Written by serenity | June 20th, 2016

Dakwaan serangan seksual terhadap pelakon popular Korea Park Yoo-chun- 30, semakin bertambah apabila dua orang lagi wanita tampil dengan dakwaan telah dirogol pelakon itu. Yoo-chun kini dikatakan telah merogol empat orang ‘mangsa’.

Media Korea melaporkan, menurut polis pada 18 Jun, pengadu ketiga dan keempat telah tampil untuk memfailkan pertuduhan berasingan terhadap Yoo-chun. Seorang wanita mendakwa Yoo-chun merogolnya dalam bilik air di sebuah pusat karaoke pada Februari 2015, manakala seorang lagi mendakwa dirogol Yoochun di bilik air rumah pelakon itu pada Jun 2014.

Kes-kes ini muncul hanya beberapa hari selepas seorang wanita berusia 20-an memfailkan laporan polis ke atas penghibur itu pada 10 Jun, mendakwa diserang secara seksual oleh Yoo-chun awal bulan ini dalam bilik air sebuah bar yang merupakan tempat kerja wanita itu.


Walaupun selepas itu wanita itu menarik balik pertuduhan, mengatakan ‘tiada paksaan dalam melakukan seks dengan Yoo-chun’, polis memberitahu akan meneruskan siasatan, memaklumkan bahawa yang dituduh masih boleh berhadapan pertuduhan jenayah. Polis turut memaklumkan pengadu boleh dihukum sekiranya membuat dakwaan palsu.

Walau bagaimanapun, pemfailan pertama membawa kepada kesan domino, di mana wanita kedua mendakwa dia akhirnya menemui semangat untuk membuat laporan polis setelah mengetahui tentang siasatan yang sedang dijalankan terhadap Yoo-chun. Wanita kedua memberitahu Yoochun menyerangnya secara seksual di sebuah bar tempat dia bekerja di Gangnam–serupa dengan dakwaan wanita pertama.

Sementara itu, lukisan berupa kartun sebuah tandas, seorang lelaki, serta beberapa watak dan objek yang tidak dapat dikenal pasti, dipercayai dilukis sendiri oleh Yoo-chun beberapa tahun lepas, telah menjadi viral di media sosial. Begitu juga dengan imej komen yang dibuat oleh seorang peminat luar Korea yang menulis, “kenapa Yoo-chun suka sangat lukis gambar tandas, LOL, apa motifnya?”

Yoo-chun merupakan seorang pelakon sangat popular di negara Asia, antaranya Jepun dan China.

Pegawai dari agensi bakat beliau, C-JeS Entertainment, terus menafikan tuduhan terhadap Yoo-chun, mempertahankan yang pelakon itu tidak bersalah. Mereka berkata tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah Yoo-chun secara lisan mahupun bertulis. Mereka berkata Yoo-chun memberitahu akan meninggalkan dunia hiburan sekiranya ada antara tuduhan ke atasnya didapati benar.

Yoo-chun buat masa ini sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di Pejabat Gangnam-gu di Seoul kerana menjalani khidmat ketenteraan.-beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 responses to Empat Wanita Tampil Dakwa Dirogol Pelakon Popular Korea, Park Yoo-chun

  1. kiahh terompah says:

    motif post ni ????

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      minah korea kebanyakan nye lepeh2 pon kena rogol ke ?

      0

      0
      • peminat yoo chun says:

        yooooo chunnnnnn kenapa buat mcm niiiiiii..betul keee ???
        nak mnangus niiiiii.. saya sayangggggg awakkkkkk !!!!

        0

        0
        • Awek kpop says:

          @nickname peminat yoo chun.
          Lol.. x payah jadi bodoh lah nak nangis bagai…. mat korea ni bukan kenal kau pun. Baik kau pergi puji Nabi Muhammad S.A.W sambil menangis pun x pe dapat pahala. Macam aku ni layan kpop tapi minat sampai situ jelah… x der berangan lebih2 mcm kau …sungguh x berbaloi lah.

          0

          0
        • amoi says:

          tetiba aku teringat citer entertainment..Ha-neul kena tuduh merogol BFF dia sdgkan mamat lain yg rogol…pehtu nak jatuhkan karier si Ha-neul x pasal plak bukak kes tu balik…alih2 kuar citer ni :P

          0

          0
        • amoi says:

          eh salah tajuk…Entertainer bukan Entertainment..kakakaka

          0

          0
  2. Black Cat says:

    Motifnya sebagai pengajaran untuk kita jgn trlalu taksub sgt dgn pelakon korea yg hensem/cantik dan KPOP sbagainya…

    0

    0
    • Anna says:

      setuju…minat2 jugak tapi xyah jadi buta sangat klu your favorite artist terlibat dgn jenayah. Artis mana2 pun sama. Ade yang baik ade gak yg cam setan.

      0

      0
    • Anna says:

      setuju…minat…minat jugak tapi xyah jadi buta sangat klu your favorite artist terlibat ngan jenayah. Artis kt mana2 pun sama. Ade yang baik ade yang cam setan

      0

      0
    • melati says:

      Black Cat bukan tahu aper2 pun . dia hentam jew ….menggong,,,!!

      0

      0
  3. aku says:

    tae yong..uhukk

    0

    0
  4. Siti Nur Jemah says:

    kalo dia ni yg merogol..aku pun nak…hehehehe

    0

    0
  5. kiahh terompah says:

    aku tak minat KPOP -______- sapa suruh pakai macam bogel . padan muka

    0

    0
    • Manusia says:

      Spe suruh iman tak kuat tak boleh kawal nafsu, kalau sebab bogel binatang pon bogel, g la rogol binatang yang bogel tu.

      0

      0
      • kiahh terompah says:

        nafsu dekat binatang dengan manusia tak sama laa cerdik oiii . mat korea ni tau pulakk pasal iman kan ???

        0

        0
  6. Anonymous says:

    Alahai mcm2…

    0

    0
  7. kikiki says:

    Aduhhh dlm blog BN pun masuk jgk artis korea??? Ape kes??

    0

    0
  8. valid info says:

    sebenarnya yoo chun ni xbuat apa2 pun cuma yoo chun ni dia bercinta dengan seorang artis ni..artis ni dia ex dia seorang mafia… kat korean ni klu slh jolok srg terbuan kerjaya akan jatuh juga… kasihan dia sbb bercinta dengan artis wanita ni dia pula yg kena

    0

    0
  9. sunshine says:

    kenapa kedua dua nya dalam toilet? hmm

    0

    0
  10. Hui says:

    Elok le tu.. Bukan tatau peminat fanatik dekat korea ni mcm mane, tegedik2 terjerit3 mcm nak pengsan.. Dah lelaki hensem becakap sikit, suke le.. Ape lagi dibawak nye ke toilet.. Baru kena buku dgn ruas..

    0

    0