Written by Bella | March 16th, 2015

Baru-baru ini, Erin Malek dikatakan sudah berbadan dua apabila sebuah foto imbasan kehamilan di tersebar di media sosial. Berdasarkan imbasan tersebut beliau nampaknya sedang hamil anak kembar. Berita tersebut sememangnya disambut dengan baik dan rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Erin atas kurniaan tersebut.

Walaubagaimanapun, Erin sebenarnya merasa agak sedih dan kesal kerana foto tersebut telah tersebar secara meluas sedangkan ia  hanya dikongsikan bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.

Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini.

Tidak pernah merancang mempunyai anak, Erin juga menepis dakwaan bahawa beliau dan suami Farriz Fauzy menjalani rawatan untuk memperolehi anak kembar.

Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.

Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.

Rezeki sudah tertulis untuk Erin Malek dan suami mendapat anak kembar tanpa memerlukan sebarang rawatan. Buat masa ini, adalah lebih baik untuk kita semua mendoakan kehamilan beliau sihat dan baik-baik sahaja pada peringkat awal ini.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

20 responses to Erin Malek Kesal Foto Imbasan Kehamilan Disebarkan

  1. aku says:

    tahniah….. semoga jadi ibu n ayah yg terbaik tuk anak2…. (^__^)

    0

    0
  2. bunga cengkih says:

    Tahniah..moga permata yg bakal lahir terdidik jiwanya dgn agama dan nilai murni yg baik..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    benda kecik jangan kesal kan… ade ramai org kat luar sane yg nak anak tapi tak dapat lagi.. awak kan artis normal la senang tersebar hal mcm ni…

    0

    0
  4. emy says:

    aih…kalau taknak tersebar,hang toksah la kongsi gambar tu at the first place..skarang ni,tak kira sedara mara ke,adik beradik ke,semua bukan leh caya sangat..lagi2 hang artis…memasing nak tumpang glemer hang ja..nak berbangga konon2 depa kenai hang…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    adudu?

    0

    0
  6. jeni says:

    Awak bukan lisa …jadi takder isu sangat key..btw tahniah dapatanak kembar.

    0

    0
  7. zabedah zabit says:

    oloh..kesal nak kesal..

    tak jadi apapun kalau share,..percaya sgt.. kalau itu rezeki ko..tayang mcmana pun ..ttp ada..tak percaya tuhan..nk ikut ckp org tua2

    0

    0
  8. Joyah Pok Pek says:

    Alah benda kecik pun nak kecoh..marah dan salhkan siapa yang share pic tu lah..dah kata share ahlo keluarga terdekat jek..dh dpt bersyukur lah Alhamdullilah

    0

    0
  9. Anonymous says:

    erin…aku rasa lah kan…ada kalangan sedara mara kau yg sebarkan…masa kisah kau berpoya2 dulu pun tersebar kan padahal majlis tu utk kwn2 dan sedara je kan…hmmm

    0

    0
  10. Tombak says:

    Mengade2.. Meluat

    0

    0
  11. Anonymous says:

    persoalannya disini ko yg upload kan gambar tu bukan org lain..so klu dh tersebar jgn nak salahkan org boleh x..now dah kahwin,dah bakal ada anak..duduk senyap2 kat rumah jaga laki n anak k..jgn nk meroyan sgt

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dia x upload la.. dia share kegembiraan dlm group wasep family/sedaramara then tersebar.. vodoh la ko nih..

      0

      0
  12. konfius says:

    Tapikan kalau kita period lewat seminggu.. ada kemungkinan ke pregnant..?? member aku bila lewat seminggu je dorang yakin pregnant.. bila check2 betul2 positif.. yg aku tahu kena tunggu sebulan genap lewat dtg bulan baru kita boleh yakin pregnant..

    0

    0
    • Anonymous says:

      bergantung kepada tahap kesuburan memasing.. haihhh..

      0

      0
    • pikapika pongpong says:

      Kalau regular cycle period, then lewat seminggu maybe pregnant.. ni kalau yang dah berkahwin.. tapi depends juga pada hormon badan seseorang.. kadang2 dipengaruhi stress dan sebagainya sbb tuh lambat period..

      dan tak semestinya kene tunggu sebulan genap untuk check.. lebih 10hari lambat period pn boleh check pregnant ke tidak.. yang penting check awal2 pagi masa baru bangun tido..

      0

      0
  13. massa says:

    kau orang perasaan tak? wajah suami Erin Malik ni ada ‘resemblance’ pelakon ………(lupalah nama awal dia) Sazli

    0

    0