Elly Mazlein Kena Serang Dengan Sepupu Bekas Suami Di Media Sosial?

Hiburan

Elly Mazlein Kena Serang Dengan Sepupu Bekas Suami Di Media Sosial?

Baru sahaja kami fikir isu penceraian dan pertelagahan antara Elly Mazlein dan Azmi Hatta sudah tidak menjadi berita hangat lagi, tiba-tiba muncul pula kisah baharu dimana sejak beberapa hari lepas, sepupu kepada Azmi telah “menyerang” Elly di laman sosial.

Advertisement

Pelbagai kata-kata sindiran, kecaman dan kritikan dilemparkan kepada Elly oleh gadis yang menggunakan nama piqamansorr.

Gadis berkenaan turut mengkritik netizen yang sering menunding jari ke arah Azmi tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Tidak mahu terus menjadi mangsa, Elly juga telah membuat kenyataan balas terhadap sepupu bekas suaminya itu.

Elly mempersoalkan rasa tidak puas hati gadis berkenaan sedangkan beliau yang menanggung segala perit ketika bercerai dan memperjuangkan hak anaknya Putri Sara Sefhia.

Buat Elly, tidak salah untuk beliau menumpang kasih dan sayang daripada peminat beliau yang tidak pernah berhenti menyokongnya.

Meskipun dimaki hamun, Elly bagaimanapun sudah memaafkan gadis berkenaan yang masih lagi muda ( berusia 22 tahun) dan belum mengenal erti kehidupan yang sebenar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...