Written by Bella | August 28th, 2015

Pengarah Bade Hj Azmi telah di arahkan untuk melantik jawatankuasa pendamai oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas Bade tidak mahu menceraikan isterinya tetapi Erma selaku plaintif tetap nekad dan mahu bercerai.

Sebenarnya, jawatankuasa pendamai itu akan membantu kedua-dua pihak  berbincang dan membuat keputusan dengan persetujuan mereka selain menyiasat sekiranya wujud shiqa’ ( perbalahan berpanjangan) di dalam rumah tangga mereka.

Terdahulu, Erma telah memfailkan cerai pada awal Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Kami yakin Bade masih lagi menyayangi Erma Fatima dan anak-anak mereka dan sebolehnya mahu mempertahakan rumah tangga mereka. Lagipun hubungan mereka agak baik bersama. Doakan yang terbaik buat mereka, siapa tahu dengan ketentuan Allah SWT Erma akan berlembut hati.

Sumber Berita: mStar Online

24 responses to Erma Fatima Nekad Mahu Bercerai Tetapi Bade Enggan

  1. Women says:

    Mr. Bade, just let her go.
    You obviously is not the man who can make her happy, let alone be faithful, and yet want to hold her down to suffer.
    She deserves happiness and her own undivided love and romance. Don’t be selfish.
    She deserved a companion and someone who will take care of each other until the old days. You are not that man anymore.
    Have compassion and let her go and find her own happiness.

    0

    0
    • IDDY says:

      Yes, let her go. You have let her down by marrying that girl. Stop hurting her.

      1

      0
      • Anonymous says:

        pilih antara satu lah. klau syg erma kembali la pada erma.. jgn la tamak.
        takkan dlm cerita ni nak erma je berkorban dan terkorban utk buktikan cinta. bade pun harus la korbankan sesuatu utk cinta tu. anak dah dpt kembali la pd erma klau syg

        0

        0
      • Anonymous says:

        Bini kedua bade mcm nenek kebayan.

        0

        0
    • Anonymous says:

      Sebaknya rasa bila fikirkan Bade kahwin lain.. betapa lukanya hati erma.. mesti dia tak sangka kan… dah tua, dia ditinggalkan untuk merasa yang muda.. sakitnya hati ini bila memikirkan perasaan itu.. i bet she love you alot, but just let her go, plssssssss

      0

      0
  2. fw says:

    wlupon aku pompuan, xtau kenapa aku rasa bade laki yang baik cuma maybe erma nak mengundur diri kot sbb ada wanita lain.. anyway, doa yg baik2..

    0

    0
    • joe says:

      Aku pun rasa bade lelaki baik. dia kahwin bersebab – ANAK . Itupun tunggu bertahun2 baru dia carik lain. Cuma aku jugak rasa Bade patut lepaskan Erma kalau dia benar sayang sebab dia kena pentingkan apa yang Erma mau, bukan apa yang dia mahu kan. Itulah erti cinta sebenarnya

      0

      0
      • Anonymous says:

        bade dapat anak erma dapat derita.. why not klau syg sama2 susah dan senang.. tindakkan bade tun umpama nak prove kan yg emma mandul. hati wanita mana yg tak terasa?

        0

        0
      • Leez says:

        Dulu mmg Bade baik tapi sejak kahwin lain & ada zuriat pula mesti dah lain. Aida pula kawan baik Rebecca Nur Islam. Dlm insta dia selalu kutuk2 Erma. Tak baik kan. Lepaskan Erma secara baik. Awak dah jumpa kebahagiaan jgn seksa org lain. Buat Erma..tabahkan hatimu. InSyaAllah.. kehidupanmu akan lebih bahagia..

        0

        0
  3. Anonymous says:

    May Allah bless all of you. Aamiin.

    0

    0
  4. adudu says:

    semoga jumpa jalan penyelesaian. amiin.

    0

    0
  5. jay says:

    Pendapat aku, mungkin ada sebab yg mbuatkn erma bertindak demikian..kerana klu dilihat Erma adalah seorg yg cukup tabah n wanita yang bjiwa kental..maybe ada something yg menguris perasaan dia yg mbuatkan dia berkata “Im Done’..hati seorg perempuan kita xkan tahu sbb sbb ramai yg mmilih untuk memendam perasaan dari menyuarakn isi hati..Mr.Bade, seeloknya ikutkn je lh apa yang dipinta oleh Erma..mungkin itu yg terbaik..u hilang Erma tp u still ada yg lg satu tu..tp Erma, walaupun dia kehilangan u, dia jugak still ada anak2 n org sekeliling dia yg akn jaga dia..pikirlh yg terbaik untuk kebaikan masing2..

