Written by Bella | August 24th, 2016

Status hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong nampaknya akan terus menjadi teka teki apabila Kamal dalam kenyataan terbaru beliau  meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang dan masa untuk hubungan mereka bergerak dengan sendiri.

Jelas Kamal beliau berdiam diri bukan kerana ingin menyembunyikan sesuatu tetapi ada perkara yang lebih baik untuk tidak dikongsikan kepada umum.

Walaubagaimanapun, beliau berharap tiada pihak yang memanaskan lagi keadaan dengan menyebarkan berita tidak benar mengenai hubungan beliau dan Emma.

Saya berdiam diri, bukan bermakna saya sembunyikan apa-apa. Ada perkara yang tidak boleh dikongsi.

Saya menghargai hubungan ini. Sebab itu saya kata beri masa buat kami. Ada perkara yang mahu saya perbetulkan. Dalam masa yang sama saya tidak mahu orang di luar sana terus mengambil peluang menokok tambah kisah ini. Sebab itu saya sangat berhati-hati beri kenyataan, saya tidak mahu keruhkan keadaan.

Kamal pada masa yang sama berharap tiada lagi pihak yang mendesak Emma dengan pelbagai soalan kerana Emma merupakan seorang gadis yang baik serta tidak bersalah.

Apa-apa yang berlaku, semuanya salah saya. Saya tidak mahu ada orang lain cuba kaitan perkara ini dengan orang luar atau Emma sendiri.  Emma tak salah. Dia adalah seorang gadis yang baik, dan saya sangat selesa dengan dia sepanjang kami berhubungan.

Berbicara mengenai gosip orang ketiga didalam percintaan mereka, Kamal sekali lagi menegaskan agar tiada lagi yang mengaitkan nama Fathia dalam isu ini. Fathia bukanlah punca keretakan hubungannya dengan Emma.

Saya tidak tahu kenapa perkara ini timbul, tetapi saya minta jangan tuding kesalahan kepada orang lain selain saya seorang sahaja.  Saya tidak akan sorokkan apa-apa jika semuanya sudah jelas, cuma buat masa ini belum masanya saya kongsi. Jadi jangan buat spekulasi sendiri .

Seperti kata Kamal biarlah takdir yang menentukan pengakhiran hubungan mereka bagaimana nanti. Kadang-kadang cinta tidak semestinya memiliki. Ada cinta yang pergi tetapi tetap akan kembali kerana ada jodoh. Doakan yang terbaik buat Kamal dan Emma.

Sumber Berita : Utusan Online

25 responses to Emma Tidak Salah Dia Gadis Yang Baik, Jangan Bebankan Dia Dengan Pelbagai Soalan – Kamal Adli

  1. Anonymous says:

    Aku malu nk tgkp gambo duckface mlampau pastu org tgk lak tu.. ee malu…

    0

    0
    • johnny bravo says:

      Hmm….semua artis pun amik gambar wat duckface, cume ko tak suka emma je kan sb dia lawa. Masa artis lain wat duckface ko tak bising pulak…

      0

      0
      • zueeeee says:

        lawo mmg lawo. tapi bila igt perangai gitu, tukar ganti pakwe, sentuh bebas, jadi tak lawo. ermmm

        0

        0
  2. Anon says:

    zzzzz dulu dgn Intan pun cakap benda sama ! Hari2 ke kisah cinta dorang ni nak kena update? boring lah..

    0

    0
  3. anonymous says:

    kenapa pic ke 2 tu boleh nampak bahu emma sikit and macam leher dia pun x tutup tu??pakai tudung betul2 la ni gedik je memanjang aku tgk dia ngan kamal ni…

    0

    0
    • Anon1 says:

      tulah dulu fathia pergi overseas nampak rambut n leher macam tu pun kena kecam teruk, ni dahlah dekat gila ambik gambar dengan si kamal tu n then x tutup aurat…kalau comment mcm ni kat ig kamal tu mesti byk yg fans kamal or emma condemn ssbb emua duk puja dua ekor ni sampai dah x tahu apa yg betul n salah…puiii

      0

      0
    • Sojo says:

      Emma, kamal and dorang nye fans semua sama je aku tgk.. Pantang org tegur sikit nak melenting esp si kamal sendu ni. Da desperate sgt si kamal ni, yg si emma plak gatal sgt nk men ngan jantan pastu main tarik tali plak. Boleh plak bg statement x penah bercinta masih dlm sesi kenal kalu sesi kenal pon da cam apa bayangkan la kl bercinta ye. Ko dorang ni sama sendu harapkan michael ang ngan kontroversi je. Sian aku tgk

      0

      0
      • Anon says:

        Setuju sangat dorang ni memang pantang ditegur terus melenting kat ig tu especially kamal. kecoh betul..n yes si emma tu sekarang cakap yang dorang tak pernah declare tgh bercinta padahal dulu jugak yang ckp tunggu lampu hijau dari ayah utk kahwin dgn kamal..hmmm..

