Written by serenity | April 13th, 2015

Kontroversi yang melanda Zizan Razak kala ini berlaku dua bulan selepas percintaannya dengan pelakon Emma Maembong putus. Mungkin disebabkan itu terdapat desas-desus kontroversi pendedahan ini dirancang oleh bekas kekasihnya itu bagi menjatuhkan Zizan.

 photo 11084654_816571645046194_2015901715_n.jpg

Ketika ditanya oleh Zuan Azmi dalam program Melodi TV3 sama ada benar Emma mengenali dua wanita yang membuat pendedahan mengenai kelakuan Zizan, pelakon itu memberitahu:

Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh.

Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma.

Ketika ditanya sama ada Emma menyimpan dendam disebabkan dakwaan Zizan tidak suka Emma hingga pernah meninggalkan sebuah majlis apabila mendapati Emma turut berada di tempat itu, seolah-olah tidak mahu berhadapan dengan Emma, dia memberitahu dia tidak ambil tahu.

Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.

Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.

Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.

Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.

Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang.

Dengan penafian ini, dapatlah disimpulkan bahawa Emma bukanlah ‘dalang’ yang didakwa penyebab kepada kontroversi yang kini melanda Zizan Razak. Namun begitu, Emma mengakui dia kini rapat dengan seorang pelakon lelaki (mungkin merujuk kepada Kamal Adli) namun tiada apa-apa yang istimewa buat masa ini.

Betul juga kata Emma tu, benda yang lepas tak perlu dikenang. Bila kita sudah melalui fasa kesedihan, biasanya kita akan muhasabah diri dan menyedari bahawa everything is just the way it should be. Chewahh!

Selamat maju jaya diucapkan buat Emma.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 6 April 2015

35 responses to Emma Maembong Sudah Tidak Mahu Ambil Tahu Tentang Zizan Razak

  1. Anonymous says:

    udah2 la tu asyik citer zizang pastu emma.. pastu zizang blk pastu ema pun update jugakk.. hurmm bosan.. udah2 la.. citer lain la pulokk

    0

    0
    • Si Pengacau says:

      Tak nak ambil tahu… Tak payah komen… Tak payah cakap apa – apa… Biar orang cakap sampai air liur tu meleleh sampai habis…

      0

      0
    • abistu ko nak citer apa nok says:

      pasni suh blog ni citer pasal dlm kain plak ? mesti ko suka kan noookk…!!??
      tapi bila dah citer pasal dlm kain org tu… dlm kain org ni… nanti ko bosan plak lagi… mcm gini lah.. klu ko bosan, ko telungkop kan kepala ko dlm lubang jamban.. abis citer nok.. sekian, kbai…

      0

      0
  2. nok gebuzzz says:

    bagus la…tak payah nak berdendam ke ape,doakan yg baik2 tok pasangan masing2 sudah la…mmg dah tak de jodoh,zizan pun skrang dah teruk dgn gosip bercinta nyer…dgn gosip yg lain2 lagi,kadang2 kesian pun ada,sekali kena bertubi2 pulak…harap zizan jadikan pengalaman smua ni tok perbaiki diri masa akan dtg.

    0

    0
  3. hani says:

    Wartawan ni mmg sengaja kan? Zizan sdr pun ckp,tak mungkin emma yg jd dalang nk jatuhkan dia sbb emma ni baik.
    Wartawan plak sengaja cari Emma plak nak bikin hati Emma tu panas dgn harapan Emma akan bukak cerita yg buruk2 pasal Zizan kan?
    Tolong buat kerja berfaedah sikit lah dr sengaja melaga lagakan org…

    0

    0
  4. bgdf says:

    fsdsdgd

    0

    0
  5. PagiPetangSiangMalam says:

    Emma nih, masa memula kluar, malatops yg amat. Gila lawa. Aku yg pompuan ni pon, tgk dia, perghhhh, cantik betul dekni. Tp lelama, mcm biasa2 plak. Mungkin sbb dah tgk kelakuan dia, trkinja2, buat2 cute, menggeletik ketawa kuat2, buat aku mcm rasa, xdelah special minah ni. Jerawat pulak bersepah berlari2 kat muka. Mungkin sbb tu Zizan lari kot. Zizan tu kan brangan nk yg hot jjer. And aku rasa Zizan tu nk yg mix n xpakai tudung. Emma pon pakai tudung aku tgk comot jjer. Kesian. Bertabahla dik. Putus cinta tu adat dlm membesar. Kau pon aku tgk dah makin “membesar”. Jaga yyer. Nnti boipren larik lagi. Ok tenksbai.

    0

    0
    • raraolalalawhatcha says:

      Baguslah Emma memilih xbermekap tebal dan daring berpakaian. Lagi manis kot dia berpenampilan sederhana.Baru nampak kesan penghijrahan tu datang dari hati bukan sebab hijab kerana fesyen.Ni bagi statement tak payah lah nak membatu api sangat.Tak kena batang hidung sendiri sedap la mengomen.Hihihihihi rasanya mesti ada yang cakap dalam hati i ni Emma or fan or relatives khenn…yang baik kita ikut yang kurang molek jadikan pengajaran..esok lusa kalu Allah izinkan beranak pinak gak kita2 ni..lom tentu keturunan kita aman bahagia selalu..kena beringat sikit sebelum nak audit orang lain.

      0

      0
      • Nama kau mcm sial says:

        Eh bangang, apa kau merapek kat sini? Orang tu tak cakap pun baju si kembong tu sexy. Bangang. Ahhhh, kau perasan terlebih. Sebab kau pakai tudung, kau ingat kau muka macam si kembong tu ke? Puiiiiiii!!!!! Muka keladak!!!! Sudah, pegi duduk diam2 dalam ofis kelam kau tu. Pegi buat kerja!! Kuli batak! Puiiii lagi sekali! Brangan!

        0

        0
        • ahmad pintu says:

          uiii kasaqnyaaa bahasa hang….mabuk ketummm kaaaa…apa punya orang

          0

          0
        • raraolalalawhatcha says:

          kuli?kita da lama kenal ke nak cakap i kuli dan pernah tengok wajah i ke?i meniaga sendiri dan menggajikan orang yer.Ahaiiii say no to ad-hominem babeh!boringggggg…huwarghhhh..zzzzzzzzzzzzzzzz

          0

          0
  6. Anonymous says:

    bgos la emma makembonggg..baik senyap je la..tak pyh jd atis la ko.kluarga ko suma nak propa je..pandai main drama

    0

    0
  7. orked ungu says:

    kesian.. makan hati memasing sebenarnya kot.. ni semua pasal wartawan la kot dok tekan sana tekan sini.. haish.. mcm2 la….

    0

    0
  8. orang singapore says:

    can I know what it meroyan?

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      meroyan tu minah2 benot aje yg pakai itu pekataan..orang singapore dorang tk pakai itu pekataan …meroyan tu macm merepek gitu laaa atau singaporean cakap banyak songeh hehe..

      0

      0
    • jesy says:

      meroyan = marah2 sampai x ingat dunia.

      0

      0
      • minah jambu syaanh nenek says:

        eh ye ke jesy ? yg minah jambu dh jawabkn tadi tu salah la eh ? huhu hehe….haha haha hahahahahahahahahahaha sori lah ye..

        0

        0
  9. ash says:

    sbb tu la sebaiknyer becinte lpas nikah..
    ni lom ade ape2 dh p becuti smpai oversea nun…
    pastu wat video masuk kat tenet i love u, u love me nk org tau konon sweet couple…
    skrg kn dh mcm… bkn artis jer mcm tu org mcm kita2 ni pn same jgk…
    zizan ni pn perasan bagus, dulu buat leez frust menonggeng…
    konon nk juliana evans la sgt.. bile ju blah ngayat emma…
    bile ju balik konon nk episod kedua kot…
    mgkn ju x nk tu yg tetibe nk kawin plak…

    0

    0
  10. minah jambu sayang nenek says:

    emma ni pon bedoh huh ! kalau dh tknk ngan zizan tu suda la jangan la cakap ape2 ..mulot tu diamm !! dulu u jugak yg tegila2kn zizan pendek tu macm dh tkde jantan lain huh ! bila zizan bukak mulot dia pon sama nk bukak mulot besar2 huh !

