Written by AbangNara | June 3rd, 2015

Alhamdulillah.Akhirnya Erra Fazira telah tampil untuk mengesahkan berita penghijrahannya. Primadona itu memaklumkan yang dirinya telah bertudung sepenuhnya sejak malam Nifsu Syaaban semalam. Tahniah diucapkan. Terharu juga Abang Nara membaca perkongsian Erra. Namun ini merupakan satu detik indah bukan sahaja buat Erra, tetapi buat para peminat yang sering mendoakannya.

erra fazira bertudung

Kata Erra Fazira:-

Penghijrahan ini sudah lama terdetik dalam hati. Cuma kadang-kadang ia jadi terbantut dek urusan dan perjanjian kerja yang sudah dimeterai. Pada suatu tahap saya beritahu kepada diri sendiri adakah hasrat dan niat ini harus ditunda dari hari ke sehari. Kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung.

Seru itu merujuk kepada hati kita jadi kuat. Jadi saya tidak mahu lagi mencipta alasan dan mewujudkan halangan untuk membuat keputusan ini. Ikutkan saya sudah mahu bertudung sejak tahun lalu. Saya minta dibulatkan hati meminta ada hidayah untuk semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah ia kini jadi nyata.

Dalam hati berkata, inilah masanya Fazira (merujuk kepada nama penuhnya Fazira Wan Chek) dan tak perlu bertangguh-tangguh lagi memberi alasan itu dan ini. Saya ini jenis yang mementingkan kesempurnaan dan sebenarnya sudah lama mengumpul tudung sebagai persediaan ke arah itu. Jadi malam nisfu Syaaban itu saya sangkut tudung di dalam bilik dan nekad dalam diri untuk mengenakannya keesokan hari.

Malam itu juga kebetulan giliran saya bersama Engku Aleesya. Saya katakan kepadanya diri ini agak gementar untuk semua ini. Saya bertanya kepadanya kalau diri ini bertudung, apa komennya. Dia jawab, dia suka. Keesokan semasa menghantarnya ke sekolah, dia kembali mengajukan soalan adakah saya gementar selepas bertudung? Saya jadi terpinga-pinga.

Rupa-rupanya dia ingat lagi soalan saya pada malam sebelumnya mengenai perasaan gementar yang bertandang. Dia cakap mummy nampak cantik bertudung. Saya sangat tersentuh ketika itu.

Bertudung ini bukan setakat hijrah dari luar, tapi ia juga membabitkan soal dalaman. Saya perlahan-lahan ke arah itu. Doakan saya,

erraAbang Nara tertarik dengan kata-kata ‘kalau nak ditunggu sampai seru, mungkin ia akan terus tergantung‘. Memang betul kata-kata Erra itu. Sebenarnya hendak tak hendak sahaja bab-bab bertudung ini. Namun perlukan kekuatan hati juga. Iyerlah, tak boleh bertudung kerana ikut trend macam sesetengah selebriti. Bila trend dah habis tudung hilang entah ke mana. Pastinya Erra Fazira bukan sebegitu. Kita doakan agar Erra terus istiqamah. Tahniah Erra. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

64 responses to Erra Fazira Sahkan Dirinya Sudah Berhijrah Sejak Malam Nifsu Syaaban

  1. Anonymous says:

    masih ramai diluar2 sana x kira retis atau orang biasa, masih kurang paham adat berhijab serta pemakaian. tudung harus tutup leher dan dada, labuh hingga cecah hujung bahu, baju mestilah longgar begitu juga kain. kalau boleh berjubah bukan jeans, legging atau seluar ketat dan tidak nampakkan susuk badan/figure yg boleh menggiurkan lelaki. harap kita menjaga imej islam, hijab dan diri kita supaya tidak tersasar dan teralpa. jagalah kesucian tudung.

    0

    0
    • Mat Sahdo says:

      kalau sudah bertudung, di harapkan jaga batasan pergaulan dan apabila bertutur pun mesti nk di susun kata yang rapi dan tertib juga ya. ada sesetengah artis tu (malas nak cakap nama), bila ketawa.. langsuir/pontinanak kalau dengar pun akan pecut lari. so..pikirlah.

      0

      0
      • awie says:

        she is officially..over! berakhirlah zaman kegemilangan bekas miss malaysia ini. tak per erra ye, rezeki ada dimana2. mungkin ada sinar baru menanti.

        0

        0
        • Anonymous says:

          kenapa tundung bonggol unta diharamkan? sebab tudung sebegitu masih lagi menampakkan sanggul atau tocang wanita- yg menyerupai hewan atau binatang. begitu juga dengan seluar jeans, kain yang ketat dan baju yang ketat. semua itu boleh membuatkan kita hilang pahala menutup aurat dengan sempurna kerana shape/ susuk masih kelihatan pada mata orang yg memandang. sila ambil perhatian dan saling menegur lah ya.

