Eun B Dari Kumpulan Ladies Code Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Hiburan

Eun B Dari Kumpulan Ladies Code Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Berita sedih buat dunia hiburan Korea Selatan apabila salah seorang penyanyi kumpulan Ladies Code, Eun B disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam sebuah kemalangan semalam. Eun B meninggal dunia di tempat kejadian setelah van yang dinaikinya merempuh dinding penghadang jalan di Suwon. Sementara itu 2 lagi anggota kumpulan Ladies Code iaitu Rise dan So Jun dimasukkan ke hospital kerana kemalangan tersebut.
eun b ladies code dies of accidentLadies Code dianggotai oleh Ashley, Rise, Sojung, Zuny dan EunB. Kumpulan ini popular dengan lagu Bad Girl. Kemalangan berlaku ketika kumpulan Ladies Code dalam perjalanan menuju ke Seoul selepas selesai membuat persembahan di Daegu. Eun B meninggal dunia pada usia 22 tahun. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi waktu Malaysia.
eun b ladies code dies of accident Sama-samalah kita doakan agar ahli kumpulan Ladies Code yang lain segera sembuh dan pulih. Kepada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan Eun B, semoga tabah menghadapi berita sedih ini.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...