Erra Fazira Dan Shahir Dikatakan Sudah Berkahwin Secara Rahsia?

Hiburan

Erra Fazira Dan Shahir Dikatakan Sudah Berkahwin Secara Rahsia?

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baharu. Malah, sebelum ini mereka dikatakan sedang hangat bercinta sehingga ada yang mendakwa mereka sudah bertunang.

Advertisement

Terbaru, timbul pula desas-desus mengatakan Erra dan Shahir sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.

Walaubagaimanapun, Erra telah tampil menafikan berita tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.

Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan. Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?

Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya?

Kami percaya berita ini tersebar mungkin kerana ramai sekali yang ingin melihat Erra bahagia dan mengharapkan hubungan rapat Erra bersama Shahir berakhir ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, kita tidak boleh memaksa Erra dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...