kecoh? mat lalok

    0

    0
  9. salina says:

    GERD boleh di atasi dengan mengamalkan Apple Cider Vinegar…cubalah dua sudu dicampur air suam setiap pagi…kalau xtahan rasanya tambah madu…
    Saya amalkan sehingga sekarang tiada lagi masalah GERD

    0

    0
  10. ezadcun says:

    ek eleh..GERD pon masuk spital?wth

    0

    0