Written by Bella | June 11th, 2015

Pengarah dan penerbit popular Erma Fatima telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Hj Azmi di Mahkamah Rendah Syariah selepas 24 tahun mendirikan rumah tangga.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, selaku plaintif memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Walaubagaimanapun, Bade gagal untuk menghadirkan diri pada sebutan pertama kes mereka dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur membenarkan Erma untuk mengeluarkan notis amaran terhadap suaminya itu selepas tiada alasan kukuh yang diberikan oleh Bade ke atas ketidakhadiran beliau tadi.

Peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.

Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma yang hadir lengkap berjubah hitam dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung tetapi enggan memberikan kenyataan kepada pihak media dan segera meninggalkan perkarangan mahkamah. Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Ogos depan.

Erma Fatima dan Bade mendirikan rumah tangga pada 30 November 1990. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sendiri sepanjang perkahwinan tetapi mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Pada awal tahun 2014, Bade sekali lagi telah mendirikan rumah tangga bersama  Aida Abdul berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia 6 bulan.

Sumber Berita: mStar Online

 

50 responses to Erma Fatima Failkan Permohonan Cerai

  1. Anonymous says:

    btudung tpi bgambo dgn patung budha ke tu?? sygnya umh tgga yg dibina skian lma.. mungkin bade jrg blk ke umh ema kot.. dh ada ank kcikkn.. mcm bos aku la bini ptama… laki kwin 2 tpi x blk2 umh bini ptama.. ksian.. meroyan ari2 kt opis..

    0

    0
    • Mat sahdo says:

      madu memang racun bagi seorang yg bergelar isteri pertama.
      oleh itu baik sendirian saja. jangan jadi barang second-hand.

      0

      0
      • melati says:

        ko pun dah nak menopause kan, baik undur diri saja. x payah jd superwoman lah ye. laki kalu dapt cipet baru, cipet basi sudah x diperlukan lagi. single is awesome.

        0

        0
        • Katijah Awang-Middleton says:

          typical malay men. reason given….old wife can’t produce babies.
          full of shit.

          0

          0
        • Anonymous says:

          ada terbaca gossip yg mengatakan yg dulu, waktu zaman erma muda, dia pernah ada skandal dgn suami org sebelum si bade ni dan pada masa yg sama isteri lelaki itu pula sedang mengandung. entah la nak komen backup erma ni pun jadi susah, ni semua kerja allah. mungkin allah murkha. who knows…

          0

          0
        • Kiah Kongo says:

          pengajarannya disini, tiada apa yg kekal dlm dunia ni ye!

          kak erma kira untung la allah swt meminjamkan si bade ni 24 th. sesetengah retis2 tu, kawin x sampai 2 tahun..terkandas.

          ada rahmat setiap yg berlaku, cari rahmat itu…

          0

          0
        • Jemah says:

          Jgn sakiti hati orang lain ….karma allah pasti…jgn amik hak org…kelak hak sendiri akan diambil…jgn runtuhkan rumahtangga orang kerana ingin kejar bahagia yang dicipta kerana airmata org lain….ingt2…dunia bulat…hari ni kau diatas..pasti satu hari kau akan tergolek kebawah….dan ingt2….hari ini kau ketawa puas…satu hari kau akan menangis…pesan ku pada angin…….

          0

          0
        • Anonymous says:

          Bade x datang sbb xnak bercerai ke mcm mana? Klu betul2 tak nak,pujuk la bini tu, kahwin 24thn dah, mmg susah la nak bercerai ni.. Pompuan ni cam kerak nasi, dia boleh terima ko kawen lagi satu, xkan susah sgt ko nak pujuk dia dgn sabar.. Nak seribu daya bang oii..

          0

          0
        • kak nita says:

          Kate dulu ok dimadu,,,karang lain plak critenye….Mungkin pada mulanya mengharap suami dapat berlaku adil. Tapi mungkin sudah semakin berat sebelah. Tabahlah duhai wanita.

          0

          0
        • Anonymous says:

          takpe lah kak erma, bertabah lah. hari ini hari dia sis. nanti besok anak2 si badar dgn isteri muda tu pula akan merasa dugaan nya.
          allah swt maha kaya. redha saja…

          0

          0
      • Anonymous says:

        saharifah sahora…next? better now than later.

        0

        0
        • aku juga janda says:

          dgn mak mertua/ipar duai pun kekadang ada yg sentap menyentap, ni kan pula berkongsi madu/teman katil sama si suami. cerai je, ko erma bukan xde kerja. jadilah independent woman. no bad what.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Kadang2 perceraian tu lebih baik dari kita hidup barsama tanpa keiklasan….