          0

          0
        • Irfan says:

          bukan nifsu….NISFU laaaa..

          0

          0
        • Apadaaa Abg Nara ni ... says:

          OITTTTTTTTT …. Abg Nara BETOLKAN …. ” NISFU SYAABAN ” bukan “NIFSU” lerrr ….. nasib baik abg nara tak tulih NAFSU …. typo ke ???? …

          0

          0
        • saya masih belajar says:

          betul tu. lately byk sgt artis yg dah “berhijrah” memakai tudung, tapi belum berhijrah menutup aurat dgn sempurna. dah mcm trend sekarang ni. dan masing2 menggelarkan diri as hijabista. bagi diorang asalkan pakai tudung dah cukup dah, walaupun tudung tak labuh menutup dada, baju lengan pendek, seluar ketat.

          0

          0
        • Anonymous says:

          mohan share. bagus…pendek dan padat. xx

          0

          0
        • tumpang sekaki says:

          agree sasangat, fungsi tudung/hijab adalah MENJAGA aurat. kalau kepala berlilit berlitup walhal makeup masih tebal, berkanta lensa dan berbulu mata pelesu, aduhhh! apakah fungsinya dik hoi?

          matlamat anda mahu pujian manusia atau IKHLAS mencari redha Allah swt? cukup sekadar nampak cantik dimata Allah. niat dan hijab harusla SELARI.

          0

          0
        • Zack says:

          hmn, bagus la tu. it is about time la. save duit sikit drp beli rambut palsu yg diambil drp mayat cina mati tu. sedekah lebih elok drp beli wig. dpt juga pahala…..

          0

          0
        • Ana says:

          ….tambahan!
          Ustezah sy cakap seelok2 nya dress warna gelap, lembut, warna tanah bukan warna2 garang dan ranggi. Kita bukan minah Zimbabwe katanya … :(

          0

          0
        • minah jambu terlajak habis says:

          bukan nafsu ke?

          0

          0
        • Anonymous says:

          lawanya tudung era pakai tu.. mane nak beli ye?

          0

          0
      • Anonymous says:

        Fazura la kot lepas ni. Makin lama makin menjadi-jadi gediknya.

        0

        0
      • Anonymous says:

        malam ni kita buat upcara bakar rambut pelesu tu ye erra?

        0

        0
        • Anonymous says:

          nifsu pon boleh..nasib tak nafsu.
          ok erra jgn pakai ketat2..mekap tebal2..macam che ta or other artist

          0

          0
      • Kiah Kongo says:

        yg penting jangan lupa senyum ye adik2 semua. barulah nampak anggun dan ber aura. akak tengok pekerja2 kaunter guardian pharmacy jarang senyum muka masam menyuka. rasa nak baling je dengan dengan sabun dettol.

        0

        0
    • sheila says:

      Sebenarnya ramai yg dah paham cara menutup aurat sepenuhnya, tapi masih ramai yg belum bersedia. Doakan yg terbaik,

      0

      0
    • Hajah raebah says:

      Jeans tu blh la . Cuma jgn la sendat mcm buah nangka yg pak arip kampung tu ikat la..
      Zaman skrg ni banyak fesyen yg lebih sesuai utk muslimah , so pandai la korang pilih ye,

      0

      0
      • Anonymous says:

        hajah…kan dia cakap…kalau boleh “jeans tu jgn ketat”…..tak paham ye?

        0

        0
  2. 100% Setuju says:

    “harap kita menjaga imej islam, hijab dan diri kita supaya tidak tersasar dan teralpa. jagalah kesucian tudung”

    !!!!!….dan jangan pakai legging mcm Cik Ta tu.

    0

    0
  3. weng weng says:

    100 bintang ..

    0

    0
  4. nok gebuzzz says:

    doakan primadona yg lagi sorang tu semoga di beri hidayah juga…

    0

    0
  5. Joyah Pok Pek says:

    Alhamdullilah sdh berhijrah..hrp menjdi muslimh yg lbh baik dr hri kehari..hayati tujuan senbrnya menutp aurat bukan tutup rmbut

    0

    0
  6. ash says:

    Assalamualaikum….
    utk renungan sy dn semua…
    kita kene tahu tujuan kita pakai tudung
    sebagai TUNTUTAN AGAMA atau
    PAKAIAN HARIAN
    kerana kebanyakan kita termasuk sy hanya jadikan sebagai pakaian harian
    maksudnye, kepala tutup tp x labuh menutup dada, pakaian ketat, nmpk lengan dn jarang
    bilangan yg benar2 menutup aurat sgt sedikit dn kita nmpk dorg mcm pelik padahal pakaian mereka yg patot kita contohi
    jgn bandingkan dgn sikap mereka kerana stp manusia mmg x lepas dr kesilapan
    utk2 artis kalo dh pilih berHIJRAH tu biarlah dgn nawaitu yg betul
    kalo berhijrah tp bajunya mcm mane, solekannye, dn posing2 selfie mcm2 macamne nk mengundang rase hormat org lain pd diri kita

    0

    0
  7. Anonymous says:

    alhamdullilah.. harap hijrahnya akn btambah baik.. doa yg baik2 sje.. kte x tau yg mulanya teruk blom tentu berakhir dgn jahil juga.. nasib kte.. kte blom tahu bgaimna..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    NISFU SYAABAN. Bukan Nifsu.

