Written by Bella | February 28th, 2015

Beberapa hari lepas, Mamat Khalid telah meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dua watak utama dalam filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangladesh iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak tidak dapat memberikan komitment bagi menghadiri malam tayangan perdana filem tersebut.

Susulan hal tersebut, hari ini Emma Maembong telah menjelaskan sebab tertentu mengapa beliau tidak dapat hadir.

 Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya.

Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.

Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri.

Emma turut merasa kecewa apabila pihak Mamat Khalid enggan menceritakan perkara sebenar dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Jika jadual sudah ketat, macam mana lagi nak hadir acara tersebut. Tidak dapat dinafikan mungkin pengarah filem akan kecewa bila pelakon utama tidak dapat hadir, tetapi kedua-dua pihak harus saling memahami. Industri hiburan di Malaysia ini kecil. Tiada guna kita bermasam muka.

Sumber Berita&Foto: BH ONLINE

10 responses to Emma Maembong Tampil Mohon Maaf Pada Mamat Khalid

  1. Shhh says:

    next!!!!!!!!!!!!!!!!!!…tak habis2 cerita pasal si emma ni..pasni kan zizan bukak plak cerita sya dgn emma masih bersama..pastu emma balas balik..pastu kan mamat khalid plak menyampuk..pastu blah22222222222222222222…ini semua gosip murahan utk artis yg tak da kelas mcm zizang ngan emma ni…tunjukkan bakat korg blh diiktiraf menjadi yg terbaik…asik melalak je kat laman sosial..si emma ni sejak dri dia masuk tak habis2 dgn kontroversi..smpi keluarga masuk cmpur…

    0

    0
    • haha says:

      Ko NEXT nak cite pasal apa? Cer citer… Cer taip… Masuk blog hiburan, dunia hiburan M’sia ni dah mmg citer cenggini, ko nak expect pelakon A masuk Harvard? Penyayi B derma mangsa banjir 6 Juta? Pelawak C kahwin pastu populariti tiba2 naik ke puncak balik?

      0

      0
  2. Anonymous says:

    filem pertama ke?

    0

    0
  3. koko says:

    baru filem pertama dah nk poyo si fatimah ni. -.- x yah la cerita pasal timah ni..bosann..-.-“

    0

    0
  4. awan nano says:

    ermm..tajuk mcm tak sesuai dgn isi kandungan. tercari2 juga mana part mohon maaf tu. ke mata aku yg terlepas pandang… kalau bagi penjelasan mengapa tak dpt datang, adalah kot.

    0

    0
  5. Melody says:

    Boring…….

    0

    0
  6. hauwau says:

    bengong….ni bukan memohon maap…meminta belas kesian ni nama nye..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    fatimah ohh fatimah @ emma…kerlasss gitu…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
    Nama Glamor: Emma Ma’embong
    kan sedap pgl fatimah ni x duk emma jer..glamour sgt konon…

    0

    0
  9. Et mieux, les thèmes sont maintenant offers
    en 16:9.

    0

    0