Written by AbangNara | December 1st, 2011

Didik wanita, terdidik generasi. Begitulah kata-kata keramat program pencarian Ustazah Pilihan di Astro Oasis. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi demi mengejar cita-cita menjadi ikon Muslimah. Saban minggu kita menyaksikan penyingkiran demi penyingkiran, kini perjuangan empat calon finalis Ustazah Pilihan sudah sampai ke kemuncaknya.

ustazah pilihan

FINALIS USTAZAH PILIHAN

1.    SITI
2.    HIDAYA
3.    FIRUZ
4.    FIRA

SINOPSIS TUGASAN AKHIR
Finalis Ustazah Pilihan diberi tugasan terakhir untuk mendekati permasalahan dan implikasi nikah di sempadan. Ustazah Pilihan sebelum itu, dibawa ke Pejabat Agama Islam di Songkhla, Thailand untuk bertemu dengan juru nikah di sana dan sesi soal jawab diadakan bagi mengetahui prosedur pernikahan di sempadan dijalankan.

ustazah pilihan

Kemudian, mereka diberi taklimat oleh Konsul General Malaysia di Songkhla, Thailand untuk mengetahui apakah punca, faktor dan implikasi terhadap pernikahan di sempadan. Dengan kerjasama Konsulat General Malaysia, Ustazah Pilihan berpeluang untuk bertemu sendiri dan menemubual pasangan yang bernikah di sempadan.

Setiap finalis diberikan pasangan untuk mereka mengupas apakah permasalahan dan punca pasangan tersebut bernikah di sempadan disamping untuk mengetahui tindakan yang bakal pasangan tersebut akan lakukan selepas mendaftar pernikahan mereka di Konsulat termasuklah langkah-langkah yang bakal mereka ambil setelah pulang ke tanah air.

ustazah pilihan
Finalis turut berhadapan dengan cabaran seperti pasangan yang tidak mahu memberikan kerjasama. Walaubagaimanapun, mereka akhirnya bertemu dengan pasangan yang sanggup berkongsi cerita. Pelbagai cerita pahit dan manis telah pasangan ini berkongsi bersama finalis.

Selain itu, finalis juga berpeluang mengunjungi tempat-tempat perlancongan dan turut dibawa ke Perkampungan Islam Ban Nua, Songkhla, Thailand untuk beramah mesra dengan orang Islam di sana. Tujuannya ialah untuk mengetahui bagaimana keadaan orang-orang Islam disana terutamanya wanita menjalani kehidupan mereka.

Tugasan ini menyumbangkan 40 peratus daripada markah keseluruhan. 40 peratus lagi dinilai daripada ujian bertulis manakala baki 20 peratus dikira berdasarkan hujah yang disampaikan pada Raudhah Ustazah Pilihan yang bakal dijalankan secara langsung pada hari Khamis, 1 Disember ini bermula jam 9.00 malam di SACC, Shah Alam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Episod Akhir Ustazah Pilihan Jam 9 Malam Ini Di Astro Oasis

  1. calon pilihan says:

    wah…kene tgk ni ok! jgn tggu konsert retis aje.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 2
    • ai says:

      aku pelik nape ustaz x setuju pasal ustazah pilihan…bkn die sorang je tapi lain2 org gak…diorang kata imam muda masih boleh diterima tapi ustazah pilihan diorang kata mengarut…nnt aku check balik point2 nape diorang ckp mcm tu…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 1
      • zasyram says:

        aku pun nk tahu jgk…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
        • che irfan nazri tengku ahmad says:

          Maybe sebab kalau muncul dalam media, wanita pasti akan dieksploitasikan walaupun mereka adalah ustazah. Boleh tgok contoh ustazah celebrity skrg, dulu zuhud dan tawadhuk je, sekarang penampilan tidak lagi bersederhana dan ada unsur2 tabarruj: make up, fashion tudung dan lain2 hanya kerana mahu memenuhi kehendak media dan masyarakat.

          Sayyidatina fatimah pun pernah berkata ” Yang paling baik bagi wanita adalah tidak melihat dan tidak dilihat oleh lelaki”

          bukanlah bermaksud hak wanita islam dikongkong. This opinion is debatable.

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 68 Thumb down 2
        • Gorgon says:

          woi bang Naro oi! cakap2 pasal ustazah bile nak buang Ads budak bukak tetek tu!??