          0

          0
    • Leha says:

      mungkin pada awal si erma ingat si suami boleh berlaku adil. tapi yg terjadi sebaliknya.

      0

      0
      • Anonymous says:

        bla bla bla…x kena batang hidung memang la senang uolsss cakap kan? yang i tahu…Kali pertama artis mohon cerai tkde cermin mata.. tabah la sis..

        0

        0
    • Lovelyvic says:

      Gambar tu kan kat Bali… patung tu trademark kat Bali…
      Sape je pi Bali kalo bergambo mesti ada termasuk gambo patung tu secara sengaja ataupun tak sengaja…
      Lagipun takde rosaknya akidah setakat bergambo ngan patung tu…
      Ini mesti ko tinggal kat kejiranan yang mengamuk suh turunkan lambang T kat gereja kan?
      Typical Malayssssssssssssssssssss

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tk salah pe ! cerai suda senang tkde laki ..

      0

      0
  2. Sporean Gurl says:

    bela anak2 angkat lebih mulia daripada menanggung suami dayus biawak hidup yg tak akan berlaku adil. puiii…i hate malay men.

    0

    0
    • kak chik says:

      Betul tu….kdg ank kandung belum tentu dpt jg parent kandung dgn baik….
      Yakinlah pasti ada hikmah dari Allah

      0

      0
      • Anonymous says:

        ala, bangsa asing pun sama la. cuma mereka x dibenarkan kawin 4 je. banyak yg bela skandal, buat perempuan simpanan.

        0

        0
        • women says:

          Setuju sgt

          0

          0
        • women says:

          Hidup bermadu mmg ssh kdg2 sebagai isteri pertama kita rasa terabai…sblm ni sya sndri pernah bermadu selama 8 tahun…saya sebagai isteri pertama mmg perlu byk bersabar apa tah lagi klu suami dh punya anak dgn isteri yg ke 2…bila kita dh cuba buat baik dgn madu tu pula last2 kita x d hargaai …mmg amat sedih..jln terakhir sya buat ialah failkan cerai kt mahkamah…bila sya dh tinggalkn suami baru skg dia menyesal pula…nk rujuk blk..tapi hati dh hancur sampai bila2 x mungkin kami kn bersama kembali…ini sya jadikan pengalaman hidup yg x mungkin dpt d lupakn buat selamanya…

          0

          0
    • anti polygamy says:

      honey, it is all about sex….mana ada lelaki malaysia 100% cinta dan setia?
      semuanya pikir nafsu seks dulu. sorry, ini fakta.

      0

      0
    • anon says:

      Hai sporean gurl, zack dah drag ur head out of mat shado ass? Yeah supported Aidil si dayus dan kutuk rita, layak makan tahi Sahdo!

      0

      0
    • man says:

      Mat sahdo beruk akhirat, dah puas makan tahi zack dan sporean gurl? Jgn fikir Allah tak tau apa yg ko kutuk rita berok dan mcm2 lagi…ko tunggu balasan dari Allah dunia akhirat!

      0

      0
    • mimi says:

      Hipokrit betul sporean gurl! Kan ko sokong Aidil si dayus. Nasib baik rita dah pisah sama lelaki dayustu.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    laki x balik rumah, dok berkampung di rumah bini baru. bini tua mana yg tahan ken?

    0

    0
  4. Sedih says:

    Kasian Erma…tentu sakit hidup bermadu, kecuali jadi isteri terakhir..

    0

    0
    • anom says:

      Kalau camtu bade kahwin lg satu lah..sbb biasanya bila org buat kita…kita nak org tu rasa apa yg kita rasa…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Apa pulak bade kahwin lagi satunya? Dia memang dah ada 2 isteri dan MUNGKIN sebab tak berlaku adil la erma mohon cerai. Kalau dia kahwin ketiga apa kaitannya? Tak lagi sakit hati si erma? -.-

        0

        0
  5. peeiii says:

    walaupun xde zuriat sendiri….bela anak angkat sampai 5 kot….24 tahun hidup susah bersama….berpisah juga..sedih sob sob sob

    0

    0
  6. akuxnkmaduuuuu says:

    sakitnya ku di sini d dlm hati.. sakittt… sakitttttttttt

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Klu perpisahan itu menenangkan, lebih baik berpisah daripada makan hati berulam jantung setiap hari.
    Dia wanita berkerjaya. Teruskan hidup bersendirian jika itu mendatangkan kebahagiaan.
    Tak usah diharap pada lelaki yg terang2 gagal memahami maksud poligami.

