Elly Mazlein Mahu Kembali Ke Gegar Vaganza 3?

Hiburan

Elly Mazlein Mahu Kembali Ke Gegar Vaganza 3?

Selepas isu beliau tarik diri kerana terasa hati dengan komen juri Datuk Ramli MS, penyanyi Elly Mazlein pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak lagi menyertai Gegar Vaganza 3 meskipun beliau diserap masuk menggunakan kuasa imuniti yang dimiliki oleh Datuk Seri Vida.

Advertisement

Terbaru, Elly memberitahu beliau tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi di GV3. Menurut Elly, beliau bakal menimbang semula keputusannya itu demi peminatnya yang sering menyokong beliau selama ini.

Perkara ini ada pro dan juga kontra. Hampir 90 peratus mahu saya kembali semula ke GV3 jika diberi peluang, tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan memberi alasan perkara ini membabitkan soal maruah.

Saya sendiri susah nak cakap kerana banyak hati yang perlu dijaga. Tetapi, kalau diikutkan hati, memang sekarang juga saya nak masuk semula.

Elly sedar akan ada pihak yang mempersoalkan pendiriannya dan akan terus dihimpit dengan komen negatif. Namun, itu menjadi penguat semangat untuk beliau terus berjuang di GV3.

Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya masuk balik, pasti akan ada komen negatif dan menghentam keputusan saya ambil itu. Tidak mengapa, saya pernah kena teruk sebelum ini. Lebih banyak mereka mengutuk saya, ia makin menguatkan semangat saya untuk menyertai semula GV3.

Jika benar Elly bakal kembali ke GV 3 kami harap beliau kali ini datang dengan semangat yang baharu dan tidak lagi senang terguris dengan komen juri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...