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 2
        • aziz says:

          ha’ah kan betul juga…dengan orang pompuan diberitahu supaya berhias untuk suami, tapi yang kita tengok baju, tudung, makeup mereka bila muncul di tv pun cantik2 je…

          Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
        • Fatimah says:

          BERBALIK PADA AKAR TUNTASNYA, USTAZAH PILIHAN MASIH DALAM KATEGORI RANCANGAN REALITI TV YG DIWAKILI PESERTA2 YANG BERMOTIFKAN GLEMER. TITIK.

          Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • syahadu says:

      alFatihah for Rara Zikry @ Zarith Nadhira. she passed away last night at 10pm.hope abg nara can post something about arwah. for more details- http://fatinbaharum.blogspot.com/2011/08/siapa-rara-zikry.html

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 4
  2. battgnie says:

    Have they covered issues like unwed mothers and baby dumping yet?

    To me this type of show mcm plastic jer, its all about the ratings. Baik tengok Tanyalah Ustaz/Ustazah.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 4
    • adie says:

      Hidden due to low comment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 20
      • farah says:

        Kenapa dgn baby dumping? Betul lah kan. Adeh.

        Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 1
      • farah says:

        baby dumping and unwed mother.

        Memang ada term macam itu.
        sila google.

        perlu ke ikut tatabahasa kalau nak bersastera sikit?

        *sorry salah topik. Pasal english tu pun nak komen ke. Adie tu dah cukup blajar?

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 1
      • battygnie says:

        “mana english dia pakai nie..”

        English language yg semua Malaysian guna kecuali ko.. hehe.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 2
      • miko says:

        miko: booooo!!! ko yang noob, pastu nak sound orang plak.
        booooooo!!!!!!!!!!!!!!!

        Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • handpon rosak says:

      errkkk…dumping…?..wink*** wink***

      Hot debate. What do you think? Thumb up 2 Thumb down 8
  3. didi says:

    kan bgs nara dok update info mcm ni,,ni dok jaja cerita yg xmemberansangkan minda ja,,smoga nara dpt ank solehah dan soleh,,bini tgh petnan tu post la cerita baik2,,klu post psl artis kot kang aura xsnonoh tu masuk ke baby dlm perut,,kan benih nara..so apa yg nara buat or cakap or fikir akan terpalit pada benih nara melalui hubungan klamin..klu antibody time tu positif maka nara akan bg posotif to bini dan anak,,klu negatif,,sndiri mau ingat la…so salurkan la yg baik2 to anak bini..ksian nt dorg jd mangsa sbb keja haram ko

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 7
  4. jom……kite tgk ramai2…….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
    • bujang says:

      x berapa berkenan Rancangan ni, sebab ustazah tu cikgu ugama, perempuan, walau pun tutup aurat tapi dipertontonkan nk. pilih sape yg. jadi juara.

      Maaf mungkin ramai yg. x setuju or marah kat aku tapi itulah realiti…….jadi bahan pertandingan.
      Kalau macam ustazah beri ceramah x kisahlah…….contoh dalam rancangan al-kuliyyah.
      tak ke rasa segan silu ustazah2 tu…..badan mak ai.. masing2 gedabak…….
      Xpayahlah masuk pertandingan……jadi ustazah curahkan ilmu pada murid2 itu pun dah terbaik,
      Biar Allah yg. akan memberi markah sama ada
      ikhlas / tidak.
      xelok riak dan menunjuk……memang aku x sokong.
      Gunakan ilmu dijalan yg. diredai……..
      x suka dislike ramai2……..aku x herrrrraannnnnn…

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  5. lala says:

    best ni..kita pom nk tau jgk sbb ape diorang kena kahwin kat sempadan tu

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  6. namie says:

    smoga sye pon dpt jd mcm dowg nie….pandai dlm agama…msh blaja ag nie..~amin

    Hot debate. What do you think? Thumb up 10 Thumb down 2
  7. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu tk minat ngan rancangan uztazah2 ni terima khaseh aje lah yeeeeeeeeeee..lov uuuuuuu !

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 62 Thumb down 35
  8. mixgirl says:

    BAGUS RANCANGAN NIE….BAIK UTK GOLONGAN MUSLIM…JGN DUK KEJAR DGN DUNIA…TP PFILKIR SIKIT ILMU UTK AKHIRAT….KLAU X TAU BYK BLAJARLAH SIKIT2 LAMA JD BUKIT…
    (SKADAR MGIGATI SSAMA MUSLIM)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 1
  9. zaiful says:

    yeahh..da final p0n..
    saye like ustazah fira..suke time die cakap..:)

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  10. siti Raja says:

    apa relevan rancangan ustazah pilihan ni??

    yg kaya, astro jugakkkk~~~

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 60 Thumb down 1
  11. farida says:

    Askm….emmm macam nieelah baru digelar ustazah….pakaian sopan, tudung labuh, akhlak baik, ilmu agama penuh…..macam nielah yg patut dijadiakan contoh kepada wanita2 yg mengaku beragama islam….Tahniah kepada suma ustazah2 pilihan!!!!!

    Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 9
  12. nisa says:

    alhamdulillah,,akhirnyew USTAZAH FIRA b’glar juara

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  13. hodohnara says:

    woi nara..ko kan biasa bw citer2 maksiat je..janji masyuk…ni apahal plak masuk citer ustazah ni..tercalar rancangan ni sbb ko buat coverage..bertaubatlah nara..ustaz azhar idrus pun dh komen psl blog ko ni..ingat skit awak tu nk ada anak x lama lg..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 4 Thumb down 11
    • xara says:

      eh, ko tolong bace blog nie sekarang. .tajuk post : dakwah social network~

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
    • xara says:

      eh, ko bukak blog nie sekarang. .bce post : dakwah social network.
      http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • xara says:

      Makin lama kan aku tengok makin ramai ustaz and ustazah kat social network.
      Nak berdakwah and nasihat-menasihati tu memang baik.
      Kata-kata yang benar tu walaupun pedih tapi kalau betul, memang harus disampaikan jugak.
      Betul la tu.

      Tapi cara penyampaian yang macamana yang sesuai untuk berdakwah ni?

      “Ustazah and ustaz pilihan” ni kebanyakkannya ambik yang surface je.
      Oh pandai nak kondem orang kemain lagi siap letak kata-kata Rasulullah saw bagai “Berkatalah yang benar walaupun pahit”.

      Heloooooo!
      Yang PAHIT tu adelah faktanya. Bukan kata-katanya.

      Tapi korang yang rajin “berdakwah” ni selalunya hantar PAHIT tu dari segi penyampaiannya!
      Kat mana berhemahnya dakwah tu kalau kau sebenarnya memalukan orang, mengguris hati orang?
      Tell me, kat mana berhemahnya?

      Hari tu aku nampak ada orang tag gamba awek si KFCM tu kat newsfeed.
      Well, memang awek tu pakaiannya seksi.
      Tapi perlu ke korang kenduri ramai-ramai kat situ?
      Kemain lagi sorang-sorang berlumba-lumba post ‘nasihat’. Sampai ada sorang perempuan tu dengan beraninya hantar komen “Beginikah perempuan yang nak dijadikan calon isteri wahai lelaki sekalian? Masyaallah”.

      Amboiiii. Perfectnya kau sampai nak komen orang macam tu sekali.

      That is not the way untuk bagi kesedaran ye sayang :)
      Orang tambah menyampah lagi ada.
      Yang pelik tu, yang rajin bagi ‘nasihat’ ni semua yang bertudung. Why eh?

      Bukan tak boleh nak nasihat orang.
      Tapi cara tu sangat tak kena.
      Kau macam lebih kepada nak malukan dia rather than menasihati.
      Tak boleh ke kau cakap “Cantik orangnya, kalau satu hari nanti dia bertudung mesti lagi cantik”.
      Tak susah kan nak berdakwah cara macam tu?
      Ke sebab kau sakit hati dia cantik and gojes?

      Ini lah jadinya kalau ada manusia sentiasa beranggapan diri dia adelah jauh lebih baik dari orang yang berada di depan dia. Kalau pun dia sexy, kalaupun dia liar, tak boleh ke kau ambik pendekatan lain nak menasihat?
      Ramai yang nak menasihat tapi kebanyakkannya tak kena gaya.
      Apa perlunya kau “nasihat”kan awek tu kat public kalau bukan untuk memalukan dia?
      Kau takde pendekatan yang lagi bijak ke?
      Nak nasihatkan orang pun kena guna akal dik.

      Lagi satu gamba saper ntah artis yang dulu gamba dia pakai baju nampak tepi tetek tu. Cantik budak tu tapi aku tak pernah tengok dia berlakon pun. Tapi selalu masuk paper. Yang couple dengan Shah Jaszle tu.

      Dulu ada budak tag gamba artis ni dengan kawan-kawan dia snap gamba depan cermin. Memang semua cantik-cantik. Bergaya.
      Ada sorang mamat ni komen “Cantiknya. Kalau lah jadi awek aku…”
      Dan-dan tu ada pompuan reply “Bangga ke dapat awek macam ni? Dedah-dedah macam ni?”

