Written by AbangNara | June 11th, 2015

Erma Fatima dan Bade adalah pasangan suami isteri sejak 30 November 1990. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata mereka sendiri namun mereka mempunyai 5 orang anak angkat. Tahun lalu, Bade telah pun berkahwin buat kali kedua dengan Aida dan telah dikurniakan cahaya mata. Secara pandangan mata kasar, hubungan Erma Fatima dan madunya, Aida kelihatan sangat baik dan mesra.

erma fatima dan bade bercerai

Walaupun begitu, dilaporkan hari ini Erma Fatima dan Bade bakal bercerai. Proses penceraian akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur. Ditanya tentang perkara ini, Erma enggan mengulas namun mengesahkan akan hadir ke mahkamah. Kata Erma:-

Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah…

erma fatima cerai

Semoga apa yang dilaporkan ini adalah tidak benar dan pemergian Erma serta Bade ke mahkamah adalah untuk menguruskan perkara lain. Rugi rasanya apabila perkahwinan yang dibina bertahun-tahun hancur musnah begitu sahaja. Semoga ada jalan damai buat mereka semua. Sama-samalah kita doakan. Sumber Mstar Online.

P.S: Makan mi di tengah-tengah pergaduhan kongsi gelap

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Erma Fatima & Bade Bakal Bercerai Hari Ini?

  1. Joyah Pok Pek says:

    Dah asyik berat sebelah sana sahaja sapa tak makan hati..bini muda semua di lebih-lebihkan..memang lah yang sana ada anak kandung sendiri tpi kasih syg sama rata lah, dengan bini pun kenalah sama..kalau tak x kn isteri pertama pergi mahkamah syariah

    0

    0
    • ani says:

      statement bini muda–> sblm kawin, sume xkisah, sume rela…bile dh kawin, sume nye die nk conquer..dari xkisah, sume nye jadi berkisah…

      0

      0
      • Anonymous says:

        0

        0
        • Mat Sahdo says:

          madu…ada yg manis ada yang payau.

          0

          0
        • Siti says:

          kesian nya. habis madu sepah dibuang. poyo punya suami. alasan nak kawin lagi sbb isteri tak mampu bekal zuriat. alasan yg sudah biasa dipakai.

          0

          0
        • Anonymous says:

          erma kena lebih senyum. laki mana tahan dpt isteri muka masam mencuka cemni. dah la garang…

          0

          0
        • Anonymous says:

          aku rasa si erma ni ingat si bade masih boleh kasi nafkah/berlaku adil lepas bermadu…tetapi si suami dapat apam baru, apam lama tidak diguna pakai lagi. apam lama rasa tersisih…..

          0

          0
    • Anonymous says:

      kalau bercerai pon takpe lah dari makan hati kalau suami berat sebelah kan..
      ape2 kita doakan yg terbaek buat mereka..
      irma pon boleh survive sendiri..walaupon takde zuriat sendiri.
      golongan yg mendapat syafaat nabi di akhirat nanti kerana tiada zuriat

      0

      0
      • Kiah Kongo says:

        Madu itu manis tp pahit ditelan.. Lbh baik sendiri drpd bermadu. Sdgkan menantu dgn mertua pun kdg2 ada konflik, ini kan pula berkongsi teman setidur. Moga yg baik2 utk rumahtangga anda.

        0

        0
  2. Poppy says:

    Kesian Kak Cun. Kita as a wife walaupun redha tapi tetap makan hati suami beristeri lagi.. Tipulah tak sedih, tak marah kalau kena kongsi suami dgn org lain.

    0

    0
    • Lovelyvic says:

      Aku punya pepatah hidup senang je…
      Kalau kita bahagia dengan pasangan kita…
      Bercerai adalah jalan terbaik…
      Baik untuk kedua2 pihak, beri peluang untuk mulakan hidup baru…
      Buku baru, kisah baru, lembaran baru,,,
      Lagipun pmpn skang mampu berdiri atas kaki sendiri…
      Bukan menumpang senang atau bergantung hidup ngan sang suami..
      We are all the iron ladies…. stand for our happiness… stand for our right…

      0

      0
  3. Ismaiza says:

    Di permukaan nampak tenang…. di dasarnya bergelombang… hanya Allah sahaja yang tahu…

    0

    0
    • tecit says:

      Kemelut di muara kasih.

      Seandainya dapat kau selam sambil mentafsir tasik hatiku..
      Cuma tenang dipermukaan.. dan didasarnya…bergelora

      0

      0
  4. Tema Camelia says:

    lebih baik hidup dengan anak2, banyakkan ibadah dari menyusahkan diri dengan kerenah suami. Dah berumur camtu tak perlu dah nak mempertahankan so-called cinta.

    0

    0
  5. aku says:

    da ada baby mesti la suami lebihkan kat sana … lg pon x salah suami bkawin lg sebab awak x mampu nk bagi zuriat …. andai rasa di sisihkan jln perpisahan adalah yg terbaik …. mengalah utk sebuah ketenangan ….