    0

    0
  9. Bobby says:

    Pasni kuar tudung jenama Erra. Alhamdulillah

    0

    0
  10. zabedah zabit says:

    bagus jgk bertudung..aku muak dah rambut pelesu dia tu

    0

    0
    • zaza gabor says:

      Kak ZZ … sy pun trasa gitulah jugak …. hakhakhak
      Agaknyer Erra pun dah penat kot nak tenggekkn rambut pelesu dia .. kene ikat dan sepit kelip rambut sana sini. Nyusahkan jer.
      Alang2 rambut pelesu dpt dosa bebanyak … baiklah dia tutup aurat dpt pahala. Alhamdulillah .. Moge2 Istiqamah hingga akhir hayat.
      Bagus betul erra ni, dia nak mendalami agama.

      0

      0
  11. najwa says:

    yang penting, jgn pakai baju ketat sangat mcm Ziana Zain ye…

    0

    0
  12. teruja says:

    alhamdullilah… erra memang yang terbaik i percaya niat dia memang suci …. jangan perdulikan apa orang lain kata mereka memang x suka tengok orang senang n happy x pakai tudung mereka umpat bila dah pakai lain pula yg dicerca.
    ingat2 lah semua mungkin dosa mereka cuma mendedahkan aurat tapi dosa kita pula mengumpat dan memfitnah ………. renung2kan…….

    0

    0
  13. OTAK NARA says:

    KORANG TENGOK LA OTAK NARA…SEMAKIN BODOH DIBANTAINYA NIFSU NARA NI JAHIL SEBENARNYA….TAW GOSSIP JE KERJANYA…NARA TOLOL

    0

    0
  14. Anonymous says:

    cantiknya erra gambar tudung pink tu.

    0

    0
  15. Jadoo says:

    Dari sudut lain..erra dah boleh berjimat sbb x perlu lg beli wig. Komen sy serius bukan nak mengejek ye..

    0

    0
  16. julie says:

    berhijrah atau dah tak iuasa nak dye rmbut yg mulai beruban.save sikit duit takyah gi saloon selalu .
    apa pendapat kalian?
    dah mcm cendawan tumbuh artis “BERHIJRAH”
    .

    0

    0
  17. aku says:

    Alhamdulillah dah terbuka hati Erra utk berhijab. Kita doa2 yg baik2 saja utk semua umat Islam yg berhijab. Kenapa bila sda org berhijab, byk sgt ustaz & ustazah yg memberi komen negative. . Yg bkn2.. cukuplah la kita bersyukur dgn penghijrahannya & berdoa utk kebaikannya. Selebihnya antara dia & Allah. Begitu juga dgn kita. Kita ni pun tak tau kesempurnaan kita beriman kepada Allah. Maaf kalau ada yg terasa.
    To Erra.. Alhamdullilah.. semoga anda sentiasa dilindungi Allah & beriman kepadaNya..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Mmg da patut pun ERRA ni pakai !!!
      Bekas laki aje da brapa dek oi.

      0

      0
      • aku says:

        Kena nak mengungkit ttg perkahwinan dulu? Kan jodoh, ajal & maut tentuan Allah.. saya masih tak faham dgn komen2 yg rata2nya Melayu & Islam. Astagfirullah. . Bersangka baiklah umat Islam semua..

        0

        0
  18. Haha thinks says:

    bagi la masa…budak kecik pun kalau nak belajor makan, belajor pelan-pelan. dah bertahun-tahun tak pakai tudung. mula-mula pendek sikit tp lelamer labuh la tu. asyik nak perfect jer kita kat blog ni. retis baru pakai tudung tu bagi la sokongan dek non. asyik nak sound sound sound aje.

    0

    0
  19. miinah cuci jamban says:

    kan senang kau ckp je nak berhijrah kerana ALLAH.ini tak crita memnjang bagai…anak ckp cantiklah..nenek ckp cantiklah lembu ckp cantiklah..mama roti canai ckp cantiklah..pls eh tak kuasa nak baca korang punya propaganda muzambiq zimbabwe..meluat tau baca..
    .

