Written by AbangNara | March 11th, 2015

Satu ketika dahulu, Enot telah tampil menafikan dakwaan yang dirinya berpura-pura sakit kanser hanya untuk menagih simpati. Ingatkan selepas penafian tersebut, maka tamatlah fitnah dan dakwaan yang tidak berasas tersebut. Sayangnya Enot terus dilabel sebagai penipu di media sosial. Untuk makluman, Enot pada tahun lepas telah pun disahkan menghidap sakit kanser usus peringkat kedua. Namun selepas menjalani rawatan kanser secara traditional dan moden (kerjasama Yakult dan hospital di Tokyo), sakit kanser usus Enot semakin beransur pulih.

enot dan sakit kanser

Kalau Abang Nara jadi Enot, memang sedih juga diri ini dibuatnya. Iyerlah, kita sakit betul-betul, orang kata tipu. Keperitan dan kesakitan yang ditanggung kerana sakit kanser usus dah memang berat, ditambah pula dengan sakit hati kerana dilabel sebagai penipu. Memang perit jiwa ini. Kata Enot:-

Saya sudah sampai ke tahap malas hendak layan semua benda itu. Melampau sangat fitnah sesetengah orang itu di media sosial. Kalau tak sakit, buat apalah saya menipu sakit. Untuk apa saya tipu. Ini bukan benda main-main. Kalau saya nak cari publisiti ada banyak lagi gosip murahan lain yang boleh digunakan. Bukan dengan hal sakit dan serius begini.

Saya amat sedih dan kecil hati ada juga yang tak tahu kesengsaraan saya, tapi pandai-pandai memfitnah di media sosial. Memanglah depan orang saya nampak sihat, tapi di rumah hanya keluarga saja yang tahu. Saya pernah sampai ke tahap terlantar di rumah akibat penyakit ini, tapi tak ada siapa pun tahu melainkan anak-anak dan keluarga terdekat.

Tapi saya hanya diamkan diri dan tanggung sendiri. Sekali pun saya tak pernah buka cerita kepada orang lain. Orang di luar tetap kata dan fitnah macam-macam. Saya malas dan tak kuasa nak layan benda ini sebab penyakit ini lebih penting untuk saya ubati.

enot

Sedih la pulak Abang Nara baca kata-kata Enot ini. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kanser bukanlah satu penyakit yang boleh dibuat main-main. Kalau lambat dirawat, pasti akan membawa maut. Semoga sakit kanser usus Enot ini akan sembuh dengan segera. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

P.S: Raksasa juga punyai masalah

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

14 responses to Enot Sedih & Kecil Hati Fitnah Dirinya Menipu Sakit Kanser Terus Berleluasa

  1. nok gebuzzz says:

    sabar jer la…ni dugaan awak,harap awak cepat sembuh

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Motip Kate enot penipu? Ape Bukti nye?

    0

    0
  3. Anonymous says:

    dia scam! haha..

    0

    0
  4. mokcik says:

    mana ada berleluasa sangat…takdelah viral sangat cerita ni…apasal balik2 nak post.??..org dah lupa dah pun.. ni lah media ni..hmmm

    tapi lah enot..sabarje lah yea…n semoga cepat sembut

    0

    0
  5. minah jambu sayang nenek says:

    enot ni dia sakit kanser ape ? minah jambu tengok dia makin gemok ! biasa nye kalau orang ada sakit kanser badan dorang kurus kan ? Allah saje yg mengetahui segala nye..

    0

    0
    • Cancer Warrior says:

      Assalamualaikum Minah Jambu Sayang Nenek,

      Untuk menjawab persoalan anda, tidak semua pesakit kanser menjadi kurus. Saya adalah seorang pesakit kanser payudara peringkat 3. Selepas menjalani kemoterapi, berat badan saya naik lebih 10kg.

      Dikala selera makan hilang, berat badan tetap naik kerana ubat-ubatan yang masuk dalam badan menyebabkan “water retention”.

      Pendapat seperti yang anda utarakan ini adalah satu penyebab kenapa pesakit kanser merasa tersisih, malu dan “stress”. Menghidap penyakit kanser adalah dugaan yang amat berat, ditambah dengan kata-kata nista dari orang ramai boleh menyebabkan pesakit kanser yang lemah iman jadi putus asa.

      So please Minah Jambu Sayang Nenek, think twice before you post.

      0

      0
  6. liana says:

    tak rase dia tipu. mana ada org nak tipu kanser siap ckp buat treatment kat mana.. doakan enot cpt sembuh, inshaAllah. kanser ni tak kira umur. muda2 pun da bnyk kena.

    0

    0
  7. sophea loren says:

    Pesakit yg menjalani rawatan kanser ni, ada yg makin kurus, ada yg makin gemuk. Yg assumed semua jadi kurus melidi, bawak2 lah ziarah wad onkologi kat mana2 hospital. Sakit kanser pun mcm2 jenis, ubat pun mcm2 pesen.

    Tak guna pun menipu ada penyakit kanser sbb penyakit ni sangat menakutkan. Peluang utk sembuh 50-50. Semoga Enot terus kuat berjuang. Pekakkan telinga dari mendengar cemuhan orang. Yg penting, kurangkan stress.
    Speedy recovery Enot!

    0

    0
  8. sakit gigi says:

    Aku penah nmpk dia ni kt kenanga wholesale city bulan lepas. Tp tak pakai tudung, jln2 smbil mkn kuaci. Aku pulak nk beli tudung. Jadi apa kaitan aku dgn enot kt sini. Tp sumpah, mmg aku nmpk dia. Raut wajah mcm berserabut

    0

    0
  9. sakit gigi says:

    Aku penah nmpk dia ni kt kenanga wholesale city bulan lepas. Jln2 sambil mkn kuaci. Tp x pakai tudung. Aku pulak nk beli tudung. Jd apakah kaitannya kt sini. Tp sumpah mmg aku nmpk dia. Muka cam kusut pk masalah

    0

    0
  10. pipipioooo says:

    Org yg ckp dia tipu tu cube pikir..ad dia mtk derma or sumbangan utk ubati sakit dia ke.. Ad dia nyudahkan ko ke… Nape sakit ati dgn dia… Klo x caye ttup mulut dah la… Duk diam2.

    0

    0
  11. Anonymous says:

    siapa yg cakap dia tipu? tak pernah baca pun. ntah2 wartawan yg saje buat cerita…mengadu domba padahal takde apa2 sbnrnya…ntah2 di kalangan artis yg mengadu domba…

    0

    0
  12. anon says:

    Sapelah yg nak tipu dpt kanser. Wat main2 kan dpt betol baru tau. Kalau dia dah kata sakit tu, wat ape nak pertikaikan. Ape yg dia dpt kalau dia tipu….bukannya dia mintak derma pun mcm si arwah azean dulu…Ape2 pun harap enot cepat sembuh, pedulikan ape org kata…

    0

    0
  13. N says:

    arwah mak saya menghidap kanser usus. dia lambat pegi check. bila sampai stage keempat, baru pegi check. saya yg menjaga arwah di hospital dan berjumpa bermacam macam pesakit yg ada kanser. saya amat faham penderitaan penghidap kanser seperti enot. semoga enot tabah dgn dugaan ini. abaikan apa orang kata. sentiasa positif agar kanser tidak merebak.

    0

    0