Written by Bella | March 16th, 2017

Mengakui beberapa kali gagal dalam percintaan kerana sifatnya yang tidak prihatin terhadap pasangan, Kamal Adli memberitahu beliau kini lebih menghargai wanita dan lebih memberikan tumpuan kepada insan yang disayangi. Kamal berterima kasih kepada pelakon Emma Maembong kerana beliaulah yang mengajar Kamal mengenai hal tersebut.

Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita. Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini

Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya.

Berbicara mengenai percintaannya bersama Emma, Kamal lebih selesa jika hubungan mereka tidak menjadi perhatian ramai dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan takdir.

Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya. Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti orang benci pula.

Kalau ada jodoh tidak kemana bukan? Apa-apa pun, kalau dah sesuai dan serasi bersama, janganlah bercinta terlalu lama kerana pelbagai dugaan akan melanda ataupun boleh mengundang fitnah. Kami mendoakan agar Kamal dan Emma dapat kekal sehingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

13 responses to Emma Ajar Saya Lebih Hargai Pasangan – Kamal Adli

  1. fifi says:

    tak payah sembang mcm dah kawen 10 tahun laaa..

    12

    0
    • Anonymous says:

      awal2 semua indah belaka…

      4

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      emma ajar saya lebih hargai pasangan hehe..kalau kau tknak kawin ngan emma tak payah la kau nak sebot2 nama emma pasal itu ini…cakap banyak tapi abok pon tkdak nak buat happe ! nak tungu lagi 10taon baru nak melamar emma ? helo kamal tak payah la nak susah2

      1

      0
  2. Kiki says:

    Tk nmpk pun dio sembang mcm gitu bangang ko ne fifi komen awl2 da memfitnah awl2 ambl tiket buat dosa bodoh lu

    0

    4
  3. anonymous says:

    Kalau nak jadi kurang bualan ramai, yang Emma hari2 dok upload gambar bersama kat ig atau ig story tu apa? Poyo je

    7

    0
  4. Geli2mat says:

    Owh yke? Ok,nextttt

    2

    0
  5. minah leter says:

    ko berlakon bagus kamal adli, tapi bile ko bukak mulut jadi meluat lak aku… mcm budak2 baru nak bercinta.

    7

    0
  6. wawa_rara says:

    aku nampak emma n kamal baru abis tgk ceta LOGAN midnight movie di midvalley..

    1

    0
  7. meowww says:

    busuk aku tgk ko ni kamall. emmak pun dah semakin nmpk busuk sbb selalu dgn ko

    4

    0
  8. anon says:

    Habis…..tunggu apa lagi?? Poyo betol mamat ni. Kawenlah cepat2, kan melepas pulak, dah lah emma tu cantek jelita…..nanti kena kebas di VIP, ternganga pulak.

    0

    2
  9. Fidot says:

    X femes.next!

    0

    2
  10. sentap says:

    bercinta mmg sumer wangi…jgn sok dah kawin kuar citer mcm2…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    patut intan tak nak seblm ni

    0

    0

Leave a Comment

Optional