    0

    0
  20. Quincy says:

    The lack of this publicity contributes directly to the amount of the
    population that watches other sports instead of soccer.
    Women have not only a truly self-serving media center stage, they have
    the very real legal framework to spearhead and catch their
    agenda. in China but there is an ongoing debate over whether the first casinos began in Ancient China or the Nile Delta.

    0

    0
    • What???? says:

      I think ur commenting on a entirely different thing or u have jst cut and pasted this entire comment from a text book. Dude/dudette…kalau tak tau apa nak komen tu…diam jer lah…jangan bazirkan tempat. Buat aku scroll entah kemana-mana.

      0

      0
  21. Anonymous says:

    Tak respect org yg bertudung sebab ikut trend. Berhijab tu wajib utk wanita Muslim. Tu yg penting. Ni tidak, org nak kawin, kau nak kawin. Org nak beranak, kau nak beranak, org nak cerai, kau nak cerai. Org nak bertudung, kau nak bertudung. Nampak sekali tak ikhlas ikut hokum..puihhhh… artis melayu bangang. artis melayu tolol..ikut trend lah sangat tapi lupa hukum wajib agama. Bagus tukar agama jadi Yahudi ke…

    0

    0
  22. semoga istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna..

    0

    0
  23. tapai says:

    quincy apa yg kau meroyan sorang2..kau pun nak jadi mcm erra? merepek memanjang..straight to the point.

    0

    0
  24. Anonymous says:

    hai, nk tutup aurat kena tunggu doa2 peminat ke? solat kena tunggu doa2 peminat ke? mcm mana pula dgn puasa, sedekah….semua nk kena doa org ke?

    sis, kalau nk berubah…petang ni boleh berubah. x perlu doa2 sesiapa.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    semua kt sini pakai tudung labuh dgn baju longgar. tapi sayang mulut masing2 mcm apa lg mengherdik org ckp tolol, bodoh.. pakaian uolls semua dpt pahala dari Tuhan. tp syg mulut tak reti nak jaga elok!

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Korang layak buka pusat khidmat kaunseling tudung…,expert benor Jah!

    0

    0
  27. minah jambu terlajak habis says:

    semoga erra berhijab betol2 ok jangan main2..pakaian nk kena jaga jangan ke terlaluan n kalau nk main bwling jangan pulak u tutop muka n berjubah ok..bukan tk boleh main bwling tapi ikot pakaian yg di tetapkn ..islam itu mudah….lov u erra..

    0

    0
  28. aku e says:

    Ntah pape la komen korg nie..k.erra dh berubah pun nk kutuk2 lg..doakan yg baik2 sudahlah..xsusah pun..

    0

    0
  29. aku hensem says:

    aku perati org skrg bertudung ikut trend, dan mata mesti mekap tebal2, kontek lens ckp ckp la, kalah mata mat salleh

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Kawan tu baru nak mendalami hal ehwal agama, kau sound dia bertepek-tepek. Elok-elok orang nak jadi baik lepas dengar “nasihat” korang ni semua terus meluat tau tak? Pandailah dia nanti. Baby kalau nak berjalan pub kena merangkak dulu bukan terus berlari pecut macam Usain Bolt! Tahpape korang ni suka benar jadi ustaz/ustazah jadian padahal diri sendiri tu belum tentu betul semua lagi. Tahpape! Tahniah Kak Erra saya doakan yang terbaik untuk akak insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan aminnn.

    0

    0
  31. Feredea says:

    semoga erra terus tabah dan istiqomah. Bukn mudah sebagai seorang artis utk berhijab, tapi erra komited semoga temui jalan ketenangan dan kebahagiaan

    0

    0
  32. KakLeena says:

    Alhamdulillah…makbul doa akak. Sblm ni che ta. Takpe erra..pelan2 cuba tutup aurat betul2 yea. Yg penting ko dh bertudung dik.

    0

    0
  33. Anonymous says:

    Syukur alhamdulillah…seorang lagi celebriti unggul Malaysia berhijrah. Sangat cantik…mengalir airmata baca tulisan erra fazira. Semuga erra tabah menghadapi dugaan. Semuga sentiasa didalam peliharaanNya.

    0

    0
  34. leo says:

    aku pun nk ikut erra betudung tapi pakai ketat sendat.terbonjol sana sini .bagus tak macm tu? tang pat erra pakai ada yg menyokong..amacm komenlah part aku plak.aku bukan artis

    0

    0
  35. chakk says:

    Hurmm….tahniah sbb dah btudung…tp…cara menutup aurat tu xkena…aku tgk ramai artis ni katanya nak bhijrah, tp bajunya….haish…aku lebih suka tgk penghijrahan Mizz Nina…dah xmenyanyi, baju btul2 longgar.

    0

    0