Ezad Exist Kongsi Foto Anak Kedua Di Instagram

Hiburan

Ezad Exist Kongsi Foto Anak Kedua Di Instagram

Meskipun isteri Ezad Lazim menghidap penyakit kanser Stroma Gastrousus (GIST) beliau masih lagi nekad dan telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada hari Isnin lepas.

Advertisement

Mengakui teruja dengan kelahiran anak lelakinya itu, Ezad telah kongsikan dua keping foto beliau bersama anaknya di akaun Instagram miliknya. Jelas terpancar rasa syukur Ezad  ketika mendukung bayinya.

Pada masa yang sama, Ezad dalam portal mStar berkata beliau menaruh harapan agar kanser isterinya itu akan pulih selepas ini.

Saya bersyukur isteri selamat bersalin semalam (Isnin) dan sekarang ini apa yang saya harapkan kanser yang dihidapi isteri hanya ada semasa dia mengandung dan hilang selepas. bersalin.

Jujurnya saya mengharapkan keajaiban itu. Tetapi setakat ini doktor belum memaklumkan perkembangan status penyakit isteri saya itu.

InshaAllah Ezad, teruskan berdoa agar isteri anda dapat pulih daripada kanser selepas ini, seperti kata anda siapa tahu akan ada keajaiban Allah SWT nanti? Apa-apapun jangan pernah putus asa dan memberikan semangat untuk isteri anda terus kuat.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...