Written by Bella | June 16th, 2016

Rasanya gosip percintaan antara Erra Faziran dan Shahir AF8 sudah lama diperkatakan, malah beberapa kali juga mereka dikatakan bakal berkahwin.

Terbaru, ada desas-desus mengatakan bahawa mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilftri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Terkejut mendengar gosip berkenaan, Erra sekali lagi menegaskan bahawa ianya tidak benar dan sepatutnya sebagai tuan empunya badan tentu beliau akan lebih mengetahui hal berkenaan.

Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini. Kalau benar ada rombongan merisik itu, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu kiranya di pihak sana berhajat tentang perkara itu.

Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan. Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih.

Walaubagaimanapun, Erra akui beliau dan Shahir kerap berhubunga antara satu sama lain sekadar untuk bertanya khabar.

Sebagai kawan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk  kami bertanya khabar  dan saya harap perkara ini tidak perlu dijadikan isu. Begitu juga soal Shahir menyepi kebelakangan ini. Ia tiada kaitan dengan saya kerana sebelum kenal saya lagi, Shahir sudah ambil sikap untuk lebih low profile.

Kalau tiada angin pokok tidak akan bergoncang, beberapa kali pula tu. Apa-apa pun, satu hari nanti Erra Fazira akan bersedia untuk berterus terang mengenai isu ini. Lagipun, peminat hanya ingin melihat anda bahagia dan mendoakan yang terbaik buat anda.

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Erra Fazira Sekali Lagi Tepis Gosip Bakal Berkahwin Dengan Shahir Selepas Aidilfitri

  1. amoi says:

    aku tertanya2…Shahir ni tgh buat keje apa skrg? selalu kalau byk job, akan kuar lah gosip nyanyi sana sini…erra ni dah la lawa…mahal kot bulan2 nak kuarkan duit utk bayar mcm2…hahahaha

    0

    0
    • melati says:

      neelofa..pa cerita? hahaha…sampai skg dok buat solat Istikharah. siap buat youtube jual tudung pun pasal cari laki. terdesak gile…akhirnya..NADA! :(

      0

      0
    • X says:

      Shahir sskg seperti dalam gambar.gambar kepit.kena dengan erra.jadi budak suruhanla.

      0

      0
  2. renungan bersama says:

    ‘X ada angin pokok xkan bergoncang?? ‘
    Bole gune lagi ke kata2 tu skrng..
    Xde angin pun.. ade je pokok bergoncang sbb ade beruk yg duk goncang pokok tu.. kan? Zaman skrng ni..Fitnah merata-rata.. So hati hati ye semua sekarang.. jagn smpai jadi mangsa fitnah atau jadi penyebar fitnah..Selamat berpuasa ;D
    #Assalamualaikum
    #Morning
    #renunganbersama
    #11Ramadhan

    0

    0
  3. kendall jenner says:

    erra ni mcm wanita yg susah nk kawal sbb mcm tlalu strong, dominan, independent. perlukan lelaki yg btul2 tegas yg boleh pimpin dia, yang dia blh dengar cakap…

    0

    0
  4. melati says:

    Saya percaya Erra…walaupun Erra berusia skit dr Uqasha Senrose tapi saya tgk mcm Erra ni adik Uqasha Senrose !!!! tak caya tgk lew berapa org ” Like “..hmmmmm

    0

    0
  5. imaydajebat says:

    kak erra kalau betul nak kawin pls jangan la jadi tilla n sam tu (tak minat) we will pray for your jodoh insyaAllah. but if its not true, i doakan orang yang sebar fitnah tu agar selamat dunia akhirat. just a reminder to get you going, orang yang bersabar itu sentiasa di lindungi Allah

    0

    0
  6. melatu says:

    melati ko ni gila ker?

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Pikir masak2 byk dh cth risiko kawin org muda ni…Rita rudaini antara yg gagal..tp rita kawin umur 32 ok gak…erra skrg umur 42…leh bg anak ke??

    0

    0
  8. Akak sgt says:

    Pikir masak2 byk dh cth risiko kawin org muda ni…Rita rudaini antara yg gagal..tp rita kawin umur 32 ok gak…erra skrg umur 42…leh bg anak ke??

    0

    0