Written by Bella | February 13th, 2017

Hubungan rapat antara pelakon dan penyanyi cantik, Erra Fazira dan bekas pelajar AF 8, Shahir bukanlah lagi satu cerita baharu. Malah, sebelum ini mereka dikatakan sedang hangat bercinta sehingga ada yang mendakwa mereka sudah bertunang.

Terbaru, timbul pula desas-desus mengatakan Erra dan Shahir sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.

Walaubagaimanapun, Erra telah tampil menafikan berita tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.

Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan. Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?

Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya?

Kami percaya berita ini tersebar mungkin kerana ramai sekali yang ingin melihat Erra bahagia dan mengharapkan hubungan rapat Erra bersama Shahir berakhir ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, kita tidak boleh memaksa Erra dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

[jetpack-related-posts]

8 responses to Erra Fazira Dan Shahir Dikatakan Sudah Berkahwin Secara Rahsia?

  1. Cik Puan Salmah says:

    Suka tengok erra dengan engku emran.. hope mereka berjodoh semula.. aamiin..

    11

    1
  2. kak kiah says:

    engku emran selalu bawak anaknye shopping ke pavilion

    2

    0
  3. sepaun says:

    terlampau kurang cerdik org yg buat cerita ni :)

    1

    0
  4. Anonymous says:

    malas nak cakap ape…
    cinta mokcik2

    2

    0
  5. kak era says:

    jrg artis mesia berterusterang..sllu yg mula2 dorg akn menafikan ssuatu pkara..last2 da kantoi bru nk mgaku.. klu betol ke x betol lantak korg la ..yg kawen korg lgpon retis mesia skrg ni da x mcm dlu..

    2

    1
  6. Geli2mat says:

    T dh khwn jgn kluar statement yg lelaki nk ank ramai,yg pompuan tknk beranak dah. Geli2 ak dgr.

    0

    0

Leave a Comment

Optional