    0

    0
  6. laughoutloud says:

    Klu ada antara 2 yg perlu di pilih. Pilih yg kedua. Jika benar cinta pada yg pertama. Takkan ada yg kedua~

    0

    0
    • Anonymous says:

      Adoii kuar balik perumpamaan bodoh mana kau dapat ni. Sila luaskan pandangan.
      Terlalu banyak sebab adanya bini kedua, cinta mati cinta habis cinta sejati pada isteri pertama pun tidak semestinya lelaki itu tak ada potensi pasang kedua.

      0

      0
  7. hotmama says:

    Please let her go. She had thought deep and thoroughly before this decision. If she still needs and wants to be with you, she will return. Give her peace of mind. You could continue to care and love her and the children.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Sudahlah bade..ceraikan saja erma…apa lagi yg kau nk?Kau yg gatal sngt nak kwn lagi kan…takde sorang pompan pun yg sanggup di madu..ini nasihat aku…dengar baik2..kalau kau diberi peluang pilih dua wnita..pilihlah yg kedua kerana kalau kau sayang yg pertama kau takkan ambil yg kedua..so apa lagi..ceraikan je.jgn dayus..

    0

    0
  9. fifizafa says:

    mak cun best

    0

    0
  10. maria says:

    bukan senang share husband. si laki nya pun lepaskan jerla, sian erma tue.

    0

    0
  11. anak konon says:

    ALASAN LA LELAKI MELAYU NI….KAWIN SEBAB NAK ANAK KONON….BILA ANAK DAH BERDERET KORANG GATAL NAK KAWIN JUGAK !!

    RASULULLAH KAWIN BUKAN SEBAB ANAK BUKAN SEBAB SEX KAWIN SEBAB NAK MEMBELA JANDA JANDA TUA…..CUMA AISYAH AJE ISTERI RASULULLAH YANG DARA TU PUN RASULULLAH BERNIKAH ATAS PERINTAH ALLAH…TAKDE ANAK PUN DENGAN AISYAH…

    SEBETULNYA KEBANYAKKAN LELAKI MELAYU NI KUAT SEX TAPI LEMAH IMAN….MAAF CAKAP…BERKATA BENAR WALAU PAHIT

    SO LELAKI MELAYU PLEASE LA ALASAN KORANG NAK BERPOLIGAMI NI GELIIIIIIIIIIIIIIIIII NAK DENGAR ….RUBBISH TUIHHHH

    0

    0
  12. nak cuit sikit says:

    pada pendapat aku la yg jahil ni…jodoh ni memang dah ditulis itu jodoh yang takde halangan rintangan dan sebagainya jodoh yang tiba tiba hadir tanpa dirancang tapi kalau sebelum kawin bertarik rambut berebut jantan…ada masalah dengan bakal mak mertua..saudara mara tak suka…kawin pun paksa jantan untuk kawin …itu bukan jodoh yang ditetapkan itu jodoh dipaksa…macam mati jugak ada mati dah ditakdirkan ada mati bunuh diri… mati dipaksa…..samalah macam jodoh pn…kalau dah tau laki orang ko rampas jugak…kalau dah tau boyprend orang kau nak jugak..kalau dah tau bakal mak mertua tak suka ko nak jugak ..kalau dah tau isteri tak suka poligami ko nak jugak…itu la jodoh dipaksa…kalau ketentuan Allah mesti dengan sendirinya jadi mudah dan redha….thats my opinion la..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    boooo bade boooo…

    0

    0
  14. dotdot says:

    kembali pada satu..sejak kita dr dlm perut ibu lg,ALLAH S.W.T telah tentukan perjalanan hidup kita. Jodoh,ajal semua kehendak tuhan,kita hanya merancang TETAPI ALLAH S.W.T yg tentukan..

    0

    0
  15. Elsa says:

    let it go..let it go..can’t hold it back anymore..

    0

    0
  16. feredea says:

    Kesian pada Erma, hatinya tertekan…kalau bade sayangkan erma …buatlah sesuatu yang dia nak.

    0

    0