Written by Bella | January 7th, 2016

Penyanyi Elyana redha apabila doktor mengesahkan beliau keguguran anak keduanya pada usia 7 minggu didalam kandungan.

Jelas Elyana, beliau sama sekali tidak tahu sedang berbadan dua dan hanya mengetahui berita beliau hamil selepas insiden tumpah darah.

Doktor menasihati Elyana untuk membuat pemeriksaan lanjut pada hari Jumaat ini bagi memastikan tiada bayi diluar rahim beliau. Malah, Elyana juga harus menjalani tempoh berpantang untuk memastikan rahim beliau kembali pulih.

Umum mengetahui karakter saya yang kasar dan lasak, oleh itu saya terkejut ketika tumpah darah semalam kerana sama sekali tidak tahu sedang hamil tujuh minggu. Doktor menjelaskan saya keguguran.

Namun, saya perlu membuat rawatan susulan bagi memastikan tiada bayi luar rahim. Semoga semuanya dipermudahkan dan saya boleh menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional bagi memulihkan kembali rahim.

Buat masa ini, saya menjalani rutin harian seperti biasa. Ada juga sesekali terasa sakit dan saya berehat seketika sehingga rasa itu hilang. Mengenali diri saya yang lasak ini, memang susah untuk duduk berehat di rumah

Apa yang berlaku tidak mematahkan usaha Elyana untuk mendapatkan cahaya mata lagi dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Kehamilan ini kadang-kadang sukar untuk kita tahu jika tidak mengalami tanda-tanda seperti muntah ataupun alahan. Meskipun  ada juga perasaan sedih, kami tahu Elyana seorang yang cukup kuat, mungkin bukan rezeki kali. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

17 responses to Elyana Redha Keguguran : Tidak Tahu Beliau Sedang Hamil

  1. chetaktaulah says:

    maaf ya…!
    dia ni melakun crita apa ah?

    0

    0
    • azreen says:

      Dia penyanyi…

      0

      0
    • anti poyo says:

      elyana ni artis lama. Dulu zaman dia remaja popular la. Lepas dah kawin, dah lama tak menyanyi dan berlakon. Rasanya dulu popular dengan drama dunia baru. Sama2 naik dengan iqram dinzly. Yang penting aku suka lagu2 dia.

      0

      0
      • Kaki Sinetron says:

        “Dunia Baru” antara drama rantaian berdurasi sejam yang jauh lebih baik daripada sinetron Indonesia yang merapu-rapu..

        0

        0
    • Anonymous says:

      paling last nmpk berlakon drama keluarga karaoke

      0

      0
    • alis says:

      Pelakon utama dlm Dunia Baru..

      0

      0
    • Zass says:

      Dunia Baru, Keluarga Karaoke, adalaa a few drama lagi tak silap aku. Renjis dekat Astro pastu drama dia berlakon dgn Miera Liyana tu apa tah tajuk dia. Pernah jumpa dia ni sempoi je makan dekat Medan Selera 223. Senyum je dekat fans. Takziah Elyana

      0

      0
    • Aku LELAKI says:

      Bohong la kalau kau tak kenal Elyana ni. Propa je kau..

      0

      0
  2. Anonymous says:

    kesiannyaaaa :(

    0

    0
  3. Tak Pasti says:

    Setahu saya anak yang menunggu ibu di syurga ni janin yang telah ditiup roh (lebih kurang usia 4 bulan). Apapun semua kuasa Yang Satu. Tak pasti, salah betulkan. Just sharing..

    0

    0
  4. aini says:

    Just nk bgthu bella…klu dh dkt 2 bln x period beli la alat untuk check mengandung…x yh la nak tunggu tanda alahan ataupn muntah2….

    0

    0
    • Hmm says:

      Ada setengah orang period dia tak teratur. Bukan semua orang badan sama. Sebab tu tak pelik kalau 7 minggu belum period. Kadang kadang faktor luar pun boleh affect period cycle. Stress ke, environment baru ke.

      0

      0
  5. Bosan la wei says:

    Bang nara oiii…dh x ad cite lain ke? bosan la..aku ni dh le koje gantuk gile..cuba la buka BN..makin ngantuk aku dengo cite ni…ishhh…bosan la wei..

    0

    0
  6. Anonymous says:

    napa anak dia muka macam anak nana af

    0

    0
  7. Rasdam Mewangi says:

    Betul ke akak Elyana nih seorang yang kasar dan lasak?

    0

    0
  8. salmah says:

    dia yg nyanyi tak pakai kasut tu
    lagu apa ya, dah lupa lah

    0

    0
  9. JoAnne says:

    Elyana…pegilah beli ‘booster seat’ untuk anak kau kalau nak letakkan dia duduk kat depan supaya kedudukan anak ditinggikan sedikit bila duduk dalam kereta supaya seat belt boleh dipakai secara betul dan selamat. Cara anak kau memakai seat belt dalam gambar tu tidak betul untuk menjamin anak boleh selamat jika bertemu kemalangan – even kalau sudden brake pun kepala anak mesti terhantuk kat depan glove compartment or worse windscreen.Please keep your kid safe.

    0

    0