Written by AbangNara | May 11th, 2015

Orang Melayu satu kebiasaan yang sebenarnya agak menjengkelkan. Bila seseorang itu tak kahwin, soalan yang sering diterima ialah, bila nak kahwin? Bila seseorang itu dah kahwin, soalan seterusnya ialah bila nak ada anak? Bila dah ada anak sorang, soalan selanjutnya ialah bila nak tambah lagi sorang? Terbaru bolehlah kita tambah di dalam soalan wajib ini ialah apabila disahkan hamil kembar, terus akan ada soalan/dakwaan “kau pergi buat rawatan kesuburan ek?”.

erin malek

Senang cerita sesetengah orang Melayu ini tak boleh duduk senang tengok orang lain. Mengandung salah, tak mengandung salah, mengandung kembar pun salah jugak. Itulah yang terjadi kepada Erin Malek yang kini sedang hamil anak kembar. Dirinya dituduh menjalani rawatan kesuburan di akaun sosial Instagram semata-mata kerana dimurahkan rezeki bakal menimang 2 cahaya mata sekaligus. Kata Erin:-

Perkahwinan kami masih baharu, jadi tidak perlu rasanya saya melakukan rawatan kesuburan untuk membolehkan kami segera menimang cahaya mata. Saya agak terkejut apabila cerita sebegitu, lagipun kedua-dua belah pihak keluarga memang ada gen kembar.

Saya sebenarnya tidak suka melayan komen negatif begini. Suami juga menasihatkan supaya tidak ambil pusing sangat kerana jika dilayan ia akan menjadi-jadi. Apa yang saya buat ialah buang dan kemudian sekat mereka yang membawa aura negatif daripada terus mengikuti laman Instagram saya.

erin malek
Sian kan? Di kesempatan ini Abang Nara mahu mengajak pembaca BeautifulNara agak membuang rasa dengki, geram, cemburu dan hasad kepada kehidupan orang lain. Kadangkala memang orang lain dimurahkan rezeki olehNya. Tak perlulah buat tuduhan pelik-pelik. Apa kata kita tumpang gembira dengan hidup orang lain? Sudah pasti hidup kita pun lebih tenang, tak ada simpan perasaan benci dalam hati. Tak gitu?

P.S: Ibu dukung anak lumpuh ke sekolah setiap hari

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Erin Malek Terkilan Dituduh Jalani Rawatan Kesuburan

  1. wannabe says:

    kalau dia buat rawatan kesuburan pun apa salahnyer..

    0

    0
  2. TipahDongDang says:

    Mulut orang biase la.
    Kalau nak tau family blah husband die memang ramai yang kembar. So tak mustahil la gen tu pon turun kat dia.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Penyokong tegar GST Ahmad Maslan mahu penyokong2 anti GST pindah ke bulan! Marilah kita sama2 menentang Najib kerana Muhiddin Yassin, Hishammudin dan Khairy pun mahu Pak Jib letak jawatan!!!

      0

      0
    • jeni says:

      Nak cakap husband dia mcm muka adudu…boboiboy.bye

      0

      0
  3. tipahdongdang says:

    Mulut orang biase la. Sabo je la.
    Kalau nak tau, family sebelah husband die memang ramai yang beranak kembar la. So tak mustahil la gen tu turun kat die.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Ala..dorang jelez la tu dorang x dpt anak kembar..

    0

    0
  5. aku says:

    biasala manusia…xboleh tgok org hidup lebih perfect dari diri sendiri
    erin ni dhla comel, kawin ngan llki hensem n kaya. xlama kawin mngandung, n kembar plak tu. makin bengkakla

    tuduhan xberasas. no worries erin, xda org percaya pun

    0

    0
  6. kecoh betul.... says:

    Sapa la yg mulakan isu remeh mcm ni. Kalau dia buat rawatan kesuburan pun hak dia la. Islam x larang pun malah sbg satu usaha utk hamil. X ada benda lain ke nk fikir smpi ambil kisah org subur @ x subur.
    Buat erin jgn ambil hati sgt dgn gosip2 mcm ni.

    0

    0
  7. Linda says:

    Kembar?? Laki dia tu ada kembar tak? Kalau ada aku nak buat laki.. Auuummmm

    0

    0
  8. zzz says:

    kur kur kur

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kenapa Erin kecil hati bila mengandung kembar. Sepatutnya gembira dapat anak kembar. Biarla apa orang nak kata. Yang penting pregnant . Macam Lisa Yusri pun ada yang mengatakan dia jalani rawatan kesuburan. Tapi gambar dia mengandung tak ada langsung.

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia bkn bekecil hati mengandung kembar, tp kecil ht org tuduh dia bukan2…

      0

      0
  10. Anonymous says:

    Bila dah mengandung ni jangan pakai skirt pendek lagi ye. Tak sesuai.

    0

    0
  11. Musykil says:

    Apesal lisa surirumah nak sorok sorok perut dia betul ke peknen tu

    0

    0
    • MusykilJugak says:

      Yusry bukan mandul ke? Dgn Erra dulu takde anak. Dgn Lisa Surihani pun takde anak.

      0

      0
  12. aku says:

    KLU DIA LAKUKAN RAWATAN TU KENAPA….HINA SANGAT KER RAWATAN TU…………LANTAK DIA LA

    0

    0
  13. hani says:

    ya Allah..pi lantak la dier nk wt rawatan ape pun..

    0

    0