      Eh eh.
      Kau pulak yang sakit hati.

      Pastu terus kat bawah-bawah tu berbalas-balas “dakwah and nasihat”.
      Ujung-ujung aku rasa masing-masing bukan nak menasihat pun, tapi lebih kepada nak tunjuk pandai. Aku yang baca pun naik confuse.

      Awek tu seksi-meksi memang kita semua nampak dah jelas dan nyata kat mana kesalahan dia. Tapi kita yang bertutup litup ni selalunya tak berapa nak nampak kesalahan kita kat mana sebab kita rasa kita dah buat benda-benda yang dituntut agama.
      Ingat ye, Tuhan kalau nak campakkan iman dalam hati sesaper, sekelip mata je orang tu boleh berubah. Kalau DIA nak kita, DIA akan tunjukkan. Kalau DIA taknak kita pun tak susah kalau DIA nak tunjukkan. Dah banyak dah cerita-cerita dalam kisah Nabi yang kita boleh jadikan teladan. Kisah pelacur yang Allah janjikan syurga sebab dia tolong anjing, kisah pendeta Yahudi yang tak sempat bersolat tapi dijanjikan syurga, and kisah orang yang suka melepak main kad tapi dapat syurga.

      Kisah ni best, meh aku ceritakan kepada sesiapa yang belum tau.

      Cerita dia gini.
      Ada sorang alim ni kat Mekah dapat mimpi dari Rasulullah saw.
      Nabi pesan carik si polan bin si polan kat negara mana ntah and sampaikan kat dia bahawa Allah janjikan syurga untuk dia.
      This alim guy pun carik, and jumpa.
      Tapi masa dia jumpa laki tu, laki tu tengah melepak main kad.
      Dia tak jadi nak dekat.
      Dia rasa mungkin dia silap.
      Malam tu dia mimpi lagi.
      Esoknya dia nampak laki ni dari pagi sampai tengahari dok main kad ngan kawan-kawan.
      Dia tak jadi nak datang dekat.
      Malam tu lagi sekali dia mimpi.
      Esoknya, dia jumpa laki tu.
      Dia kata dia mimpi Rasulullah saw minta sampaikan bahawa Allah janjikan syurga untuknya.
      Menangis lelaki tu.
      Lelaki alim tu tanya apa amalan dia yang membuatkan dia dapat syurga sedangkan dari pagi sampai ke tengahari dia dok main kad.
      Laki tu taknak cakap pada mulanya, lepas didesak baru dia cakap.
      Dia kata, setiap kali dia dapat gaji, separuh dari wang gaji dia akan peruntukkan untuk bantu sorang perempuan berstatus balu yang anaknya ramai. Dia bagi makan, sediakan keperluan-keperluan lain selama 12 tahun lamanya dia buat keje ni tanpa isteri dia tau. Isteri dia tak pernah tau sebab dia tak pernah abaikan keperluan di rumah sendiri. In fact, takde sorang pun yang tau melainkan orang yang dia bantu tu.
      Atas sebab itulah Tuhan janjikan dia syurga.

      Sebab tu kita jangan perlekehkan orang lain. Kita sendiri tak tau amalan-amalan kita ni Allah terima atau tak. Kita cuma kena terus beruasaha. At the same time, rasanya tak perlula kot nak perkecilkan orang lain. Kita tak tau mungkin ada amalan dia yang Allah redha. Kalau kita rasa kita tak dapat nak bezakan antara dakwah dan dengki, baik kita berdoa dalam hati je. Mintak kebaikan untuk dia dan diri kita sendiri supaya masing-masing menjadi lebih baik.
      -credit goes to : http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 1
  14. NakKomenGak says:

    Sape yang menang??? x dapt tengok…=(

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. mkh says:

    matlamat tidak menghalalkan cara~

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  16. amelia imran agil says:

    jgn pk yg negatif aje , klu nak tahu byk perkara dpt dipelajari drpd program ni… program ni bkn untuk mereka yg mahu menjadi ustazah pilihan, sebaliknya kaum wanita diluar juga dpt menimba ilmu, ini juga di panggil berdakwah….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  17. Ustaz Faiz Akhtar says:

    Go go… Ustazah Firuz Akhtar!!! The Champion of Ustazah!!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  18. pasbs2 says:

    Salam tahniah atas pernikahan yang glamour dan mungkin termahal di Malaysia tahun ini. Semoga berkekalah sehingga akhir hayat

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2