        0

        0
  4. melati says:

    muka Emma dh lew ok jkeww…dia buat plak memek muka cam tu , dh ,cm itik pulang petang …eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee Geliiiiinyaaaaaaaa..

    0

    0
  5. anon1 says:

    Kalau click dekat sumber artikel di atas boleh nampak kenyataan emma sedemikian:
    “Saya bukan mahu melenting pun, cuma saya keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan Fathia. Lepas tu dia tuduh pula saya tidak profesional kerana cemburukan dia. Logik ke saya macam itu?” tanya Emma, geram.
    hahhaha sejak bila pulak fathia cakap kau cemburukan dia? dia cuma ckp kalau betul apa yang org ckp dia org ketiga,kenalah professional.. yang dia sentap lebih and bengang kat fathia tu kenapa?? Fathia jawab je apa reporter tanya

    0

    0
  6. Éxøn says:

    Tu la…..lain kali kalau bercinta jgn la menunjuk2 sakan. Kalau tak jadi nanti kita yg malu sendiri. Pastu orang akan ungkit kisah cinta awak sampai seumur hidup. Contohi Fara Fauzana. Org pun boleh terima selapangnya. Peace no war.

    0

    0
  7. nilopa says:

    boring.

    0

    0
  8. hcubeshop says:

    so sweet lah Emma dengan Kamal nie..Dah macam pinang dibelah dua^-^

    0

    0
  9. loyalmalaysian says:

    lelaki muka mcm ni pon ….berlambak kat central market ….ape kecoh sgt….eee…move on u olls…

    0

    0
  10. alahai says:

    Klu dh tau dia baik..patutnya ko hargai..bkn nya 1st time ko buat prangai cmni..still lg x brubah..klu aku mcm ko ni kn..ke hulu ke hilir org dok sebut nm n prangai buruk, aku akan buktikan yg aku boleh berubah jd baik..biar buka mata org sikit, buka skali mata2 ex2 korg bdua, yg korg pun boleh bahagia..pompuan2 yg ko dapat pon mmg yg cantik2 n baik spatutnya ko jaga baik2..biar xde org nk perlekehkan ko merata tempat..ni x, ada je hal korg..brubah lh sikit prangai tu..alahaiiiii…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Takde siapa cakap emma budak jahat. Orang cuma cakap dia mengada & childish. Korang dedua ni memang sampah artis la. Bagus la dedua kahwin je terus. Menyampah gila dah sekarang asyik penuh gossip sampah korang berdua.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    emma mmg gedik

    0

    0
  13. Eeeee says:

    Mulut

    0

    0
  14. dexter says:

    Susahnya jadi perempuan terlebih cun sebab ramai betina2 yg tak cun jeles. Tu yg komen merapu2 kat sini. Biasalah melayu kan, kalau tak dengki busuk hati tak dinamakan melayu pulak kan.

    0

    0
  15. anon says:

    Emma cantek, mmg tak padan langsung dgn mamat tak hensem & tak berharta ni. Harap2 ada lelaki yg baik utk emma..
    Anyway, mamat ni jenis yg tak serius, tinggalkan je dia ni. Dulu kena dump dgn intan meroyanlah sekejap. Nanti meroyan lagi….

    0

    0
  16. susher says:

    anak yg dlm kategori bongsu/paling bongsu mmg childish, xleh nk wat decision gan firm..penilaian aku dr pengalaman.

    0

    0
  17. zabedah says:

    alahhhh kamal..kan senang klu cakap dah putus..abis cte.kau madah nak dolak dalik….hmmmmmmmmm.so bored.

    0

    0
  18. bodopiang says:

    acah2 nak jadi hero ..
    dulu pun mcm nih jugak
    org dah tau la game ko camna

    0

    0
  19. mamaraniaraisya says:

    kamal…. kalau u betul-betul berkenan n serius dengan ema maembong… pinang n nikah secepatnya…tiada istilah nak kenal hati budi lagi.. dah lama dah kot.. takkan tak kenal2 lagi….kalau kenal pun.. jangan letak harapan tinggi rumahtangga akan laki heaven bagai sebab rumahtangga mana yang tidak di timpa masalah…. jangan permain anak dara orang lama-lama… kesian la kat bapak dia…

    0

    0