Euro 2012 Dan Astro On-The-Go Bagai Isi Dengan Kuku

Hiburan

Euro 2012 Dan Astro On-The-Go Bagai Isi Dengan Kuku

Sekarang ini semua orang tengah demam EURO 2012. Abang Nara kadang-kadang berjaya stay up untuk tengok live match tapi selalunya TV yang tengok Abang Nara. Untuk EURO kali ini, Abang Nara dapat rasakan France yang mempunyai Karim Benzema bakal muncul jadi juara.

astro

Advertisement

Apa yang bestnya tentang EURO 2012 kali ini ialah Abang Nara tak perlu ke tandas hanya ketika half time dan Abang Nara boleh masak maggi time match sedang berlangsung tanpa terlepas 1 saat pun aksi-aksi di atas padang Ini semua kerana kewujudan Astro On-The-Go yang sangat awesome.

astro

Kadang-kadang wife Abang Nara turut merasa pelik apabila mendengar jeritan “gol” daripada dalam tandas. Lepas tue Abang Nara tunjukkanlah yang Abang Nara dah install Astro On-The-Go dalam iPad.. “Teknologi macam nie pun ada ye kat Malaysia nie”, kata wife Abang Nara dengan muka tercengang. Untuk makluman, Astro On-The-Go buat masa ini boleh diinstallkan di dalam iPad, iPhone dan laptop.

astro

Abang Nara pasti ramai lagi yang tak dapat try kebestan Astro On-The-Go ini. Namun anda tak perlu risau sebab pada 23 Jun ini di The Pool, Ampang, Astro akan memberikan anda peluang untuk mencuba keawesomean Astro On-The-Go ini. Bukan itu sahaja, ada EURO Flash Mob, best dress contest dan macam-macam lagi yang menawarkan hadiah seperti iPad. Kalau Abang Nara dress up macam fan France kat bawah nie rasa-rasa boleh menang best dress tak?

astro

Kepada yang berminat untuk join Astro On-The-Go Party ini, silalah dapatkan jemputan anda dengan menjawab satu soalan mudah di sini. Abang Nara akan pergi dan Abang Nara nak ajak pembaca BeautifulNara yang ada di sana nanti untuk join contest penggunaan Astro On-The-Go di tempat yang paling kreatif. Jadi sebelum datang, Abang Nara nasihatkan download logo Astro On-The-Go kat sini (bermula 23 Jun) dan bawak gadjet masing-masing. Abang Nara yakin kita dapat buat lagi kreatif daripada apa yang telah dilakukan kat bawah nie.

astro

Kalau anda tak dapat datang party ini tetapi masih mahu join contest ini, pastikan anda menangkap gambar sekreatif yang boleh dan uploadkan gambar anda di www.astro.com.my/onthego bermula 23 Jun kelak atau just tweet dengan hashtag #AstroOnTheGo. Gambar yang paling kreatif akan memenangi hadiah yang sangat-sangat best.

astro

Jumpa anda di Astro On-The-Go Party nanti. Untuk makluman lanjut tentang Astro On-The-Go, sila layari www.astro.com.my/onthego.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...