Written by Bella | March 11th, 2016

Siapa sangka disebalik kegembiraan berita dimana Elly Mazlein sudah mendapat cahaya mata semalam, hari ini beliau mengesahkan sudah bercerai bersama suami Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu.

Elly menerusi portal Harian Metro memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberitahu perkara berkenaan lebih awal.

Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.

Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini.

Nyata satu perkara yang amat mengejutkan, Elly bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca beliau dan suami berpisah. Ini kerana Elly masih mempunyai perasaan hormat kepada  Azmi sebagai bekas suaminya.

Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya. Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 .Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lalu.

Ermm, sedih juga baca berita ini. Anak baru dilahirkan tetapi ibu bapa pula sudah berpisah. Apa-apapun kami harap Elly kekal bertabah.

Sumber Berita : Harian Metro

33 responses to Elly Mazlein Sahkan Sudah Bercerai Tahun Lalu

  1. cik mek molek says:

    xberkenan dgn lelaki yang pkai contact lense.

    sekian.

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Laaa terkejut aku… Dh cerai pastu prgnt pulak.. Sygnya.. Dato ada ppuan lain ke atau blk kt ex wife smula?? Elly dulu pun rampas suami org kn.. Xpe la ini la dikatakn takdir… Amik suami org pun takdir.. Cerai pun takdir..

    0

    0
    • jodoh says:

      bila yg elly ambik laki org plak?? bl plak laki dia ni dato?? waktu elly bercinta gan Azmi tu kn dh duda… jodoh ajal pertemuan Allah yg tentukan.. ko jgn nk memandai2 menuduh plak

      0

      0
  3. nenekbat says:

    omg tekejut nek .nek ingat entry lama.

    0

    0
  4. Shhh says:

    Ya Allah pgi2 bc cerita mcm ni buat hampir nak tersedak makan karipap…bru je bc semalam pasal dia dh bersalin..tup2 dh bercerai plak..ngat kan ok je..rasanya suami dia ni dh kali kedua bercerai..bru setahun lbh je berkahwin..aduyai kenapalah smpi jdi mcm ni..tpi nak tahu jugak di diceraikan saat elly blm mengandung atau lepas elly mengandung..yg sy faham sikit kalo di diceraikan ketika mengandung..maknanya mereka gugur talak tu masa elly bersalin lah ye..maaf kalo salah…mohon percerahan…nthalah institusi perkahwinan skrg ni mcm tkr baju..tk suka buang mcm tu…allahualam sbb tk da pengalam berkahwin

    0

    0
    • Anonymous says:

      Tu la.. aku pun tersembur nescafe milo ..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Talak tetap gugur walaupun si isteri sedang mengandung cuma tempoh edah org mengandung sehingga bersalin…. kalau isteri x mengandung tempoh edah 3kali suci…..

      0

      0
      • anonymous says:

        Tumpang lalu..
        Setahu saya, utk isteri yg diceraikan, ada tempoh edah utk pastikn rahim bersih. Jika isteri mengandung, talak gugur hanya selepas isteri melahirkan anak..(hikmahya utk bg peluang psgn rujuk semula dan anak tu sbg penyelamat rumahtgga)
        Edah bercerai hidup 3x suci. Cumanya, agak zalim menceraikan isteri yg sdg mengandung/haid krn tempoh edah jdk lbh pjg. Itulah hikmahnya nak bercerai pun Islam ajar adab2 utk jg kebajikan wanita.
        p/s: smg kak Elly sbr terima dugaan ni..amin

        0

        0
  5. Anonymous says:

    tue la dulu ambik laki org

    0

    0
  6. rafede says:

    Cantik elly ni

    0

    0
  7. achik says:

    bercinta lama….
    bertunang pun lama…
    berkahwin sekejap cuma…
    tabahlah dgn ujian
    yang penting azmi jgn lupa nafkah anak
    tak kiralah anak dgn bekas isteri terdahulu atau anak bekas isteri terkini…

    0

    0
  8. Baby says:

    alhamdulilah.. seorang lagi bercerai.. next!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    elly rampas azmi dr wife azmi yg dulu ke?

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Be strong Elly, melahirkan anak tanpa adanya ‘suami’, dan anak yang dilahirkan tanpa ‘ayah’ disisi setiap hari, suatu dugaan yang besar untuk ditempuhi. semoga tabah!

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Bukan ke Elly kahwin dgn azriskandar????

    0

    0
  12. Anonymous says:

    pagi2 tunggu citer ni sebab dengar kat radio masa drive..ingatkan salah dengar huhu..pepun takziah elly & stay strong..sume yang berlaku ada hikmahnya

    0

    0
  13. alice says:

    kes mcm nora danish dulu..
    lahirkan anak sorg2, tanpa suami..
    semoga elly bertabah & byk bersabar..
    anak dia mesti cntik mcm mak dia..

    0

    0
  14. nyah says:

    not famous..nexxxxxxxxxxttttttttt

    0

    0
  15. FAZURA JELITA says:

    apepon
    I masih marah adik neelopak tu…ish..kutuk2 cikgu bagai…
    Love Nora Danish!

    0

    0
  16. Sabri Ali @ Nick says:

    Be strong akak Elly.. Suka lagu-lagu akak daripada lagu-lagu c Mawik dan Faisampah Tahiq yang semuanya syok sendiri..

    0

    0
  17. Anonymous says:

    mengandung kan 9 months bercerai setahun yang lalu???? kalau dia type tahun lepas mak memahami noks.apakah

    0

    0
  18. Linzy Longkang says:

    hesben dia nih gayah coverina kot?

    0

    0
  19. Senapang patah says:

    Hanya lelaki bangang abadi jer yg sggup talakkan isterinya ketika hamil. Tak boleh sabar ke..what are you hah. This is inhumanity. U Binatang ke? Pompuan kat luar sana take note jenis jantan mcm ni jgn buat laki. Sakit pulak hati kita ni.

    0

    0
  20. momokosakura says:

    aku dari tadi dok cari celah mana yg elly ni kata faye punca dia bercerai yg faye sampai nak saman bagai tu..kalau sape2 ada sumber habaq mai…

    0

    0