Written by Bella | June 26th, 2016

Selepas lama bermain teka-teki meskipun dihimpit dengan pelbagai gosip percintaan, Erra Fazira akhirnya mengaku beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Shahir.

Jelas Erra, saat Shahir mendedahkan hubungan mereka baru-baru ini kepada umum, beliau merasa lega kerana tidak perlu berselindung lagi.

Walaubagaimanapun, Erra menafikan dakwaan kononnya mereka bakal bertunang dan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri nanti.

Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia.

Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya.

Erra pada masa yang sama turut memberitahu hubungan mereka mendapat restu daripada keluarga Shahir, tetapi belum ada sebarang perbincangan yang diadakan oleh kedua-dua belah pihak.

Sekiranya mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin, Erra berharap ia adalah perkahwinan terakhir beliau.

Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya.

Sebab itu kami kata dahulu, mereka berdua ini memang mempunyai hubungan istimewa, kan senang bila dah berterus-terang begini. Harapnya mereka ada jodoh bersama,InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

16 responses to Erra Fazira Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Shahir

  1. Majistret says:

    Nak kate budu dah tua bangka memasing..tetibe teringat kate nabil kt era haritu ” Alah umur beza baru 14 tahun~~~”

    0

    0
  2. anon says:

    mcm mak dgn anak lak. erra dah nampak tua. seriusly kalau aku, beza 4 thn rase tak selesa, ni pulak 14 thn.

    0

    0
    • laylaaa says:

      Kalau dah namanya jodoh, tu semua tak pandang. Nabi Muhammad (saw) dengan Siti Khadijah pun jauh juga beza umur. Kalau kita jaga suami/isteri dengan baik, insyaAllah umur tidak jadi penghalang ^.^ peace ^^,

      0

      0
    • Mimi Yang Divine says:

      kita kena faham..lelaki baya dia semua nak yg muda2 je..pompuan yg muda2 pula sibuk kejar laki org, asalkan berduit.. that’s life..but it’s ok, janji mrk happy..

      0

      0
    • Anonymous says:

      suami aku muda dari aku 19 tahun. kita bahagia sampai sekarang. dah 10 tahun bernikah & InsyaAllah kekal hingga ke Jannah.

      1

      0
  3. Erra tak sedar diri says:

    Shahir dayus. Berhutang tak reti bayar.

    0

    0
  4. melati says:

    pengakuan tak Ihklas dr Erra……saya rasa dia cuma nk cover tuuuu. pasal Awei dh bertunang..!!! Erra bukan jenis yg suka pucuk Muda ..Erra ni taste dia yg ader Sedikit Harta…, setakat penyanyi AF ,dia buat lauk jew untuk cover..!!! kikiki

    0

    0
  5. el says:

    perlu ke becinta macam budak remaja?

    0

    0
  6. psssttt says:

    aku lg ok klu erra dpt jodoh, coz erra dgn ex hubby dia, dia xwat musuh & xkecoh nk bukak aib ex hubby dia..salute erra…window sebelah pasal awie…kesian tunang dia mcm xde jejaka lain lam malaysia nih, ni mesti kes nk glamor…erra love u!!!

    0

    0
  7. Mama says:

    Dr dulu smpai skrg aku suka erra dgn yusry..comel sgt dorg bdua..tp xde jodoh tak per la kn..yusry pon dah bhgia.
    Tp aku hrp sgt jodoh erra kembali bsama emran.ksian kt anak.mesti ank dia seronok kalau mak ayh dia bersatu kembali.cinta tu bley di pupuk.kalau kita yakin dgn allah bhgia tu akn dtg dgn sendirinya.sme2 baiki diri.
    Tp kalau shahir jodoh erra..semoga bhgia la.semoga shahir akn beri erra kbhgiaan sbnrnya..erra nie wanita kuat dr segi luaran..dia seorg yg tegas dan berani..tp hati dia lembut dan manja sbnrnya.dr kecik dia tak pnh dpt kasih syg dr seorg ayh..sbb tu dia nak seseorg yg cintakn dan syg dia spnuhnya.bukan harta yg dia pandang.cari la kbhgian itu erra.awk berhak bhgia.good luck.

    0

    0
    • Anonymous says:

      tapikan tapikan…erra ni jenis wanita garanglah aku tengok..tegas tu tegaslah..kalau asyik nak over the top ajer dlm segala hal tanpa pentingkan pendapat pasangannya..alamat no 3 pun tak menjadi..jgn harap muka dan body ajer..kelakuan tu pun penting juga..lagi si pakwe dia ni pucuk muda..lambt laun rasa terkongkong gitu..

      0

      0
  8. rose magnolia says:

    tak pa lagi dgn shahir sib baik bukan dgn pak menteri jabba the hut tu…fuh

    0

    0
  9. mamy poko says:

    Erra i hope u read this

    bangkitlah dari mimpi dan khayalan

    u pernah cakap che ta bahagia kawin dengan orang muda… so why not.. lebih kurang gitu lah

    Erra please jadilah orang dewasa dari sudut perasaan…

    Che ta tu anaknya bujang2 orang, takde masalah dengan bapak tiri

    Kamu anak perempuan, kesiah Aleesya

    kamu tidak fikir perasaan anak ke Erra? dia mahu kamu bersatu dengan ayahnya

    Emran pun banyak dah berubah

    cinta boleh dipupuk

    kamu sudah tua untuk melayan cinta bagai orang muda remaja

    kamu sudah ada anak

    kamu boleh bercinta tapi bukan seperti orang muda remaja

    kamu ini terperangkap dengan luka silam di mana kamu rasa kamu tidak berezeki mendapat kasih sayang lelaki… ayah takde sejak kecil… kawin bercerai… so kamu mahu mendapatkan apa yang kamu tak dapat sejak kecil

    kamu lupa ALLAH bagi kamu nikmat lebih besar dari cinta lelaki iaitu Aleesya

    takpa lah erra

    kamu memang keras hati

    kamu takkan ambil apa orang kata lagilah sekarang tengan bercinta mabuk kepayang

    kesian pda Aleesya baca mom nya bercinta

    di manakah Aleesya dalam hati kamu saat kamu melayan manis bercinta dengan orang muda

    semoga ALLAH ampunkan saya kerana berkata begini

    niat saya hanya supaya kamu nampak blind spot yang ada dalam isu ini…

    bersyukurlah dengan Aleesya dan Emran sebelum kamu terlambat Erra

    sampai mati pun kamu takkan dapat lelaki lain sebaik Emran hari ini

    wALLAHua’lam

    1

    0
    • Kanji says:

      Emran dah move on lah. Siapa kata Erra lupa Aleesya bila bercinta dengan Shahir. Kot ye la pun, jangan memandai-mandai.

      1

      0