    0

    0
  11. snow says:

    menyampah tgk die dlm isteri separuh masa..over..tgk episod 1 jer..then malas nk tgk da..

    0

    0
  12. puterisalju says:

    cakap je tak nak ambil tahu…tapi lps tahu news zizan nak kawen post lagu-lagu dalam insta, selalu cakap tak serupa bikin, byk kali dah !masysarakat tak buta menilai…tak buta huruf membaca dan tak buta utk melihat komen emma di kaca tv, media elektronik!
    pd saya ambil tahu ke tidak bukan persoalan!! …sebagai kawan adalah tgjwb dan amanah utk membersih kan nama kawan agar tidak berterusan difitnah! …memandangkan emma dah lama kawan dengan zizan dan tau baik buruk zizan, kenapa perlu biarkan cerita yg tak betul mengheret nama baik zizan. ape pun tahniah buat zizan!

    0

    0
  13. observer says:

    Emma ni sngt cantek, tapi kenapa pakai tudung sampai terbelit2 kat depan tu, serabut aku tengok.
    Anyway, kalau tak nak amik tau, takyah hebah kat media pun. Senyap je dah lah.
    Tapi aku nama zizan ni menurun lepas dia kenal dgn emma. Tak tau kenapa jadi gitu… Ape2 pun all the best to both of them…

    0

    0
  14. aku says:

    menyampah plak si kembong ni

    0

    0
  15. bob says:

    move on emma!!……

    0

    0
  16. Bey says:

    Aku tengok emma ni ok jer,tak gedik pun,cantik n setia. Tapi ramai sangat2 perempuan cemburu.

    0

    0
    • Beybey, beybey, beybey ohhhhh like says:

      Kau ni Emma eh?? Tgk lah IG dia. Ouppss, dia dah delete video dia dgn Zizan. Sebelum delete, gila menggelatat budak ni. Ketawa mengilai2, gedik! Takde sapa aih nak cemburu. Zizan kawin orglain kot. Tinggallah. Habis madu gitu.

      0

      0
  17. Unknown says:

    Karma ? In islam we don’t have a karma, we have “Kifarah”
    Karma is for Hindu

    0

    0
  18. detektive conan says:

    betina : u?
    zizan: ape?
    betina: kawin ngn I
    zizan: eh xnak la meluat aku ko ni… aku nk tgk pic bogel ko je
    betina : ok..xpe ..I bgtau media u yg mntk pic bogel
    zizan: ouh jemmm jangan

    maka dgn tergesa2 zizan amik kputusan nk kawin

    0

    0
  19. sakit mata says:

    Ya Allah…bosannya kesah 2 orang Tganu ni….

    0

    0
  20. dina says:

    masa tgh sayang dulu asik berkepit….berlakon sesama…holiday sesama…dtg function sesama…sekarang…?
    jawapan…taknak ambik tahu apa2.
    dan apasal guna perkataan karma n taknak tutup periuk nasik orang???

    0

    0
  21. yo says:

    adui emma, ikan emas bukan seekor. Kau nak flower horn pon banyak dekat luar, apatah lagi ikan koi. Kau kan duyung, berebut la semua nk dkt kau, kau pun muda lagi, chill ok.

    0

    0
  22. hana says:

    “Karma”? Unnecessary kot. Kita sapa nak ckp pasal ‘Karma’.Wallahu a’lam

    0

    0
  23. Terima kasih atas berbagi Tulisan yang membantu pemahaman saya, sekali lagi terima kasih
    atas sharing ilmunya

    0

    0