Written by Bella | March 17th, 2016

Kalau sebelum ini Emma Akma ada bercerita mengenai kisahnya terkena buatan sihir sehingg perutnya busung, kali ini beliau tampil dengan berita yang agak mengejutkan apabila mengakui sudah sah bercerai dengan suaminya Omar Ramli hanya selepas 7 bulan mendirikan rumah tangga.

Berkahwin pada 9 Jun 2015, mereka berdua sah bercerai pada 14 Januari lepas selepas  Emma membuat permohonan cerai secara fasakh sekitar bulan Ogos 2015. Mereka bercerai talak satu atas perintah mahkamah selepas Omar gagal menghadirkan diri dalam sebutan kes mereka.

Selepas empat kali kes sebutan Omar tidak hadir, pihak Mahkamah memutuskan kami bercerai talak satu secara fasakh.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dan menyifatkan perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak. Saya juga menganggapnya sebagai rahmat selepas apa yang saya lalui sebelum ini.

Mengharapkan mahligai yang dibina bersama Omar akan kekal sehingga akhir hayat, hati Emma hancur berderai apabila mengetahui niat sebenar Omar untuk berkahwin dengannya. Malah, Emma pernah terfikir untuk bunuh diri selepas merasa murung akibat kekecewaan yang melampau.

Selepas kami bernikah, saya terus ditinggalkan olehnya. Kemudian, saya memujuknya dan dia pulang untuk seketika.

Saya mendapat tahu, rupa-rupanya ada sebab dia ingin berkahwin dengan saya, iaitu untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya semula. Terduduk saya apabila diperlakukan sebegitu.

Sudahlah saya ditinggalkan, dia tidak mahu menceraikan saya pula. Ditambah dengan penyakit busung yang saya terpaksa lalui sebelum ini, saya hampir bunuh diri.

Mujur saya masih waras dan kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Sebagai langkah pertama, saya membuat laporan polis agar tidak diapa-apakan olehnya. Memandangkan dia tidak mahu melepaskan saya, saya mengambil tindakan dengan membuat permohonan fasakh pula. Alhamdulillah, kini saya bangkit semula.

Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, Emma bagaimanapun tidak merasa serik untuk bergelar isteri sekali lagi. Namun, beliau berharap dapat dipertemukan dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 

24 responses to Emma Akma Sahkan Sudah Bercerai Selepas Hanya 7 Bulan Berkahwin

  1. ana says:

    Semoga tabah kak emma, ade hikmah utk semua yg berlaku.

    0

    0
    • Anonymous says:

      dah pakai rantai tu..fail!
      camtu nk jadi imam keluarga??
      baek takyah ade laki cmneh..tabahlah kak emma..sebab tu Allah takdirkan bercerai tak sesuai utk buat hidup hingga ke hujung nyawa..wah ayat aku.

      0

      0
      • DAHI CAP NONOK says:

        JANTAN PUAKA!!!!! TAK YAH BERBINI LAGI LA KAWIN JER NGAN MELATI PONDAN DIER STILL AVAILABLE KALAU TAK NANTI MELATI PONDAN TERJUN KLCC…….

        0

        0
      • Secuci pinggan mangkuk tingkatan 3 says:

        Aku nr nk tanya, rantai tu fesen apa ya? Maaf x biasa tgk…

        0

        0
  2. Pekerja Gomen says:

    Boleh sapa2 tolong ingatkan aku siapa dia ni?

    0

    0
    • Anonymous says:

      pelakon dan juga bisnes woman

      0

      0
    • confius jap says:

      Berlakon cite ape eh? x kenal langsung pulak aku… scoll 9-10 kali picture dia, tetap xpenah nmpak..

      0

      0
      • Anonymous says:

        banyak tapi dia xlah sefemes org laen..dan xdelah pegang watak heroin..tp ok je..pada aku dia boleh je survive sendiri, ade harta. biasalah kita manusia perlukan pasangan.

        0

        0
      • Yatt Sahat says:

        Cerita terbaru…
        Cinta Pemuda Kimci…
        jadi mak kepada Johan Asaari…

        0

        0
      • Inspektor alizawati says:

        Gerak gerak gerak khasssss khassss khasss…hehe…aku taip sambil nyanyi tau…siap tokok tambah lagi…kikikii

        0

        0
  3. Anonymous says:

    Kesiannya.. Tgk si ex tu kmain pkai rantai hitam bgai.. Klu dh kawin pun dpt hak jga ank knape di abaikn pulak si isteri baru ni?? Apa salahnya teruskn je hidup.. Walau dgn isteri baru.. Melainkn lah isteri baru x dpt trima suami bwk ank tiri blk umh.. Kann..

    0

    0
    • ntah le says:

      rasanya bukan lelaki tu bawak anak dia..tp emma ni mmg jaga anak lelaki tu dari kecik

      0

      0
  4. Anonymous says:

    kesian nya.. sedih dengar cerita macam ni.. x patut sungguh buat isteri macam tu..

    0

    0
  5. rose rossa says:

    tak brapa paham crita drong ni..kwin tuk dapat hak jagaan ank2..??? apapun semoga tabah ema..

    0

    0
    • Yatt Sahat says:

      Bekas suami kak Emma ni pernah berkahwin…kemudian bercerai….
      Anak2nya dijaga oleh bekas isteri…
      Jadinya beliau nak anak2…so…kahwin dgn Emma….
      (menurut pemahaman saya).

      0

      0
      • ntah le says:

        rasanya bkn sbb pemahaman awak tu..tp mmg emma ni jaga anak lelaki tu dari dia kecik..jadi lelaki tu nak anak dia balik kot

        0

        0
      • ntah le says:

        anak lelaki tu mmg emma jaga dari kecik rasanya sbb penah baca citenya masa dorg baru kawin dulu

        0

        0
      • yu says:

        emma mmg jaga anak lelaki tu dari kecik, sbn pnh baca masa dorg baru kawin dulu..jadi lelaki tu nak anak dia balik la kot

        0

        0
  6. Yatt Sahat says:

    Saya salah seorang peminat Kak Emma Akma ni…
    Lakonan dia bersahaja…best….
    Mendoakan yang terbaik….bangkit….
    Jgn fikir yang bukan2 lagi….
    Kita ada Allah kak Emma.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    x pe la cerai dri idup ngan lelaki mcm ni..siap pakai rantai hanjing lgi..ishhh…geli le klau lelaki dh nk masuk abad magrb ni pakai rantai cam tu..dia ingt dia mudo belia ke?

    0

    0
  8. Aku says:

    Pengajaran buat semua,carila suami yg beragama n muhasabah diri sbb setiap yg Allah bg pd kita,ada hikmah yg besar di baliknya.Allah nk kita lebih dekat pd dia.sbnrnya aku pun pernah terkena dgn lelaki durjana gini..kecewa mmg rasa mcm nk mati masa tu tp tak lama pas tu,Allah bls dgn hadirnya suami dan ank yg comel utk aku..moga byk bersabar.Allah Maha Adil

    0

    0
  9. Melur says:

    Sedihnya kisah kak ema. Moga bertabah.

    0

    0
  10. Ostad Lawa says:

    mungkin gak suami baru ni kekurangan tenaga batin kot? My two cents yaa

    0

    0
  11. Bimbo says:

    muka dia pelik..hidung kah?

    0

    0