    0

    0
    • Anonymous says:

      ape ke bodo sgt komen ko ni? sdp2 lk. ape ko bini kdua ke ape nih

      0

      0
    • erni says:

      sape kate xsalah.. kalo dh kawin 2 tu, kne la adil.. xkisah ape alasan sekalipn.. WAJIB berlaku adil..

      0

      0
    • LU PIKIR SENDIRI says:

      andai rasa di sisihkan jln perpisahan adalah yg terbaik …. mengalah utk sebuah ketenangan ….? AYAT APE NIH? KO NK RASA KE SUATU HARI NNT? INSYAALLAH AKU DOAKAN UTK KO…PUIII

      0

      0
      • jojo says:

        khen?tahpape. hbs nt jd bini,pstu pmpn tah dr mne2 menyelit msuk,tup2 jln perpisahan adlh trbaik???lol. cuba meh kt aku,aku pecahkn muka ko dlu bru aku dpt ketenangan.lol. bnyk cntk,org tu laki bini dr asl slma brthn2 lamanya,alih2 org len plk msuk khidpn mrka,bini tu lak kuar utk mngalah dmi ktenangan?bahlol gk ayt tu.lol. brpisah tu terserah,mgkn dh x suka,twr ht,atau merana. tp yg x thn ayt -> klu disisih,jln prpishn adlh trbaik & mngalah utk ktenangan. <– lol!! ce tuka n cari ayt yg lbh bernas dn tepat k.

        0

        0
      • maznah says:

        betul, sama2 kita doakan orang macam ni biar dia rasa pulak kalau bermadu

        0

        0
  6. kak chik says:

    Tak apelah redha kan….buatt aida kak chik doakan aida dpt madu2 yg lebih baik dari erma…bukankah apabila kita kehilangan sesuatu akan Allah gantikan dgn yg lebih baik

    0

    0
  7. nana says:

    poor kak ema

    0

    0
  8. LEXUS says:

    Aku ingat dulu si Erma ni bukan main bila bercakap. Dia ingat Bade tu dah selamat milik dia gamaknya. Konon tak kisah Bade kawen lain. Sekali member kawen betul-betul telan air liur. Sekarang dah tak tahan. Hidup bermadu bukan semudah bicara akak oi.

    0

    0
    • Anonymous says:

      jgn main cakap ikut sedap persepsi ko jek.. kita x tau apa masalah depa.. so diam n muhasabah itu lebih baik..

      0

      0
    • Tema Camelia says:

      dia cuba jadi kuat. orang yang ternampak kuat tu yang paling tersiksa hatinya.

      0

      0
  9. Anonymous says:

    suami kawin lagi sb mgkn x ad anak..bila dh kawin dh ad anak..bini pertama sedikit dmi sedikit d lupakan..klau dh jodoh dia org setakat d situ aje..nk wat cam ne..klau aku jadi erma pn ttp terluka..memg la pd zahirnya brgmbr brsama madu tersenyum lebar..tpi hati mane tahu…menangis d buatnya..kadang sedih jugak la sb sblm ni pn jarang dgr rumah tangga erma ni d landa badai…

    0

    0
  10. joun says:

    satu lagi kisah panas hari ni nara tak cover, isu gambar separuh togel artis tut!! dah meletops kat luar uoll.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Padan muka.

    0

    0
  12. Sakinye tul di sini.. says:

    berpoligami tu mudah tp utk adik tu susah..bapa mertua saya setelah 40tahun berkahwin dan anak2 dh berjaya blh amik bini org(pompuan tu sanggup bercerai dgn laki dia)..dok kat rmh pompuan tu aje,blk rmh bini tuasekejap2 je..geramnye..

    0

    0
    • kak chik says:

      Pandang dari sudut berbeza…ibu mertua sbnrnya jauh lebih beruntung..Allah pinjamkan dia lelaki yg muda gagah sihat dan kacak…perempuan yg dtg itu Allah pinjamkan lelaki yg tua dah berkedut dan mungkin jg sudah byk penyakit di bdn. Allah lebih mengetahui….mungkin saja perempuan itulah yg akn basuh berak kencing si bapa mertua…jd ank2 tidak perlu bergaduh sesama sendiri nanti siapa yg akn menjg bapa…

      0

      0
      • Anonymous says:

        tp…selalunya..tetap yg tua jaga akan jaga laki dia at last.. yg muda…pi cari org baru… tu hakikat dan berlaku selalu

        0

        0
  13. hanjjj says:

    biarlah, dia pon nak cr anak ikan jugek lepas ni, ko engat cek ta ngan erra je blh ngap anak ikan??? erma fatima lg meletop okayyyy, bekas primadona film no 1 malaysia, gitchewwww

    0

    0
  14. minah jambu sayang nenek says:

    kalau gitu failkn aje perceraian kt makamah habis cite n jangan di ingat2 lagi..jantan memang macm gitu..orang kawin bini muda dia pon nk berbini muda jugakk..laki lain adil tapi laki yg ini tidak adil huh ! pompan bahlol aje yg suka di madu pastu HIPOKRET depan laki n depan madu ..dlm hati menangis..stress..sakit hati..

    0

    0