    0

    0
  8. gigi emas says:

    ustaz sakai2 tak nak comment ke yg erma berdiri depan patung buddha? Kan banyak sangat uztaz me segera yang kuat berkhutbah dan keluar fatwa2 sesat, apa lgi nak tunggu….comment la, cepat sikit

    0

    0
    • batu giling says:

      apasal patung buddha nk jadi isu? buddha bukan agama. ia adalah ideologi. please…get your fact right sebelum jd batu api.

      0

      0
  9. haters says:

    Suka la si Aidae tu..aku harap ko puas hati buat diorg cerai berai..jgn jadi mcm zareema pulak ye..lepas bercerai pun dibayangi ex lama laki sendiri..dlm ig bukan main tunjuk2 ko romantik dgn Bade..dr ig ko tu dah nampak ko pompuan mcm mana..meroyan berebut laki..bangga beno ko boleh mengandung zuriat bade kan?!..ini hari hari k.erma…esok lusa sape tahu kan.

    0

    0
  10. abby says:

    tabah lah kak erma, teruskan berkarya, jangan putus asa dan semangat.

    0

    0
  11. munah says:

    Jadikan salleh yaakob dan asraf muslim sebagai model dalam hidup poligami….bye

    0

    0
    • cikpah says:

      Tak layaklah diaorang tu nak jadi model hidup poligami. Rasullullah model terhebat.

      0

      0
  12. Kak timah lambong says:

    Kejap.. Akak konfius..
    Nama anak angkat dia yg sulung tu kan Ahmad Albab? Ex-boipren sakinah tu. Mana pulak dtg syamil ikhwan?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Zaman sekarang ni ada ke isteri2 orang yang berpoligami bahagia. Mungkin bagi si suami best la sebab ada pilihan setiap malam untuk melepaskan nafsu. Tapi bagi seorang pompuan, macam mana baik sekali pun pasti akan terlintas di hati rasa sedih pilu bila suami dia di memberi nafkah zahir dan batin pada orang lain. Selalunya mereka ni nampak saja happy bila didepan suami maupun orang lain. Bila di tanya …bahagia. Kami macam adik beradik. Tapi di dalam hati hanya tuhan saje yang tau betapa sedihnya mereka.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    madu indah buat yg isteri kedua.
    madu pahit buat yg isteri tua.

    0

    0
  15. zarema says:

    jgn ckp indah bg bini kedua..ada binu kedua yg teraniaya

    0

    0
  16. frinses says:

    suami bukan hak mutlak isteri..

    0

    0
    • Anonymous says:

      suami hak mutlak si perampas.. erk?

      0

      0
    • naa says:

      isteri pun bukan hak mutlak suami. Tiada penguasaan hak selama mana tanggungjawab terabai. Its about respinsibity towards people entrusted under your care by law or blood, not about rights of ownership

      0

      0
  17. nana says:

    Setiap yg terjadi mesti ada hikmahnya. Bila putusnya cinta dgn manusia, cinta kpd allah akan menjadi lebih erat. Kdg2 bila bahagia dgn manusia, kita abaikan hbgn dgn maha pencipta. Mungkin ini cara allah menegur kita sebagai hambanya. Ini tanda2 allah masih kasihkan kita.

    Bila berkahwin, jgn sekali2 letak cinta kpd psgn di tmpt tertinggi. Letak la cinta kpd allah & rasul yg plg utama. Jd bila psgn buat hal, kita masih ada cinta allah & xde la sedih sgt.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    yehaaaa.. no 2 dah jadik no 1.. !!!!

    0

    0
  19. anon says:

    Kdg2 perceraian adelah jalan terbaik. Buat ape hidup bermadu kalau suami tak berlaku adil & sentiasa tension. Hidup sendirian lagi baik kot. Lagipun suami dah ade keluarga baru, yg tua mcm dah tak berguna. Suami mesti lebihkan anak2 dari darah dagingnya dari segala segi, lbh2 lagi kaseh syg, drp anak angkat.,
    Tak pe lah erma, dah ketentuan mcm tu, terima jelah, lagipun bknnya erma dpt tanggung diri sendiri. Buat ape ade laki kalau hidup tidak tenang…

    0

    0
  20. mrs pip says:

    semoga kak erma tabah melalui semua dugaan ni …. berpoligami itu dihalalkan allah, jadi janganlah terlalu membenci poligami … ada sebab kenapa allah benarkan poligami …. mungkin dudah qada dan qadar kak erma berpoligami dan kemudian bercerai, semuanya pasti ada sebab… anggaplah ini ujian allah pada mereka di dunia … kita ni pun, janganlah asyik salahkan bade, atau aida, atau kak erma … hanya allah yang maha mengetahui … doakan saja yang baik baik untuk mereka semua. peace.

    0

    0