Written by AbangNara | September 8th, 2015

Masihkah anda ingat lagi perselisihan faham yang terjadi di antara Emma Maembong dan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail? Semuanya bermula apabila adik Emma iaitu Chacha Maembong tidak memakai baju rekaan Ezuwan Ismail untuk Anugerah Skrin 2014. Mahu membela adiknya, Emma Maembong telah tampil meminta agar Ezuwan tidak hanya mencari kesalahan orang lain, sebaliknya turut sama mencermin diri sendiri.

ezuwan ismail

Sudah hampir setahun episod hitam itu berlaku, akhirnya perbalahan antara mereka berdua berakhir jua. Emma Maembong dan Ezuwan Ismail telah pun berdamai. Abang Nara respek kepada Emma kerana telah bertemu Ezuwan secara peribadi dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kata Ezuwan Ismail:-

Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.

Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu.

Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini. Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka.

ezuwan ismailKan bagus macam ini. Memang dunia hiburan Malaysia ini kecil sangat-sangat. Gaduh lama-lama pun tak guna. Lagi-lagi pereka fesyen dan selebriti memang memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak ada selebriti, tak femeslah pereka fesyen. Dah kalau tak ada pereka fesyen, tak glamerlah pakaian selebriti tersebut. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua pihak yang terlibat. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Emma Maembong & Ezuwan Ismail Akhirnya Berbaik Semula

  1. Anonymous says:

    mane story pasal bini johan ozlyn yg seksi pakai gincu gelap tu??
    hazabedahhh!

    0

    0
  2. Ayda jebon says:

    Korang tau x kebanyakkan yg duk usha blog2 gosip ni,kt ig komen bkn main baik puji smpai x tumpah…bila ada yg kutuk retis tu dia mula la nk back up retis tu,konon dia baik sgt x kutuk org,tp bila msok blog gosip bkn main kutuk kaw2 retis tu…ini brdasarkn apa yg aku baca komen kt ig,komen kt blog lbeh kurang dgn apa yg dorang komen kt ig…terutama fans pnjilat tegar tetek tasah shilust…

    0

    0
  3. ape2 lah says:

    n 1 of them its u kan..ayda jebon…..!!

    0

    0
  4. Mat K says:

    Kahkah. lantak kau lah

    0

    0
  5. nana says:

    Kalau gaun camtu sape nak pakai? Dah la buruk, seksi pulak tu. Fashion designer patut buat kain murah nmpk mahal. Ni kain mahal pn nmpk murah sesangat. Kalau dipakai juga mmg mengundang umpat keji rakyat jelata.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    baguslah dah berdamai. Bermasam muka lama lama buat apa. Pergi mana mana kalau dah terjumpa memang akan bersua muka juga. Alhamdulillah

    0

    0
  7. lia says:

    alhamdulillah.. bagus la tak payah panjang2 cerita..

    0

    0
  8. zaza says:

    dh setahun? kesudahannya dh setahun berlalu tp chacha masih lg suam2 kuku. kohkohkoh.

    0

    0